” Surirumah ” Perlu Ke Ada KWSP?

339

Menarik tajuk tu. Saya petik dari post FB seorang suri rumah yang hanya berbisnes dari rumah. Kata beliau, beliau telah meletak jawatan dan ingin tumpu sepenuhnya kepada bisnes sendiri. Post fb beliau mengenai tajuk kita pada hari ini telah menangkap perhatian saya. Beliau ialah Wan Musyahadah.

“Surirumah” perlu ke ada KWSP?

—————————————————-
Pernah tak fikir apa akan jadi pada kita 10-30tahun akan datang? *kalau panjang umur.

Pernah tak fikir apa akan jadi kalau anything happen kat suami atau antara kita dan suami. *Ya Allah mintak jauh la perkara bukan-bukan kan.

But yet anything can happen. Langit tak selalunya ada pelangi. Cuba letakkan masalah dalam berfikir sebab dari situ kita akan push otak kita untuk berfikir secara dramatik serta bertindak.

Hari ni ada orang tanggung semuanya. Alhamdulillah seleso hidup. Tapi if Allah nak uji?

Apa backup plan kita? Saving? Insurance? * cop! ni bukan iklan insurance taw.hiks

Takkan bila dah jadi baru nak menyimpan.
Takkan sampai nak bergolok gadai. Anak-anak dah besar, makin besar expenses. Takkan tua-tua nak mintak berhutang lagi.

Berdegub kencang tak lagi jantung tu?

Surirumah profesional PERLU UNTUK MENCARUM SENDIRI KWSP

Ok. Back to lane, lepas dapatkan konsultasi personal di office Kwsp, bagi Adda surirumah profesional PERLU UNTUK MENCARUM SENDIRI KWSP. Sebab?

1. Persediaan meniti hari-hari ”emas’ kita tanpa memikirkan macam mana nak survive lagi. *Takkan masa ni nak bawak uber lagi.

2. Push kita untuk buat saving setiap bulan sampai tempoh matang (tahun persaraan)

3. Tempak pembiakan duit yang selamat sebab tak dapat usik duit tu sewenangnya. *Biasalah bila nampak duit banyak sikit mula la gatai nak ambil utk shopping,makan angin. Haip! No.no.

Read More  Pengeditan Foto Untuk Pengguna Mac Lebih Mudah Dengan Aurora HDR 2018

4. Mudah. Boleh transfer online serendah Rm 50 je sebulan tanpa paksaan dan jumlah yang tetap. Boleh simpan anytime dan any amount setiap bulan.

Sebenarnya banyak lagi cara kita boleh buat saving dan melabur. Mencarum kwsp hanya salah satu kaedah.

Sumber : Wan Musyahadah

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...