Instagram Stories Akan Datang Pada Web Pula!

406

Instagram Stories, yang dikenali sebagai klon Snapchat kini digunakan oleh ramai orang dalam kehidupan seharian melebihi Snapchat sendiri. Dan yang menariknya ianya akan datang pada web!

Pada asalnya, ciri ini membolehkan pengguna untuk melihat Stories yang dikongsi oleh rakan-rakan atau orang yang mereka ikuti di telefon mudah alih atau di desktop sahaja. Tetapi, dalam bulan-bulan yang akan mendatang, pengguna juga boleh kongsikan Stories mereka sendiri dari web juga. Wow!

Instagram Stories telah menjadi saingan sengit untuk Snapchat dan juga beberapa aplikasi yang lain seperti Facebook Stories, Messenger Day dan banyak lagi. Pada hari ini, ciri ini digunakan lebih daripada 250 juta pengguna Instagram setiap hari dan Snapchat telah melaporkan bahawa jumlah penggunanya makin berkurang menjadi 173 juta lebih sahaja penggunanya setiap hari.

Walaupun terdapat banyak jenis Stories dari pelbagai aplikasi seperti Facebook, Skype dan sebagainya, Instagram adalah satu-satunya aplikasi yang masuk akal. Hal ini adalah kerana Instagram adalah rangkaian sosial berasaskan foto yang menggunakan komunikasi visual sebagai cara untuk berhubung dengan rakan-rakan.

Dan dengan Stories, Instagram telah meniru beberapa trik terbaik Snapchat, termasuklah penambahan filter yang lebih real, filter untuk muka, pek stiker yang menarik, pemesejan yang tidak berkesudahan dan banyak lagi.

Seperti dalam telefon pintar, Instagram Stories akan muncul di bahagian atas halaman apabila dibuka di web nanti. Anda boleh klik Stories untuk melihatnya dan klik ikon anak panah kecil untuk kedepan atau kembali.

Langkah untuk membawa Stories ke web kelihatan seperti benda kecil sahaja untuk dilakukan, tetapi ia sebenarnya meluaskan akses kepada ciri-cirinya termasuklah dalam pasaran yang semakin berkembang.

Read More  Youtube-Mp3 Converter Terpaksa Diberhentikan

Instagram hari ini adalah rumah kepada beberapa usahawan perniagaan yang ingin memasarkan produk mereka kepada pengguna melalui akaun Instagram dan iklan mereka sendiri. Dan satu daripada lima Instagram Stories yang disiarkan akan menerima mesej melalui Direct Message. Ianya akan menjadikan cara yang terbaik untuk para usahawan yang ingin mendapatkan ramai pelanggan melalui saluran yang lebih peribadi.

Instagram mengatakan bahawa Stories di web telah pun bermula, tetapi prosesnya tidak akan selesai untuk beberapa minggu. Untuk menyiarkan Stories sendiri ke web juga akan diikuti selepas itu dan ianya akan mengambil masa berbulan-bulan dari sekarang.

Alternatif lain : Anda boleh membuka Instagram Stories sekarang juga melalui Chrome extension  di sini. 

Sumber & Gambar : TechCrunch

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...