Macam Mana Nak Muat Turun Video Dari Facebook?

2,233

Selalu tengok video di Facebook? Teringin nak muat turun? Tak tahu bagaimana? Kami akan tunjukkan cara-caranya.

Facebook memang dipenuhi dengan pelbagai jenis video. Anda boleh menemui video haiwan, video ulasan dan juga video orang yang melakukan beberapa perkara bodoh. Dengan berjuta-juta jenis video yang ada, anda mungkin teringin untuk muat turun salah satunya. Tetapi bolehkah anda memuat turun terus video di Facebook tersebut?

Sebenarnya memuat turun video dari Facebook tidaklah begitu sukar seperti mana yang dibayangkan. Apa yang anda perlukan hanyalah pelanjutan untuk browser yang anda gunakan atau aplikasi web dan video yang anda mahu muat turun. Satu pelanjutan pada senarai ini akan meletakkan butang muat turun di sebelah video untuk anda muat turun mudah.

Google Chrome

1.      Social Media Downloader adalah salah satu pilihan yang paling popular untuk memuat turun video dari Facebook. Anda tidak perlu mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk memuat turun video. Tonton sahaja video Facebook seperti biasa, dan butang muat turun akan berada di sebelah kanan anda. Video anda akan dimuat turun dengan format fail .mp4.

2.      FBDown Video Downloader  pula berfungsi dengan berbeza daripada pilihan pertama. Sebagai contoh, anda perlu mengklik pada ikon pelanjutan Chrome, dan anda akan melihat senarai semua video yang dikesannya. Klik pada cideo yang anda mahu muat turun, dan ia akan membawa anda ke lamannya di mana anda boleh melihat video tersebut.

Untuk memuat turun video anda, anda boleh mengklik pada butang “Download your video” atau ikon muat turun di bahagian kanan bawah video anda.

Firefox

1.      Download Flash and Video  adalah pelanjutan Firefox yang tidak akan memberikan sebarang masalah apabila memuat turun video Facebook anda. Cukup sahaja dengan klik kanan pada video dan salin alamat pautan. Pergi ke tab baru yang pelanjutan dibuka dan tampal alamat tersebut.

Read More  Inilah Senarai Papan Kekunci Bukan Mekanikal Yang Terbaik!

Anda kini akan melihat pilihan untuk menyimpan video tersebut ke Dropbox, mengedit video, atau memuat turunnya ke komputer anda. Anda juga boleh kembali ke laman utama jika anda telah mengubah fikiran anda dan tidak mahu memuat turun video tersebut.

Muat Turun Video Facebook Pada Mana-Mana Browser

Jika anda sudah mempunyai terlalu banyak sambungan pada browser pilihan anda, anda boleh menggunakan Facebook Video Downloader Online . Untuk menggunakannya, cari dan buka video yang anda ingin muat turun. Klik kanan pada video untuk mendapatkan alamatnya dan salinnya. Tampalkan alamat di lamannya dan dalam beberapa saat video anda akan mula dimuat turun.

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan pilihan di atas, anda juga boleh mencuba  a Video From . Sama seperti pilihan pertama, salin dan tampal alamat video dan tekan Enter. Di bahagian atas sebelah kanan laman web, anda boleh memilih bahasa apa yang hendak digunakan. Anda boleh memilih dari pelbagai bahasa seperti Sepanyol, Perancis, Jerman, Jepun, dan Cina!

Kesimpulannya

YouTube bukanlah satu-satunya laman yang hebat di mana anda boleh menikmati video yang hebat. Selain dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, Facebook juga menunjukkan beberapa video yang hebat. Adakah anda berfikir untuk memuat turun banyak video dari Facebook? Jangan lupa untuk mencuba cara di atas.

Semoga berjaya!

Sumber & Gambar : MakeTechEasier

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...