KFC Melatih Pekerja Menggunakan VR

664

Jika anda ingin memohon kerja di KFC beberapa tahun akan datang, anda akan sempat merasai pengalaman bekerja menggunakan VR ( Virtual Reality ). Mereka membangunkan sebuah bilik VR untuk mengajar pekerja bagaimana untuk menyediakan ayam yang sedap kepada pelanggan.

Walaupun gagal beberapa kali untuk menghasilkan VR, tetapi nampaknya teknologi ini memberi peluang yang besar kepada pengusaha itu.

Menggoreng Ayam dengan The Hard Way

The Hard Way ( menghuraikan cara menggoreng ayam dengan tangan ) adalah simulasi latihan VR baharu bagi KFC. Sekiranya ia digunakan dengan cara liar ia bermakna pekerja akan dilatih dengan cara KFC iaitu dengan melengkapkan permainan realiti maya yang menyeramkan dan mengganggu.

Di dalam permainan tersebut, para pekerja akan menggunakan Oculus Rift headsets dan mereka akan merasai seperti  di dalam dapur yang realiti! Dari situ, pekerja akan belajar menyediakan dan memasak resepi original ayam KFC.  Untuk keluar dari bilik maya itu, pekerja perlu bermain sebagai sepasang tangan yang tidak disatukan untuk menunjukkan penguasaan (maya) melalui lima langkah proses memasak – memeriksa, membilas, membakar roti, mengetuk, dan menggoreng.

VR ini belum digunakan sepenuhnya  lagi tetapi ia mungkin akan menjadi salah satu daripada latihan kepada pekerja KFC. Nampaknya, bisnes yang mendapat sambutan akan datang kebanyakkannya berkemungkinan daripada teknologi virtual ( maya ).  Oleh itu, kepada ahli perniagaan di luar sana, jadikan teknologi VR sebagai salah satu daripada pemasaran anda!

 

Sumber : Eater

Read More  Panduan Pendaftaran Perniagaan

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...