Bagaimana Nak Membenarkan Orang Lain Menggunakan Komputer Anda Tanpa Membiarkan Mereka Boleh Mengakses Semua Kandungan Dalam Komputer Anda

622

Jika anda membiarkan seseorang menggunakan komputer anda, mereka boleh mendapat akses kepada kata laluan yang disimpan oleh anda, membaca e-mel anda, mengakses semua fail anda, dan banyak lagi. Pasti kita tidak mahu orang lain mengakses semua kandungan dalam komputer kita kan?

Macam mana nak buat? Jangan risau. Setiap komputer didatangkan dengan ciri-ciri di mana pengguna boleh membuat banyak akaun untuk pengguna komputer tersebut. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah mencipta akaun tetamu. Akaun tetamu boleh didapati pada semua sistem operasi desktop (Windows, Mac, Ubuntu, ChromesOS dan Linux). Akaun tetamu tidak diaktifkan secara default pada Windows, oleh itu anda harus mencarinya untuk menggunakannya.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Akaun Tetamu

Ianya adalah idea yang terbaik untuk menggunakan akaun pengguna yang berasingan untuk setiap pengguna namun akaun tetamu adalah cara yang terbaik untuk membenarkan orang lain menggunakan komputer anda tanpa perlu anda mencipta banyak akaun di komputer anda.

Akaun tetamu ini akan memberi akses yang terhad kepada rakan anda, membolehkan anda membiarkan mereka menggunakan komputer anda tanpa anda perlu risau mereka mengakses kandungan komputer anda dan membenarkan mereka melayari Internet tanpa menggunakan password anda untuk setiap laman web yang mereka layari (contohnya: email, media sosial, history laman web yang dilawati anda dan lain-lain lagi).

Akaun tetamu tidak membenarkan penggunanya untuk install software lain, mengkonfigurasi hardware, menukar tetapan sistem, atau juga membuat kata laluan untuk akaun tetamu. Akaun tetamu boleh menutup (shut down) komputer anda.

Akaun tetamu membolehkan penggunanya melayari laman web dan menggunakan aplikasi yang tipikal, jadi ianya adalah cara yang bagus untuk memberi orang lain akses ke komputer anda tanpa merasa bimbang mereka melihat kandungan komputer anda. Orang yang anda percayai juga mungkin akan mengakses data peribadi anda walaupun mereka tidak berniat jahat untuk melakukan sesuatu. Mereka cuma membaca semua email anda dan sebagainya. Tentulah kita tak nak ianya terjadi kan?

Read More  4 Cara Mudah Untuk Melindungi Mac Anda!

Mengaktifkan Akaun Tetamu di Windows

Mengaktifkan akaun tetamu adalah berbeza untuk Windows 7 dan 8 berbanding Windows 10. Dalam Windows 7 dan 8, anda boleh mencipta akaun tetamu dengan mudah. Dari desktop, klik menu Start dan mula menaip “user account”. Klik pada “User Accounts” dalam hasil carian. Dari tetingkap menu ini, klik “Manage another account”.

Klik “Guest”. Jika ciri akaun tetamu dilumpuhkan (disabled), klik “Turn On”.

Walaubagaimanapun Windows 10 seolah-olah menyembunyikan ciri ini sedikit. Hal ini adalah kerana Microsoft ingin menggunakan sedikit keselamatan untuk data dan sebahagiannya kerana mereka mahu semua orang menggunakan akaun pengguna Microsoft yang rasmi. Mengaktifkan akaaun tetamu memerlukan akses Administrator dan sedikit kerja command-line tetapi anda boleh mengikutinya di sini.

Sebaik sahaja anda telah mencipta akaun tetamu, ia akan muncul sebagai akaun pengguna yang berasingan di sudut kiri bawah skrin log masuk anda. Sesiapa sahaja boleh log masuk sebagai akaun tetamu selepas menggunakan komputer anda atau mengaksesnya apabila ia dikunci.

Anda boleh log keluar dari akaun pengguna semasa anda atau menggunakan ciri “Switch User” untuk terus logged-in, memastikan program anda dibuka dan akaun anda dikunci semasa membenarkan tetamu menggunakan PC anda.

Sebaik sahaja mereka telah selesai, mereka boleh log keluar dari akaun tetamu. Ambil perhatian bahawa history laman web yang dilayari mereka, laman web yang dibiar logged-in, dan sebarang fail atau data lain yang mereka tinggalkan akan dapat diakses oleh pengguna lain di akaun tetamu anda. Pengguna tetamu harus keluar dari mana-mana laman web yang mereka akses atau hanya menggunakan ciri melayari laman web secara peribadi di dalam akaun tetamu.

Read More  Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Simpan Kata Laluan di Chrome/Mozilla/ Dan Mana-Mana Pelayar?

Sekiranya anda bimbang tentang apa yang dapat diakses oleh pengguna, sila log masuk sebagai pengguna dan mencubanya. Secara default, fail tidak boleh diakses selagi ia disimpan dalam folder di bawah folder pengguna anda di C: \ Users \ NAME, tetapi fail yang disimpan di lokasi lain seperti D: \ partition boleh diakses. Anda boleh mengunci mana-mana folder yang anda tidak mahu tetamu mendapat akses dengan dialog ciri keselamatan. Sekiranya anda suka, anda juga boleh menamakan semula akaun tetamu Windows anda.

Mengaktifkan Akaun Tetamu di MacOS

Pada Mac, anda boleh melog masuk sebagai pengguna tetamu dengan memilih akaun “Guest User” pada skrin log masuk. Jika pilihan ini tidak tersedia, anda perlu menciptanya. Dari desktop, klik ikon “System Preferences” di dok (yang menggunakan gear.) Klik “Users & Groups.”

Klik ikon kunci di sudut kiri bawah, kemudian masukkan kata laluan pentadbir anda untuk mengakses fungsi lanjutan.

Klik “Guest Account”, kemudian klik kotak semak di sebelah ” Allow guests to log in to this computer.” Jangan klik ” Allow guest users to connect to shared folders ” kecuali jika anda ingin memberi mereka akses ke fail peribadi anda .

Log keluar. Anda kini akan mempunyai akaun pengguna yang boleh diakses tanpa kata laluan. Sebaik sahaja tetamu anda log keluar, semua data mereka akan dipadamkan (tidak seperti Windows).

Menggunakan Akaun Tetamu di Ubuntu

Di Ubuntu, akaun tetamu boleh dicari di skrin log masuk. Anda boleh memilih pengguna Guest pada skrin log masuk untuk log masuk sebagai akaun tetamu. Seperti MacOS, semua data mereka akan dihapuskan apabila mereka selesai dan keluar dari akaun tetamu.

Read More  Bagaimana Untuk Dapatkan Semula Gambar yang telah Dipadam dalam Android

Menggunakan Akaun Tetamu pada Chromebook

Chromebook Google juga menawarkan mod tetamu.  Seperti MacOS dan Linux, semua data pengguna tetamu akan secara automatik dihapuskan apabila pengguna tetamu log keluar.

Sumber & Gambar : How-To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...