Whatsapp Kini Muncul Dengan Tambahan Ciri Lagi!

359

Siapa dah update Whatsapp? Whatsapp kini menampilkan tambahan ciri di Status. Sebelum ini, jika anda ingin mereka status, tiada banyak pilihan bukan?

Semalam, dengan rasminya mereka mengumukan ciri baharu mereka — Kali ini dengan teks berwarna dan latar belakang yang berwarna warni. Sekarang, apabila pengguna ingin kongsi teks mereka di status, mereka mempunyai pilihan berbuat demikian dengan latar belakang atau jenis tulisan yang berwarna terang.

kredit : makeuseof

Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih jenis tulisan dan warna latar belakang kemas kini status.  Dan yang paling rare ialah ciri penambahan pautan di dalam status! Gambar yang ditetapkan sebagai featured image akan dipaparkan di sebelah pautan. Ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna iOS dan Android. Ciri ini juga akan tersedia untuk mereka yang menggunakan klien web.

Semuanya dalam satu, status anda akan kelihatan lebih ceria terutama sekali jika anda bukan kaki selfie. Jadi, ciri ini akan memudahkan untuk anda ekspreskan diri anda!

Sumber : thenextweb

DAFTAR SEKARANG!

Read More  5 Lubuk Untuk Anda Naikkan Jualan Dengan Drastik!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...