Apa itu Fail .DOCX, dan Bagaimana Ia Berbeza daripada Fail .DOC di Microsoft Word?

387

Umum megetahui bahawa Microsoft Word telah menggunakan format proprietari untuk failnya yang disimpan, iaitu DOC. Bermula pada tahun 2007 dengan versi baru Word (dan Microsoft Office) yang telah dikemaskini, format simpanan default telah diubah kepada DOCX. Jika di tahun 1990-an, X bermaksud standard Open Office XML. Jadi apakah perbezaannya, dan yang manakah yang patut anda gunakan?

Sedikit info : 

DOC adalah format dokumen yang digunakan oleh Microsoft Word, sementara DOCX adalah penggantinya. Kedua-duanya agak terbuka, tetapi DOCX lebih cekap dan mencipta fail yang lebih kecil dan kurang rosak. Sekiranya diberikan pilihan, gunakanlah DOCX. DOC hanya perlu jika fail tersebut akan digunakan oleh versi Word sebelum pra-2007.

Sejarah Ringkas Format .DOC

Microsoft Word mula menggunakan format DOC dan sambungan fail lebih 30 tahun yang lalu dalam keluaran pertama Word untuk MS-DOS. Sebagai perlanjutan secara eksplisit untuk pemproses dokumen proprietari Microsoft, format itu juga di-proprietari. Word adalah satu-satunya program yang menggunakan fail DOC sehinggalah Microsoft membuka spesifikasi pada tahun 2006, selepas ia dibina semula.

MIcrosoft Word telah menggunakan fail .DOC lebih pada 30 tahun.

Pada tahun 90an dan awal 2000an, pelbagai produk pesaing dapat berfungsi dengan fail DOC, walaupun beberapa format dan pilihan Word yang lebih eksotik tidak disokong sepenuhnya dalam program pemprosesan perkataan yang lain. Oleh kerana Office dan Word adalah piawaian yang sesuai untuk kerja-kerja di pejabat, ianya mendapat permintaan yang berterusan oleh semua orang. Sejak 2008, Microsoft telah mengeluarkan dan memperbaharui spesifikasi format DOC beberapa kali untuk digunakan dengan program lain, walaupun tidak semua fungsi lanjutan Word disokong oleh dokumentasi terbuka.

Selepas 2008, format DOC disatukan ke dalam program pemprosesan perkataan berbayar dan percuma dari banyak vendor. Ia berfungsi dengan format pemproses kata yang lebih panjang, dan banyak pengguna masih memilih untuk menyimpan dalam standard DOC yang lebih lama, di mana mereka risau klien dan rakan mereka masih menggunakan Microsoft Office versi lama untuk membukanya.

Read More  8+ Perisian Untuk Mencari Atau Memadam Dua Fail Yang Sama

Pengenalan Open XML Office (DOCX)

Di bawah tekanan dari persaingan Open Office yang bebas dan terbuka serta Open Document Format (ODF), Microsoft telah bekerja keras untuk memastikan ianya dapat menerima pakai standard terbuka yang lebih luas pada awal tahun 2000an. Hal inilah yang menyebabkan Microsoft memperkenalkan format fail DOCX bersama dengan format lain seperti XLSX untuk spreadsheet dan PPTX untuk persembahan.

Piawaian itu dibentangkan di bawah nama “Office Open XML” (tidak ada hubungannya dengan program Open Office) kerana formatnya adalah berdasarkan Extensible Markup Language dan bukannya daripada format berasaskan binari yang lebih tua dan kurang efisien. Bahasa ini mempunyai beberapa faedah, terutamanya saiz fail yang lebih kecil, kurang peluang untuk  rasuah, dan imej termampat yang lebih baik.

Format DOCX berasaskan XML menjadi fail simpanan default untuk Word dalam versi 2007. Pada masa itu, ramai pengguna menganggap bahawa format DOCX  bermaksud Microsoft telah membuang perisian versi lama dan menjual perisian versi baharu memandangkan versi lama Word dan Office tidak dapat membaca fail XML yang baru. Ini adalah salah sama sekali. Word 2003 masih boleh membaca format fail Word XML khas, dan kemaskini keserasian kemudiannya akan diaplikasikan.

Pemprosesan perkataan moden yang menyokong format DOC dan DOCX.

Tetapi dalam kebanyakan kes, sesetengah pengguna menyimpan fail secara manual dalam standard DOC yang lebih lama dan bukannya DOCX demi keserasian untuk semua perisian. Tetapi agak ironi kerana ianya lebih serasi dengan versi Word yang lebih lama dan bukannya dengan alat cross-platform yang lain seperti Open Office Writer.

Yang Mana Satu Patut Anda Gunakan?

Dokumen yang sama hanya berbeza dari segi saiz dalam format DOCX yang lebih ringan berbanding DOC yang lebih berat.

DOCX adalah pilihan yang lebih baik untuk hampir kesemua keadaan. Format ini menghasilkan fail yang lebih kecil, ringan dan yang lebih mudah dibaca dan dipindahkan. Sifat terbuka dari standard Open Office XML bermaksud bahawa ia dapat dibaca oleh hampir semua pemproses perkataan yang lengkap, termasuklah alat dalam talian seperti Google Docs.

Read More  Bagaimana Sebenarnya GPS Anda Berfungsi?

Satu-satunya sebab untuk pengguna masih menggunakan format fail DOC yang lama adalah untuk memulihkan beberapa fail yang berusia lebih daripada sepuluh tahun, atau untuk bekerja dengan pemproses perkataan yang sangat lama. Dalam kedua-dua kes, lebih baik menyimpan semula fail dalam DOCX, atau beberapa standard moden lain seperti ODF, untuk penukaran yang mudah.

 

Sumber : How-To Geek

Pernah mengalami situasi menunggu lama ketika caj telefon bimbit? Isu 5 kini akan mendedahkan rahsia untuk anda caj dengan lebih pantas! 5 aplikasi penggera di dalam isu ini akan membantu anda untuk bangun lebih awal tanpa lewat ke kerja dan anda patut belajar untuk meningkatkan kolaborasi dan komunikasi pasukan jualan anda dengan hanya mengetahui 10 aplikasi ini! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...