SCOM Mengelakkan Anda Ditipu Oleh Peniaga Online

448

Kami tahu ramai yang suka berbelanja atas talian atau dipanggil beli online. Tetapi mesti ramai juga yang takut untuk membeli secara online kerana takut ditipu. Kami faham perasaan tersebut. Oleh itu, SCOM diwujudkan untuk membantu anda membeli barang online tanpa ragu-ragu lagi!

Saya gerenti ramai yang tak tahu siapa SCOM kan? SCOM ialah laman web daripada Malaysia yang diwujudkan untuk mengelakkan orang awam ditipu dengan peniaga online. Mari kita tengok bagaimana mereka berfungsi.

Kredit : Tech Harvest

Untuk mengetahui samada anda sedang berhadapan dengan peniaga online yang cuba untuk menipu anda atau tidak, anda perlu memasukkan nombor akaun bank, nama ataupun URL bisnes mereka. Jika tiada rekod, anda masih lagi boleh berurusan dengan peniaga tersebut. Tetapi jika anda telah mengalami situasi telah ditipu oleh peniaga online, anda boleh masukkan nombor akaun mereka/nama/URL bisnes dan klik ” report a scammer ” . Untuk memudahkan, anda perlu mendaftar di kotak “sign up”.

 

Gambar di atas ialah contoh senarai peniaga online yang telah dilaporkan di bawah kategori teknologi dan gajet. Anda juga boleh melihat senarai peniaga online mengikut kategori seperti pakaian, automobil, alatan memancing, jurugambar, dan lain-lain lagi.

Kini, Malaysia telah wujud satu platform yang mengumpulkan butiran peniaga yang menipu pelanggan mereka. Diharapkan dengan alternatif ini dapat menginsafkan dan menakutkan peniaga di luar sana serta membantu orang ramai untuk berhati-hati sebelum membeli barang online.

Sumber : Scomapp

Pernah mengalami situasi menunggu lama ketika caj telefon bimbit? Isu 5 kini akan mendedahkan rahsia untuk anda caj dengan lebih pantas! 5 aplikasi penggera di dalam isu ini akan membantu anda untuk bangun lebih awal tanpa lewat ke kerja dan anda patut belajar untuk meningkatkan kolaborasi dan komunikasi pasukan jualan anda dengan hanya mengetahui 10 aplikasi ini! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Read More  143 Juta Pengguna Terjejas Ekoran Serangan Yang Dilakukan Ke Atas Equifax!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...