Bagaimana Untuk Mengosongkan Recycle Bin Secara Automatik Dan Mengoptimumkan Ruang Sistem Komputer Anda

408

Recycle Bin di windows berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan fail yang sudah dipadam. Apabila anda memilih fungsi padam di beberapa fail, ia akan pergi ke Recycle Bin dan anda masih berpeluang untuk mengambil balik fail tersebut dari Recycle Bin.

Tetapi harus diingatkan jika anda tidak memadam kesemua fail di dalam Recycle Bin anda, ia akan memakan ruang GB di komputer anda. Akibatnya, komputer anda akan kekurangan ruang dan berkemungkinan sistem komputer anda akan menjadi lambat. Anda sangat beruntung kerana Windows 10 dapat menggantikan tempat anda untuk membuat kesemua fail tersebut secara automatik. Ingin tahu bagaimana? Lihat video di bawah ini!

 

Pastikan anda menghidupkan “Delete files that have been in the Recycle Bin for over 30 days”. Anda juga boleh  untuk memadam fail sementara dan fail dalam folder Muat turun anda. Semuanya mengikut apa yang anda mahukan.

Sekarang, tiada apa yang akan kekal di dalam Recycle Bin selama lebih dari sebulan. Berhati-hati apabila memadam fail jika tetapan ini dihidupkan, kerana jika anda memadam sesuatu dengan niat untuk memulihkan kemudian anda membiarkan ia menunggu terlalu lama, ia akan hilang.

Anda ada trik lain yang boleh dikongsikan? Tinggalkan di ruangan komen!

Sumber : Makeuseof

 

Siapa peminat tegar anime? Tak perlu ambil kelas jepun lagi! Hanya belajar di Dualigo dan anda tidak perlu membuka kamus bahasa jepun lagi. Sering menggunakan Microsoft Offices untuk menyelesaikan semua tugasan anda? Anda wajib baca edisi ini untuk mengetahui tip Microsoft Offices yang gerenti membuatkan bos anda kagum!Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Read More  Cara Untuk Melakukan Perkongsian Skrin Pada Mac Melalui Terminal!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...