Semak Aplikasi Anda Yang Mana Tidak Disokong iOS 11

257

Bulan September semakin dekat, dan ini bermaksud versi baharu iOS akan dilancarkan tidak lama lagi. Antara perubahan yang hangat diperkatakan adalah dengan iOS 11 64-bit, aplikasi 32-bit terdahulu tidak lagi disokong.

Dalam iOS 10, anda mungkin sudah menyedari adanya amaran bahawa sesetengah aplikasi mungkin akan melambatkan sistem anda. Ianya satu peringatan, namun dalam iOS 11, ia tidak akan dapat dijalankan melainkan pembangun mengemaskininya mengikut piawaian yang baru.

Pergi ke Settings > General > About > Applications. Anda akan melihat halaman App Compatibility yang akan menunjukkan sebarang aplikasi di telefon anda yang tidak akan berjalan di iOS 11. Jika anda tidak dapat melihat apa-apa aplikasi di sini, bagus! Anda tidak perlu risau untuk menggunakan iOS 11. Namun, mungkin akan ada beberapa aplikasi yang tidak tersedia untuk 64-bit.

Pastikan untuk membuka App Store dan menyemak tab Updates untuk apa-apa versi terbaru bagi aplikasi yang dipasang. Dengan iOS 11 semakin dekat dengan tarikh pelancarannya, pembangun aktif perlu untuk memastikan aplikasi mereka disokong sistem ini. Jika anda membuka halaman aplikasi di App Store dan skrol ke bawah, anda boleh mengklik Developer Website untuk melawat halaman mereka dan berhubung dengan pembangun. Anda boleh bertanyakan samada mereka merancang untuk mengemaskini aplikasi mereka untuk iOS 11.

Aplikasi yang tidak dikemaskini dalam masa bertahun mungkin terbiar dan tidak akan dikemaskini untuk iOS 11. Inilah resmi pembangunan aplikasi, malangnya.

Berapa banyak aplikasi anda yang masih belum bersedia untuk iOS 11? Kongsikan pendapat anda bersama kami!

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Read More  Facebook Mencipta Satu Lagi Aplikasi Seperti Tiktok!

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...