Google Menamatkan Instant Search Kerana Semua Orang Menggunakan Telefon Pintar

343

Google akan menamatkan Instant Search, yang memberikan hasil carian dengan segera sambil anda menaip. Menurut Google, masalahnya adalah kita melakukan hampir semua carian melalui telefon pintar, dan Instant Search tidak berguna di telefon pintar. Jadi menamatkannya adalah pilihan yang tinggal.

Google memperkenalkan Instant Search pada tahun 2010, dengan Naib Presiden Carian dan Pengalaman, Marissa Mayer memanggilnya “perubahan terbesar dalam carian”. Dan pada masa itu ianya dilihat sebagai inovatif dan mampu menjimatkan masa berharga semasa melakukan carian.

Semuanya Telah Berubah Sejak 2010

Bagimanapun, terus ke tahun 2017 dan landskap carian kini adalah sesuatu yang berbeza. Kini, lebih dari setengah carian Google dibuat melalui telefon pintar. Dan Instant Search bukanlah fungsi yang berguna di telefon pintar. Perubahan ini membuatkan Google memilih untuk menamatkan Instant Search.

Seorang jurucakap Google memberitahu Search Engine Land:

“Kami melancarkan Google Instant pada tahun 2010 dengan matlamat untuk menyediakan pengguna dengan informasi yang mereka perlukan secepat mungkin, walaupun semasa mereka baru menaip carian di peranti desktop. Sejak dari itu, banyak carian yang terjadi di telefon bimbit, dengan input dan interaksi yang berbeza, termasuk kekangan skrin. Jadi, kami memutuskan untuk menghentikan Google Instant, supaya kami dapat mengfokuskan kepada cara untuk menjadikan Search lebih pantas dan responsif di semua peranti.”

Google masih akan melakukan autocomplete bagi carian anda. Namun, ia tidak lagi memuatkan hasil carian tersebut. Kebanyakan orang tidak akan perasan dengan perubahan ini kerana lebih mementingkan untuk terus skrol ke hasil carian yang relevan apabila muncul. Sebenarnya, ramai yang menyahaktifkan Instant Search kerana merasakan ia lebih mengganggu daripada membantu.

Read More  Pegangan AirAsia dalam Rokki cecah 83 peratus

Ketinggalan Zaman Akibat Inovasi

Instant Search pernah dirasakan sebagai sesuatu dari masa hadapan. Namun, dengan hampir semua dari kita dapat mencapai telefon pintar dari poket apabila ingin melakukan carian, ia kini diibaratkan seperti sudah ketinggalan zaman. Inovasi baru akan membuatkan inovasi terdahulu sudah tidak terguna pakai.

Sudahkah anda menggunakan Instant Search dari Google? Adakah anda sedar adanya fungsi ini? Adakah anda akan merindui beberapa saat yang dijimatkan ia? Dan adakah anda menyokong tindakan Google untuk menamatkan Instant Search? Kongsikan pendapat anda bersama kami..

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...