Microsoft Paint Ditamatkan, Digantikan Dengan Paint 3D

260

Microsoft Paint secara rasminya ditamatkan, dengan Microsoft tidak menyertakan program tersebut dari kemaskini Windows Windows 10 Fall Creators. Bahasa mudahnya, Paint akan tidak lagi dikemaskini dan akan dibuang pada masa hadapan. Namun, masih terdapat Paint 3D.

Windows telah wujud sejak tahun 1985, dengan keluarnya Windows 1.0 ke pasaran. Dan di Windows 1.0 terdapat satu program kecil dipanggil Microsoft Paint. Ia telah membantu orang melukis hasil seni, walaupun tidaklah secantik mana, namun sekarang hampir penamatnya. Mungkin…

Microsoft Paint Ditandakan Untuk Dibuang

Seperti dilaporkan The Guardian, Microsoft Paint telah ditambah ke senarai fungsi yang akan dibuang dalam kemaskini Windows 10 Fall Creators. Paint disenaraikan sebagai sudah lapuk, yang bermaksud ianya “tidak akan dikemaskini dan mungkin akan dibuang dalam kemaskini masa hadapan”.

MS Paint tidak banyak berubah sejak beberapa tahun lepas, namun ianya tidak akan berubah lagi. Microsoft memilih untuk fokus kepada membangunkan Paint 3D, yang menjadi bahagian berintegrasi dari Windows 10 dengan pelancaran kemaskini Creators awal tahun ini.

Paint 3D adalah pengganti kepada Paint asal, namun kedua-duanya adalah aplikasi yang berbeza. Bagaimanapun, Microsoft merasakan yang kehadiran Paint 3D bermaksud Paint tidak lagi diperlukan. Yang mana ianya adalah sebaliknya, lebih-lebih lagi dengan adanya Paint.NET yang lebih baik dari setiap segi.

Sambil kebanyakan orang mengfokuskan kepada pelupusan Microsoft Paint, beberapa program Windows lain juga akan ditamatkan dalam kemaskini Windows 10 Fall Creators. Contohnya, seperti Outlook Express, Reader App, dan Reader List. Semuanya akan dibuang manakala Reader App dan Reader List pula akan diintegrasikan ke dalam Microsoft Edge.

Permulaan Bagi Pengakhiran Paint

Kami mengesyaki yang Paint akan kekal sebagai sebahagian dari Windows 10 untuk masa terdekat. Ianya kerana Microsoft akan menerima desakan dari peminati Paint jika ia dibuang sepenuhnya. Bagaimanapun, ini adalah permulaan bagi pengakhiran satu program yang pernah digunakan setiap orang walaupun hanya sekali, jadi kami nasihatkan anda untuk menggunakan Paint sepenuhnya sementara ia masih ada. Walaupun untuk melukis seni yang buruk.

Read More  Peranti Kecil Ini Boleh Menjejaki Kereta Anda Dengan Menggunakan Telefon Pintar Anda Sahaja!

Setelah menghadapi kritikan dan desakan dari pengguna, Microsoft baru-baru ini telah mendedahkan masa depan Paint dalam sebuah post blog mengatakan, “MS Paint akan dikekalkan, cuma mungkin akan menemui rumah baru, di Windows Store yang boleh didapati secara percuma.”

Adakah anda menggunakan Windows 10 di komputer anda? Adakah anda suka, benci atau berasa neutral dengan Paint? Apakah pendapat anda mengenai Windows ingin menamatkan Paint? Patutkah Microsoft melakukan tindakan ini sejak dari dahulu lagi? Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...