Kaspersky Melancarkan Antivirus Percuma Untuk PC Anda

239

Kaspersky sedang melancarkan versi percuma bagi versi percuma perisian antivirusnya yang diiktiraf di seluruh dunia. Kaspersky Free menawarkan kebanyakan perlindungan asas secara percuma kepada mereka yang memerlukannya. Dan ia didatangkan tanpa sebarang iklan. Yang mana satu tawaran yang murah hati dari penyedia keselamatan Russia itu.

Sesetengah dari anda mungkin menyedari penurunan isu sekuriti yang anda hadapi sejak beberapa tahun yang lepas. Sebab utamanya adalah kerana penggodam dan penjenayah siber telah berpindah kepada modus operandi yang lebih baru, untuik mendapatkan lebih banyak duit. Contohnya seperti ransomware dan kecurian identiti.

Bagaimanapun, walau berlakunya perubahan strategi, anda masih memerlukan perisian sekuriti yang baik untuk kekal selamat. Kaspersky dapat membantu anda untuk melindungi dari sebarang bahaya yang kian parah setiap hari. Dan semuanya secara percuma.

Kaspersky Kini Menawarkan Antivirus Percuma

Kaspersky Free, yang mana telah berada dalam proses pembangunan selama 18 bulan, kini telah tersedia di beberapa negara terpilih. Menurut ayat dari Eugene Kaspersky sendiri, ia menawarkan “perlindungan asas: fail, emel dan antivirus web; kemaskini automatik, pertahanan diri; kuarantin; dan lain-lain”. Yang mana merupakan “perkara asas yang perlu ada untuk setiap orang”.

Tawaran percuma ini kekal bersama tawaran premium dari Kaspersky. Dengan premium, terdapat fungsi tambahan seperti kawalan ibubapa, perlindungan pembayaran online dan VPN. Namun, Kaspersky menerangkan yang dengan memberikan perlindungan asas kepada semua akan secara tidak langsung memperbaiki kualiti perisiannya dan mengekalkan orang ramai selamat dalam jangka masa panjang.

Kredit: MakeUseOf

Ramai yang menganggap ini suatu tindakan PR, dengan banyak kritikan diterima baru-baru ini. Syarikat Russia ini diragui kebanyakan pengguna Amerika dengan motif sebenar di balik tawaran ini, dengan dakwaan terbaru Bloomberg yang Kaspersky bekerjasama dengan agensi perisikan Russia seperti FSB.

Read More  Kini Firefox Membenarkan Anda Menambah Aplikasi Web ke Skrin Utama Android Anda!

Eugene Kaspersky menolak sekerasnya dakwaan ini. Beliau turut menyatakan dalam blog peribadinya mengumumkan Kaspersky Free, menyatakan “Kami mengesan setiap ancaman siber tanpa mengira asal atau tujuan – walaupun tidak digemari beberapa pihak”. Masih, dakwaan ini masih diragui.

Kaspersky Free sedang dilancarkan di seluruh dunia secara berperingkat, bermula dengan Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara Asia Pasifik. Apabila ia tersedia di kawasan anda, anda boleh memuat turun secara terus dari laman Kaspersky. Apa yang anda perlu hanya sistem Windows dari Windows XP ke Windows 10.

Menawarkan Perlindungan Asas

Kaspersky Free tampak seperti pilihan sekuriti yang baik untuk mereka yang memerlukan perlindungan asas. Perlindungan antivirus Kaspersky konsisten dalam ujian bebas, jadi anda boleh mempercayai Kaspersky Free untuk melindungi anda.

Adakah anda menggunakan perisian sekuriti Kaspersky? Jika ya, adakah berpuas hati dengan prestasinya? Adakah anda akan memasangnya di PC Windows anda? Atau anda akan terus menggunakan Windows Defender atau alternatif lain? Kongsikan bersama kami..

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...