Gunakan Laman Ini Untuk Membandingkan Google Fonts Yang Ingin Digunakan

226

Mari berbicara mengenai koleksi 800+ font percuma yang ditawarkan Google sejak tahun 2011. Google Fonts adalah sumber terbaik untuk bekerja dengan sebarang jenis dokumen di cloud. Dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam rekaan, kerana anda boleh terus menggunakannya di Google Docs, WordPress mahupun Adobe Photoshop!

Tetapi bahagian paling sukar adalah untuk memilih font yang sesuai untuk digunakan, dan untuk itu kita perlu membandingkan pilihan yang ada sebelum membuat keputusan. Mujurlah, dengan adanya Better Font Finder dapat menjimatkan masa anda, dengan membandingkan dan menapis font melalui persamaan visual.

Membandingkan Google Fonts Dengan Mudah

Anda mungkin akan tiba di suatu masa yang anda benar-benar tidak dapat membuat pilihan font yang ingin digunakan. Dan 800 font terlalu banyak untuk dibandingkan satu persatu. Better Font Finder adalah solusi yang anda perlu untuk mencari font berdasarkan rupanya.

Kredit: MakeUseOf

Ini adalah antara fungsi utamanya:

  • Di alatan, anda akan melihat kolum di bahagian kiri yang mana adalah kiu visual yang anda perlu untuk menelusuri senarai.
  • Buat keputusan tentang stail yang anda inginkan (condensed, monospace, serif, sans serif, dsb.). Tapis senarai font dengan butang di kolum ini.
  • Senarai font menunjukkan satu font-weight bagi setiap keluarga, namun anda boleh mengembangkannya.
  • Tandakan font untuk menjadikan perbandingan lebih mudah. Anda boleh menggunakan teks boiler plate yang disediakan atau menampalkan teks anda sendiri dengan memilih satu di alat tersebut terlebih dahulu.
  • Untuk maklumat lebih lanjut, klik pada nama mana-mana font dan ia akan membawa anda ke laman Google Fonts.

Memilih Dengan Tepat Dan Membuatkan Teks Mudah Untuk Dibaca

Google Fonts adalah cara termudah untuk mencantikkan teks secara percuma, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan Google Fonts untuk projek web. Walaupun laman Google Fonts tidaklah sukar untuk dilayari, namun Better Font Finder adalah lebih mudah dan pantas – jika anda menerima pilihan disediakan oleh perekanya.

Read More  Bagaimana untuk Rakam dan Streaming Permainan dalam Windows 10

Cubalah sendiri dan kongsikan pendapat anda mengenainya di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...