Belajar Kemahiran Baru Dengan Cepat Dan Mudah Menggunakan 8 Aplikasi Android Ini

450

Ianya tidak mengambil masa yang lama setelah anda meninggalkan sekolah atau kolej untuk menyedari yang terdapat beberapa kemahiran dan topik yang ingin anda pelajari namun tiada kesempatan. Malangnya, setelah anda melangkah ke alam pekerjaan, ianya hampir mustahil untuk anda mencari masa bagi menjalani sebarang kursus dan sebagainya.

Mujurlah terdapat banyak pilihan aplikasi yang tersedia di Android yang dapat mengajar anda kemahiran berbeza – dari aplikasi pembelajaran umum sehingga yang mengfokuskan kepada kemahiran spesifik.

Ini adalah antara kemahiran baru yang boleh anda pelajari dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon anda.

1. Mempelajari Bahasa Baru

Kredit: MakeUseOf

Pengguna Android menikmati pelbagai pilihan dari aplikasi pembelajaran bahasa untuk dipilih. Keputusan aanda perlulah berdasarkan bahasa spesifik yang ingin anda pelajari dan cara anda ingin belajar. Bahasa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol adalah antara yang mudah didapati dalam kebanyakan aplikasi. Anda juga boleh mencari aplikasi yang hanya mengfokuskan kepada satu bahasa spesifik.

Apabila memilih aplikasi, ambil tiga perkara dalam pertimbangan: bahasa yang ingin anda pelajari, apa yang anda pentingkan, dan kualiti aplikasi tersebut.

Memrise adalah aplikasi pembelajaran bahasa yang menarik, dengan menggunakan permainan sebagai medium untuk belajar. Ia didatangkan dengan katalog bahasa dari seluruh dunia.

Sementara itu, Mondly mempunyai chat bot yang hebat dan dapat mengenalpasti setiap frasa dan sebutan anda. Terdapat satu aplikasi utama, dengan beberapa siri aplikasi kecil yang tiap satu mengfokuskan kepada bahasa berbeza.

Duolingo adalah antara pemain utama dalam pasaran aplikasi pembelajaran bahasa, dan ia akan mengingatkan anda secara harian untuk terus berlatih.

Banyak aplikasi ini adalah percuma, dengan pembelian dalam aplikasi atau pilihan langganan jika anda ingin menaik taraf pengalaman anda.

Read More  Cara Hendak Melaporkan Sesuatu Video Atau Komen Di YouTube

Muat Turun: Memrise (Percuma)
Muat Turun: Mondly (Percuma)
Muat Turun: Duolingo (Percuma)

2. Belajar Untuk Mengaturcara

Kredit: MakeUseOf

Kemahiran pembangun perisian dan web mendapat banyak permintaan dari serata dunia, jadi tidak hairanlah semakin ramai yang ingin menceburi bidang pengaturcaraan. Malangnya, ramai yang terlepas peluang dari mengambil kursus tradisional dalam bidang ini.

Tetapi SoloLearn adalah aplikasi yang membolehkan anda mempelajari kemahiran luar dari bilik darjah. Ia mengajar bahasa pengaturcaraan popular seperti C#, JavaScript dan SQL. Selain berfungsi sebagai editor untuk membuatkan pengaturcaraan lebih mudah, aplikasi ini bertujuan untuk mengasah kemahiran anda mengaturcara.

Sama seperti Mondly, SoloLearn juga mempunyai suite aplikasi. Terdapat satu aplikasi utama SoloLearn dan pelbagai aplikasi sampingan yang mengfokuskan kepada bahasa pengaturcaraan yang berbeza. Anda boleh bermula dengan bahasa mudah seperti HTML, atau mempelajari bahasa yang lebih kompleks.

Muat Turun: SoloLearn (Percuma)

3. Belajar Untuk Bermain Instrumen

Kredit: MakeUseOf

Mahu untuk menarik perhatian orang dengan kemahiran musik anda tetapi tidak tahu untuk bermain instrumen? Jangan risau, Yousician menawarkan solusi untuk mereka yang ingin mempelajari cara bermain gitar, bassm ukulele atau piano.

Aplikasi ini sesuai untuk setiap tahap kemahiran – asalkan anda mempunyai instrumen yang ingin anda pelajari. Satu perkara baik tentang Yousician adalah ia memberikan maklumbalas selepas mendengar anda bermain instrumen. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diberikan buku gitar mahupun laman untuk mempelajari teori musik.

Ia juga didatangkan dengan alatan untuk membantu anda menala instrumen anda dan pengajar untuk membantu anda melalui tutorial.

Muat Turun: Yousician (Percuma)

4. Belajar Untuk Bersenam Dengan Lebih Baik

Kredit: MakeUseOf

Ramai orang tahu untuk berjogging atau melakukan jumping jacks, tetapi apabila mengenai senaman yang lebih maju, ramai antara kita yang tidak pernah pun menjejakkan kaki ke gim mahupun mempunyai pengetahuan mengenainya. Banyak aplikasi pengesan kecergasan – tetapi kebanyakannya hanya memberitahu anda berapa banyak latihan anda dan tidak mengajar sesuatu yang baru.

Read More  Membuat Animasi GIF Dari Gambar Menggunakan Photoshop

Tiada keperluan untuk anda mengupah jurulatih perseorangan. Kerana, Google Play Store sendiri sudah mempunyai pelbagai pilihan aplikasi senaman dan latihan untuk menjadikan badan anda sentiasa sihat. Walaupun kebanyakan aplikasi ini menggunakan gimik (seperti “bagaimana untuk mendapatkan perut kempis dengan mudah”), namun terdapat beberapa yang boleh dipercayai untuk mencapai matalamat yang anda tetapkan.

Contohnya, FitStadium membenarkan anda memilih samada untuk mengfokuskan kepada kardio dan mengurangkan berat badan atau latihan kekuatan. Anda juga dapat memilih bahagian badan anda yang mana untuk dilatih. FitStadium bergantung kepada maklumbalas pengguna untuk menetapkan rutin, terutamanya apabila sesuatu latihan itu terlalu mudah atau sukar.

Aplikasi The 7 Minute Workout juga adalah kegemaran untuk ramai pengguna. Aplikasi ini menerima hakikat yang ramai dari kita tidak mempunyai masa lapang untuk bersenam, jadi ia menyediakan latihan berintensiti tinggi yang kurang mengambil masa.

Anda hanya perlu menentukan apakah matlamat kecergasan anda dan pilih aplikasi untuk membantu anda mencapainya.

Muat Turun: FitStadium (Percuma)
Muat Turun: 7 Minute Workout (Percuma)

5. Belajar Mengenai Hampir Apa-Apa Sahaja

Kredit: MakeUseOf

Terdapat banyak aplikasi pendidikan dari pelbagai institusi, namun Udemy adalah antara yang terbaik. Aplikasi ini merangkumi 1,200 topik, walaupun kebanyakannya dikunci dengan pembelian dalam aplikasi. Namun, masih banyak yang dapat anda belajar dari kursus yang percuma.

Fungsi terbaik ia adalah kebolehan untuk memaparkan aplikasi ini di peranti berbeza, seperti Chromecast anda. Daripada bersusah-payah melihat skrin di telefon pintar anda, anda dapat belajar dengan selesa di hadapan televisyen anda.

Topik yang dirangkumi oleh aplikasi ini tidak berfokus kepada hanya satu atau dua industri, seperti yang boleh dilihat di aplikasi pendidikan lain. Udemy membenarkan anda untuk mempelajari apa-apa sahaja dari IT sehingga Fotografi. Ia juga menyediakan latihan untuk perisian tertentu seperti Microsoft Excel.

Read More  Sokongan JavaScript, Acquia Membolehkan Pemaju Membina Aplikasi Web Yang Menggabungkan Kandungan Dan Data!

Muat Turun: Udemy (Percuma)

Aplikasi Manakah Yang Anda Guna Untuk Mempelajari Kemahiran Baru?

Walaupun senarai aplikasi ini menyediakan beberapa pilihan yang menarik, namun masih banyak aplikasi melatih kemahiran yang boleh didapati dalam dunia Android. Aplikasi seperti Memrise dan Yousician boleh memberikan anda kemahiran baru, namun terdapat juga yang dapat mengembangkan pengetahuan anda dan permainan untuk melatih minda anda.

Terima kasih kepada Internet dan pembangun aplikasi, anda tidak perlu membayar untuk kursus dalam mempelajari kemahiran berharga.

Adakah anda menggunakan mana-mana aplikasi untuk mempelajari perkara baru? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...