Bagaimana Untuk Mengisi Teks Menggunakan Imej Dalam Photoshop

272

Bukan semua dari kita yang mahir menggunakan Photoshop. Tetapi anda boleh mempelajari beberapa teknik kreatif yang mudah untuk mengasah imaginasi anda. Menggabungkan imej dengan teks adalah salah satu darinya.

Anda boleh membuat kesan teks menarik dalam Adobe Photoshop dan anda juga boleh membuat perkara luar biasa dengan imej. Tetapi dengan tutorial mudah ini anda dapat mengisi teks dengan imej. Cara Photoshop ini menggunakan Clipping Masks yang mana adalah cara pantas untuk membuat kesan realistik dengan imej. Halaman Adobe Support ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai clipping mask.

Mari Mengisi Teks Dengan Imej

Ianya idea yang bagus untuk menggunakan imej yang mencerminkan apa yang ingin anda sampaikan dengan teks. Dalam kes ini, kita akan menggunakan perkataan “Earth” dengan imej yang menggambarkan planet kita. Ini hasil yang saya mahukan:

Kredit: MakeUseOf

Langkah 1: Pilih font yang besar dan bold.

Kunci utama kepada kombinasi estetik adalah pemilihan font yang sekali lagi bergantung kepada apa yang ingin anda sampaikan. Font yang besar dan bold sesuai digunakan dalam kebanyakan kes. Di sini, saya memilih Rockwell Extra Bold untuk menaip “Earth”. Ini adalah beberapa penambahbaikan yang boleh anda lakukan kepada perkataan tersebut.

Buka panel Character.

Gunakan Tracking dengan nilai negatif untuk mendekatkan aksara.

Kredit: MakeUseOf

Anda juga boleh mengubah jarak antara dua aksara. Dengan alat teks aktif, klik pada ruang antara dua aksara untuk memasukkan kursor. Tekan Alt dan kekunci anak panah kiri atau kanan untuk mengubah jarak tersebut. Contohnya, saya telah mendekatkan huruf A dan R.

Langkah 2: Gunakan imej anda dan aktifkan clipping mask.

Gunakan sebarang imej stock atau salah satu dari foto anda dan buka di window berasingan Photoshop.

Read More  Bagaimana Hendak Faks Dokumen Dari Telefon Pintar Anda?

Tarik imej ke lapisan yang terletak di atas lapisan teks.

Kredit: MakeUseOf

Untuk membuatkan imej hanya kelihatan dari bentuk teks, gunakan Clipping Mask. Klik-kanan pada lapisan imej dan pilih Clipping Mask.

Kredit: MakeUseOf

Dengan lapisan imej masih dipilih, gunakan alat Move untuk menyusun imej supaya bahagian terbaik kelihatan melalui teks. Selesai!

Langkah 3: Tambahkan beberapa kesan akhir.

Dengan imej dan perkataan di tempat yang betul, tambahkan apa-apa kesan blending. Contohnya klik-kanan dan pilih Drop Shadow.

Kredit: MakeUseOf

Anda juga boleh menggunakan warna latar untuk menyerlahkan teks dan imej yang digabungkan. Buat Fill yang baru atau Adjustment layer dan pilih warna yang sesuai.

Kredit: MakeUseOf

Simpankan fail sebagai JPEG. Untuk imej tanpa latar belakang, simpan fail sebagai GIF telus.

Gunakan Secara Kreatif

Ianya mengambil lebih dari kemahiran untuk menguasai Adobe Photoshop. Tetapi tips mudah seperti ini dapat membantu anda untuk mendalami bidang ini. Pelajari lebih lanjut mengenai Clipping masks dan gunakan mengikut kreativiti anda. Mungkin, anda dapat membuat poster sendiri atau mencantikkan foto dengan teks yang menarik.

Apakah pendapat anda mengenai tutorial ini?

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Read More  Bagaimana Untuk Salin / Pindah (Copy / Transfer) Fail Ke iPad

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...