Keeper Mendedahkan 25 Kata Laluan Terburuk Tahun 2016

283

Selain dari berita kematian selebriti terkenal, 2016 juga adalah tahun dengan jumlah pencerobohan data yang tinggi. Ini menyebabkan jutaan maklumat log masuk orang yang dibocorkan secara atas talian. Yang mana, walaupun agak malang tetapi memberikan kita panduan kepada kata laluan terburuk yang mungkin anda masih gunakan.

Pada awal penggunaan Internet, kata laluan dianggap sebagai sesuatu yang hebat dalam melindungi akses ke akaun anda. Tetapi teknologi yang digunakan penggodam semakin berevolusi untuk menggodam kata laluan anda. Situasi ini menyebabkan anda merasa tidak selamat dengan akses ke data anda boleh dicuri pada bila-bila masa.

Kini, anda perlu membuat kata laluan yang panjang penuh dengan kombinasi aksara yang aneh, atau menggunakan pengurus kata laluan. Bagaimanapun,kebanyakan orang tidak menggunakkan cara ini malah masih kekal dengan kata laluan sejak hari pertama mereka menggunakan Internet.

Kata Laluan Terburuk Tahun 2016

Keeper Security, pembuat pengurus kata laluan popular Keeper telah menyenaraikan beberapa kata laluan yang sering digunakan terlibat dalam pencerobohan data pada tahun 2016. Ini boleh dilabelkan sebagai kata laluan terburuk untuk digunakan pada masa kini. Kerana penggodam boleh memecahkan setiap satu kata laluan ini dengan mudah.

  1. 123456
  2. 123456789
  3. Qwerty
  4. 12345678
  5. 111111
  6. 1234567890
  7. 1234567
  8. password
  9. 123123
  10. 987654321
  11. Qwertyuiop
  12. Mynoob
  13. 123321
  14. 666666
  15. 18atckd2w
  16. 7777777
  17. 1q2w3e4r
  18. 654321
  19. 555555
  20. 3rjs1la7qe
  21. google
  22. 1q2w3e4r5t
  23. 123qwe
  24. zxcvbnm
  25. 1q2w3e

Banyak kata laluan ini yang popular sejak beberapa tahun lepas. Kebanyakannya pendek, dan banyak yang mudah diingati menurut susunan di papan kekunci anda. Namun setiap satu adalah terburuk.

Kata Laluan Sudah Ketinggalan Zaman

Semua ini menyokong kenyataan bahawa kata laluan sudah tiada gunanya. Melainkan anda seorang yang menggunakan kata laluan yang panjang, rawak dengan kombinasi aksara berbeza. Malangnya anda tidak akan dapat mengingatinya. Inilah sebab pengurus kata laluan menjadi semakin popular.

Read More  Apa Itu eSIM, dan Bagaimana Ia Berbeza Daripada Kad SIM?

Bagaimanapun, pengurus kata laluan adalah terhad. Dalam jangka masa panjang kita perlu berubah dari menggunakan kata laluan dan mencari solusi yang lebih baik. Contohnya seperti sekuriti biometrik, ianya tidak sempurna namun antara solusi yang dilihat terbaik.

Adakah anda menggunakan salah satu kata laluan dari senarai di atas? Jika ya, mengapa? Adakah anda mempunyai memori yang kruang baik? Ataupun malas untuk menukar kata laluan? Bagaimanakah anda memilih kata laluan? Kongsikan bersama kami!

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...