Bagaimana Untuk Memadam Halaman Kosong Bermasalah di Microsoft Word

294

Pernahkah anda menghadapi masalah halaman kosong dalam dokumen Microsoft Word, sedangkan anda sendiri tidak mengetahui bagaimana ianya berada di sana? Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini. Anda perlu untuk mencari punca masalah sebelum menyelesaikannya.

Ini adalah antara empat punca utama untuk halaman kosong dalam dokumen termasuk penyelesaiannya.

1. Tetapan Pencetak

Jika anda mendapat halaman kosong apabila mencetak tetapi tiada di skrin, tetapan pencetak anda mungkin masalahnya.

Merangkumi setiap pencetak adalah luar dari skop artikel ini, namun anda perlu untuk menyemak halaman Preferences pada pencetak anda dan melihat pilihan pemisah halaman.

Kredit: MakeUseOf

2. Menyemak Perenggan Bermasalah

Untuk melihat samada perenggan bermasalah yang mendatangkan isu, anda perlu menekan Ctrl + Shift + 8 untuk mengaktifkan penanda perenggan. Skrol menerusi dokumen dan cari ikon . Untuk membuang mana-mana yang tidak berkenaan, serlahkan ikon dengan menggunakan tetikus anda dan tekan Delete.

3. Menyemak Pemisah Halaman Manual

Pemisah Halaman manual yang tidak disengajakan selalunya adalah punca kepada halaman kosong di tengah dokumen.

Sekali lagi, anda boleh menggunakan penanda perenggan untuk membantu anda mencari masalahnya. Pemisah perenggan akan kelihatan seperti ini:

Kredit: MakeUseOf

Untuk membuangnya, gerakkan kursor pada permulaan garis pemisah halaman dan tekan Delete.

4. Menyemak Pemisah Seksyen

Pemisah seksyen digunakan apabila anda ingin membahagikan dan mengformat satu dokumen dalam beberapa cara berbeza. Ia akan dibahagikan kepada pemisah seksyen Next Page, Odd Page dan Even Page.

Pemisah seksyen akan kelihatan seperti ini:

Kredit: MakeUseOf

Untuk membuangnya, gerakkan kursor sebelum pemisah dan tekan Delete.

Amarang: Membuang pemisah seksyen boleh merosakkan format dokumen anda. Untuk membuang halaman kosong tetapi mengekalkan format stail berbeza, gunakan pemisah berterusan.

Mengapa Anda Memadam Halaman Anda?

Adakah empat tips ini berhasil untuk anda? Kongsikan bersama kami bagaimana anda memadam halaman bermasalah di ruangan komen.

Read More  Bagaimana Hendak Membersihkan Data Pada Touch Bar Dan Juga Secure Enclave Di MacBook Anda?

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Isu ketiga kini memaparkan lebih banyak tip kepada anda. Membina laman web yang cantik menjadi mudah dengan aplikasi Instaweb. Runsing untuk   memikirkan bagaimana ingin mengira titik  pulang modal? Kini tidak lagi! Jika sebelum ini anda hanya menggunakan aplikasi percuma di PlayStore untuk mereka gambar menarik, isu ini akan membantu anda dengan lebih banyak pilihan! Kami telah sediakan kepada anda banyak lagi contoh aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit atau komputer. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...