Bagaimana Untuk Menyemak Username Tersedia di Kebanyakan Media Sosial Sekaligus

362

Katakan anda ingin memulakan blog hobi yang baru, membuat saluran Twitch, atau melancarkan syarikat baru dan anda berniat untuk menjadi aktif merentasi beberapa laman media sosial. Jadi, untuk mengelakkkan kekeliruan, anda pasti ingin menggunakan username yang sama untuk semua akaun.

Lagipun, konsisten itu sangat penting. Jika anda menggunakan @SyarikatABC di Twitter tetapi @KamiSyarikatABC di Instagram, ianya boleh menjadi mengelirukan buat pelanggan atau peminat anda. Anda juga mungkin ingin mendapatkan SyarikatABC.com jika boleh!

Dan sebab itulah namecheckr datang untuk membantu.

Kredit: MakeUseOf

Laman ini sangat mudah untuk digunakan. Apa yang anda perlu buat hanya menaip username yang ingin disemak dan laman tersebut akan mencari secara automatik merentasi berdozen laman media sosial untuk melihat samada username itu masih tersedia. Laman yang dicari adalah seperti berikut:

  • Blogger
  • Domain (.com)
  • Domain (.net)
  • Domain (.org)
  • Dribbble
  • Ello
  • Facebook
  • Feedburner
  • Flickr
  • Foursquare
  • GetSatisfaction
  • Github
  • Google+
  • IFTTT
  • Instagram
  • Last.FM
  • Meetup
  • Myspace
  • Papaly
  • Pinterest
  • Reddit
  • Spotify
  • StumbleUpon
  • Tumblr
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube

Dan beberapa lagi. Cuma teruskan untuk mencari username yang tersedia untuk semua laman yang ingin anda gunakan.

Laman Web — namecheckr

Apa yang ingin anda capai dengan nama media sosial baru anda? Adakah alatan seperti ini yang anda tahu? Kongsikan bersama kami!

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Read More  Cara Untuk Menukar Tablet Android Lama Anda Menjadi Bingkai Foto Digital!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...