Bagaimana Untuk Memampatkan Fail Video Dengan Movie Maker

288

Jika anda mempunyai video yang ingin dikongsikan kepada dunia, kebanyakan orang akan terus menggunakan butang muat naik di servis seperti YouTube atau Facebook.

Bagaimanapun, ianya kadangkala tidak praktikal. Video berkualiti tinggi boleh mengambil masa yang sangat lama untuk dimuat naik, lebih lagi yang berdurasi panjang. Tiada sesiapa yang mempunyai masa untuk menunggu bar tersebut naik sedikit demi sedikit sehingga 100 peratus – banyak lagi perkara lebih baik yang boleh anda lakukan dengan masa tersebut.

Jaid apakah solusinya? Bagaimanakah anda dapat memampatkan fail video dengan pantas supaya anda boleh memuat naiknya dengan lebih cepat? Sudah pasti, studio filem profesional menawarkan fungsini ini, namun anda tidak perlu membelanjakan ratusan ringgit untuk perisian canggih – cukuplah dengan Windows Movie Maker!

Begini caranya untuk menggunakan aplikasi video dari Microsoft ini untuk memampatkan fail video.

Memasang Windows Movie Maker

Malangnya, kini Windows Movie Maker tidak lagi disokong Windows. Ianya pernah menjadi sebahagian dari Microsoft Essentials – tetapi syarikat tersebut terus menutup sokongan bagi suite aplikasi produktiviti yang banyak digunakan ini pada Januari 2017.

Pada masa pengumuman ini, Microsoft mencadangkan versi baharu Movie Maker akan disertakan dengan kemaskini akan datang bagi sistem operasi, namun ianya telah pun dibatalkan. Tambahan lagi,, Essential tidak lagi tersedia untuk dimuat turun dari laman web Microsoft.

Kredit: MakeUseOf

Gambar di atas menunjukkan yang anda perlu mencari salinan Microsoft Movie Maker 2.6. Ianya versi terkini perisian tersebut yang tidak dikumpulkan dalam suite Essentials. Dengan itu, anda dapat memasangnya sebagai aplikasi persendirian. Saya mendapatkan perisian ini di FileHippo, cuma pastikan yang anda mengimbas semua muat turun anda untuk malware sebelum memasangnya.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan Emoji di Photoshop?

Jika anda mendapat salinan Windows Movie Maker 2012 dan cuba memasangnya, proses tersebut akan gagal. Ia kerana program pemasangan cuba menarik data dari server Microsoft yang tidak lagi wujud.

Selain antaramuka dikemaskini, kedua-dua versi hampir serupa. Dan untuk tutorial ini, mana-mana versi boleh digunakan.

Pilih Video Anda

Untuk demonstrasi ini, saya akan memampatkan sebuah video perlawanan bola sepak Mexico yang berlangsung pada tahun 2014.

Kredit: MakeUseOf

Seperti apa yang dapat anda lihat, saiz fail ini adalah 49.3 MB. Ianya tidaklah terlalu besar, namun boleh mengambil masa yang lama untuk dimuat naik. Jika fail yang ingin anda mampatkan lebih besar, jangan risau. Langkah berikut akan berhasil untuk video dengan apa-apa saiz sekalipun.

Halangan

Windows Movie Maker tidak berfungsi dengan semua jenis fail. Anda perlu memastikan yang video anda akan dimampatkan hanya dalam format AVI, MPG, M1V, MP2V, MPEG, MPE, MPV2, WM, WMV, atau ASF.

Jika fail anda berlainan format, anda boleh gunakan alatan desktop atau online untuk menukarnya ke jenis fail yang disokong.

Bagaimana Untuk Memampatkan Video Anda

Setelah anda mendapatkan video untuk dimampatkan, langkahnya adalah jelas.

Mengimport Video

Apabila anda pertama kali membuka Windows Movie Maker 2.6, anda akan melihat pilihan berlabel Import Video di bawah Capture Video di penjuru atas-kanan pada window. Jika ianya tidak muncul, klik pada tab Tasks di header untuk mengaktifkan menu.

Kredit: MakeUseOf

Cari video yang ingin anda tukar dan klik Import untuk memuatkannya ke aplikasi.

Kredit: MakeUseOf

Proses ini dapat mengambil sedikit masa untuk selesai, bergantung kepada saiz fail.

Kredit: MakeUseOf

Apabila proses mengimport selesai, anda akan melihat fail anda di panel Collection di bahagian tengah aplikasi. Klik-kiri dan tarik ia ke panel Timeline yang terletak di bahagian bawah window.

Read More  Tak Ada Duit Nak Mulakan Perniagaan? Jangan Risau, Cuba 5 Cara Ini!
Kredit: MakeUseOf

Memampatkan Video

Tamat fasa pertama. Kemudian, anda perlu menyimpan fai tersebut dalam format baru.

Pertama sekali, pergi ke File > Save Movie File.

Kredit: MakeUseOf

Aplikasi ini akan meminta anda untuk memilih destinasi fail. Apa yang anda lihat di skrin mungkin sedikit berbeza dari gambar di bawah, bergantung kepada lokasi yang tersedia untuk anda. Pada kebanyakan situasi, anda perlu memilih My Computer dan mengklik Next.

Kredit: MakeUseOf

Anda akan diminta untuk menamakan fail baru anda. Masukkan nama diingini dan klik Next.

Di skrin seterusnya, anda perlu memilih Movie Settings. Secara lalai, aplikasi mengesyorkan anda menyimpan fail dalam kualiti terbaik. Abaikan, dan klik Show More Choices.

Kredit: MakeUseOf

Anda mempunyai dua pilihan. Anda boleh memilih samada fail saiz spesifik atau tetapan bagi kelajuan Internet tertentu. Sesetengah kelajuan Internet mungkin kelihatan agak ketinggalan zaman oleh kerana program yang sudah lama, namun lebih perlahan kelajuan Internet yang anda pilih, lebih kecil fail anda.

Kredit: MakeUseOf

Saya mengesyorkan untuk tidak memilih kurang dari Video for broadband (512 Kbps). Video anda akan menjadi terlalu berpiksel dan kehilangan kualiti. Anda boleh melihat saiz fail baru di penjuru bawah-kanan di window.

Setelah selesai dengan pilihan, klik Next. Aplikasi akan mula memampatkan fail. Sekali lagi, bergantung kepada saiz fail, ia mungkin akan mengambil masa.

Kredit: MakeUseOf

Produk Akhir

Jadi, berapakah perubahan yang dibuat dalam proses pemampatan? Jika anda ingat, saiz fail asal saya adalah 49.3 MB.

Ini adalah screenshot untuk fail baru:

Kredit: MakeUseOf

Saya teIah mengurangkannya kepada hanya 1.05 MB. Anda akan dapat memuat naiknya ke web dengan sekelip mata.

Dan ini perbandingan untuk kedua-dua video:

Asal

Kredit: MakeUseOf

Baru

Read More  Sistem Linux Anda 32-bit Atau 64-bit?
Kredit: MakeUseOf

Benar, ianya lebih berpiksel, namun ianya lebih dari cukup untuk dikongsikan ke Twitter. Jika ianya terlalu berpiksel untuk anda, anda boleh memilih kelajuan Internet lebih pantas dalam skrin Movie Setttings. Teruskan mencuba sehingga anda mendapatkan hasil yang anda mahu.

Bagaimanakah Anda Memampatkan Fail Video?

Dalam artikel ini, saya telah menunjukkan bagaimana untuk anda menggunakan Windows Movie Maker bagi memapatkan fail video supaya menjadi lebih kecil dan mudah untuk dimuat naik ke web.

Jika anda sudah biasa dengan Windows Movie Maker, saya percaya ini adalah proses termudah yang tersedia untuk anda.

Seperti biasa, anda boleh kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...