Kehilangan PIN atau Passcode Samsung? Bagaimana Untuk Mengakses Kembali Peranti Anda

326

Jika anda terlupa PIN atau passcode untuk peranti Android Samsung anda, jangan panik. Selagi anda mempunyai akses kepada pelayar dan akaun Samsung anda, anda boleh mengembalikan akses ke telefon Samsung anda dengan dua langkah mudah.

Untuk memulihkan, anda akan menggunakan fungsi Samsung Find My Mobile. Selain menetapkan semula passcode anda, anda juga boleh menggunakannya untuk mengenalpasti lokasi telefon anda di peta, membuatkannya berdering, mengunci, atau memadam semua data di peranti.

Bagaimana ia berfungsi: Buka pelayar pilihan anda dan pergi ke servis Samsung’s Find My Mobile. Anda akan diminta untuk melog masuk ke akaun Samsung anda. Jika anda tidak pernah melog masuk ke servis ini, ianya mungkin mengambil seminit atau dua untuk mencari telefon anda.

Kredit: MakeUseOf

Di menu, klik butang More dan skrol ke butang Unlock. Apabila anda mengkliknya, anda akan melihat sebuah popup kecil meminta anda memasukkan kata laluan Samsung anda. Setelah selesai, telefon anda akan dibuka kuncinya dan apa-apa passcode yang ditetapkan di telefon anda akan dibuang.

Malangnya, telefon Android lain tidak mempunyai fungsi ini. Walaupun anda boleh mengunci atau memadam data di telefon anda menggunakan Android Device Manager, membuka kunci tidak boleh dilakukan. Jika anda lupa passcode anda, anda perlu menggunakan Android Device Manager untuk melakukan factory reset.

Kredit: MakeUseOf

Adakah anda mempunyai tips lain untuk menjadikan peranti Android anda lebih selamat? Kongsikan bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Read More  Apakah Itu “Corrupted File” Dan Adakah Ada Cara Untuk Mendapatkannya Kembali?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...