Bagaimana Untuk Mengetahui Sekiranya Mesej Whatsapp Anda Dibaca

273

Ianya sangat mudah untuk mengetahui apabila Whatsapp atau Telegram anda telah dihantar dan diterima, namun tahukah anda yang anda sebenarnya dapat mengetahui masa sebenar mesej Whatsapp anda dibaca?

Aplikasi Mudah Alih WhatsApp

Untuk mengetahui pada waktu berapakah mesej anda telah dibaca di iPhone atau telefon Android anda, ikuti langkah berikut:

  1. Navigasi ke mesej yang anda ingini.
  2. Sapu mesej ke kiri untuk membuka tab Message Info.
  3. Anda akan dapat melihat masa sebenar ia dihantar dan dibaca.
Kredit: MakeUseOf

Aplikasi Web WhatsApp

Untuk mengetahui pada waktu berapakah mesej anda telah dibaca di aplikasi web, ikuti langkah berikut:

  1. Navigasi ke perbualan yang anda ingini.
  2. Klik anak panah di penjuru kanan-atas pada mesej.
  3. Klik Message Info.
  4. Anda akan dapat melihat masa sebenar ia dihantar dan dibaca.
Kredit: MakeUseOf

Malangnya dengan Telegram, walaupun anda dapat mengetahui yang mesej anda telah dibaca, tiada cara untuk mengetahui waktu sebenar mesej dibaca.

Apakah yang anda fikirkan dengan fungsi WhatsApp ini? Adakah ianya berguna atau satu pencerobohan privasi anda? Kongsikan bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Read More  9 Tips Menggunakan Firefox Yang Anda Tidak Ketahui

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...