Memadam Seluruh Following Anda di Twitter Dengan Satu Klik

252

Ianya sangat mudah sebenarnya untuk mendapati diri anda mengikuti ratusan orang di Twitter sehingga feed anda dipenuhi dan anda tidak tahan lagi dengan keadaan ini. Jika anda mahu memadam semuanya dan memulakan semula, terdapat cara mudah untuk pengguna Chrome. Apa yang diperlukan hanya skrip kecil dan satu klik.

Walaupun anda tidak biasa dengan kod dan mendapati cara ini mengelirukan, jika anda hanya mengikut arahan diberikan, tidak mustahil anda dapat memadam seluruh senarai follow Twitter anda dengan mudah.

Perkara pertama untuk dilakukan adalah dengan membuka Twitter dan pergi ke halaman following anda, dan skrol sehingga ke penghujung senarai. Kemudian tekan Ctrl + Shift + J untuk membuka konsol JavaScript, jadi anda dapat memasukkan kod ini:

$('.js-follow-btn').each(function(){ $(this).trigger('click'); });

Salin dan tampal kod tersebut ke kotak diserlahkan seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah dengan garisan merah:

Kredit: MakeUseOf

Setelah skrip berjalan, anda akan melihat sesuatu seperti ini:

Kredit: MakeUseOf

Ia mungkin nampak menakutkan, tetapi tiada apa untuk dirisaukan. Jika anda membuka tab baru dan menyemak senarai following anda, bergantung kepada berapa panjangnya, anda mungkin melihat ianya semakin berkurangan. Ulangi muat semula sehingga ianya mencapai angka sifar. Jika anda ingin menelusuri semula senarai dan memilih untuk follow back orang tertentu, anda boleh berbuat demikian di halaman anda menjalankan skrip. Selepas anda menutup tab itu, tiada lagi cara untuk mendapatkan kembali senarai tersebut.

Jika anda mahukan feed yang kurang semak, namun tidak mahu membuang seluruh senarai anda, anda boleh memilih satu demi satu dan memilih mute terutamanya bagi mereka yang aktif menulis tweet. Jika anda mahu, anda boleh juga memilih mute untuk terma tertentu atau retweet orang lain, tetapi dapat melihat tweet yang asal.

Read More  Perlukah Anda Sentiasa Menggunakan Pengecas Yang Rasmi (Official Charger) Untuk Mengecas Telefon Anda?

Adakah anda mempunyai tips untuk membuang seluruh senarai follow di Twitter? Kongsikan bersma kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...