Bagaimana Untuk Menjejak Penggunaan Data Bagi Aplikasi Individu iOS

279

Jika anda sedang menggunakan pelan data terhad, anda mungkin mahu melakukan apa sahaja untuk mengurangkan penggunaan data anda sebelum kehabisan. Salah satu cara untuk mengetahui bagaimana data anda digunakan adalah dengan menjejak penggunaan data bagi setiap aplikasi. Mujurlah, ianya mudah untuk dilakukan di iOS.

Untuk Aplikasi Dipasang

Untuk mengetahui berapa banyak data digunakan aplikasi dipasang, pergi ke Settings > Cellular. Di sini anda akan mendapati senarai aplikasi yang menggunakan data selular. Di bawah setiap nama aplikasi, anda akan mengetahui jumlah sebenar data digunakan aplikasi dalam turutan berhuruf.

Ianya lebih baik untuk menyusun dari penggunaan data, namun anda dapat skrol melalui senarai tersebut dan melihat di mana data anda sebenarnya digunakan. (Dengan begini akan memberikan anda maklumat aplikasi manakah yang anda sering gunakan).

Kredit: MakeUseOf

Jika anda mendapati aplikasi spesifik menggunakan lebih data dari yang anda mahukan, anda boleh menutup penggunaan data bagi aplikasi tersebut, membenarkannya untuk bergantung hanya pada rangkaian Wi-Fi.

Untuk Aplikasi Native iOS

Untuk mengetahui berapa banyak data digunakan aplikasi native Apple, pergi ke Settings > Cellular > System Services. (Anda akan mendapatinya di bahagian bawah skrin). Anda kemudian dapat melihat berapa banyak data digunakan oleh iMessage, Apple Maps, Siri, iTunes, akaun Exchange, Voicemail, skrin rumah anda dan banyak lagi.

Kredit: MakeUseOf

Bagaimana anda memastikan untuk tidak menghabiskan data sebelum hujung bulan? Kongsikan bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Read More  2 Cara Bijak Untuk Mengesan Komputer Riba Yang Hilang

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...