Ini Cara Terbaik Untuk Melakukan Root Pada Peranti Android Anda

589

Rooting — adalah satu proses untuk membenarkan tahap-sistem pada aplikasi dan ultiliti tertentu – yang mana telah lama menjadi sebahagian dari pengalaman Android kepada sesetengah pengguna yang mahir.

Tetapi ianya dianggap sebagai ancaman dari fungsi yang dibina dalam sistem operasi sendiri. Ianya dipanggil SafetyNet, dan ia membenarkan aplikasi untuk menyemak samada sesuatu peranti itu dinyahkunci atau diroot – dan kemudian menyekatnya.

Kredit: MakeUseOf

Android Pay menggunakannya, Pokemon Go menggunakannya, dan Netflix menggunakannya. Tidak kira mana-mana aplikasi yang memerlukan tahap sekuriti tinggi, lebih lagi yang menggunakan DRM atau proses pembayaran, akan menggunakan SafetyNet.

Mujurlah, anda tidak perlu memilih antara akses root atau menggunakan Netflix. Satu alat dipanggil Magisk membenarkan anda melakukan root di telefon anda tanpa mencetuskan SafetyNet. Anda patut menggunakannya untuk melakukan root di telefon anda.

Apakah Itu Magisk?

Magisk adalah ultiliti root tanpa-sistem. Ia bermaksud yang ia akan melakukan root di telefon anda tanpa mengubah sistem dalam cara yang tidak dapat dilakukan dengan cara root yang terdahulu.

Tanpa-sistem membawa beberapa kelebihan. Ia tidak mencetuskan SafetyNet,dan ia membenarkan anda untuk menyembunyikan root dengan lebih mudah. Ianya lebih selamat. Dan ia tidak menghalang anda dari mengemaskini telefon anda.

Magisk juga adalah open source, yang mana sangat penting untuk sesebuah aplikasi root.

Bagaimana Untuk Melakukan Root Dengan Magisk

Magisk berfungsi di kebanyakan peranti dengan Android 5.0 ke atas. Pengecualiannya adalah telefon Google Pixel dan beberapa peranti Sony.

Kredit: MakeUseOf

Walaupun Magisk boleh berjalan dengan hampir semuanya, fungsi perlindungan SafetyNet tidak akan berfungsi di peranti yang telah diubah. Ini bermaksud perlakuan root yang mengubah sistem, termasuk ROM custom.

Read More  Bagaimana Untuk Mendekati Prospek di Linkedin

Sebelum memulakan, anda perlu untuk melakukan unroot dan membuang sebarang jejak dari root terdahulu dan melakukan flash dengan ROM stock. Ianya idea yang baik untuk mendapatkan yang terkini.

Apa Yang Anda Perlukan

Untuk melakukan root dengan Magisk, anda memerlukan:

Memasang Magisk

Pasang Magisk Manager. Anda perlu membenarkan telefon anda untuk memasang aplikasi dari sumber tidak diketahui, jika belum.

Sekarang lancarkan aplikasi Magisk Manager. Lihat tiga indikator besar di skrin utama semuanya merah. Ia akan bertukar ke hijau jika pemasangan Magisk berjaya.

Kredit: MakeUseOf

Buka laci navigasi dari penjuru kiri skrin, pilih Install dan tekan butang Download.

Versi stabil terkini Magisk.zip akan dimuat turun ke telefon anda. (Anda juga boleh memuat turun secara terus di sini.) Ia perlu untuk diflash melalui TWRP, jadi matikan telefon anda dan boot ke mod recovery.

Kredit: MakeUseOf

Sekarang flash ZIP tersebut dengan cara normal. Anda perlu membuat backup Nandroid terlebih dahulu (pilih pilihan Backup untuk skrin rumah TWRP). Kemudian pergi ke Install dan navigasi ke lokasi anda menyimpan fail Magisk..

Pilih fail tersebut dan sapu bar di bahagian bawah skrin untuk memasang. Setelah selesai, restart telefon anda.

Sembunyikan Root Dengan Magisk Manager

Dengan telefon anda dihidupkan dan berjalan lagi, lancarkan aplikasi Magisk Manager. Indikator dua teratas patut bertukar dari merah ke hijau, menunjukkan device anda berjaya diroot dan Magisk telah dipasang. Ketik pilihan semakan SafetyNet di bawah dan ia akan kekal merah – SafetyNet masih berjalan.

Untuk melengkapkan proses pemasangan, buka laci navigasi dan pergi ke Settings.

Read More  Bagaimana Untuk Mengembalikan Dokumen Microsoft Word 2016 Dalam Beberapa Saat?
Kredit: MakeUseOf

Di bahagian Magisk tandakan pilihan Enable Busybox dan Magisk Hide options. Ulangi ujian SafetyNet dan ia patutnya bertukar menjadi hijau. (Jika tidak, dan telefon anda sudah diroot, anda mungkin perlu membuat flash factory image untuk memastikan tiada perubahan dibuat kepada sistem dari aplikasi root anda).

Langkah akhir adalah untuk memadam cache Play Store anda. Pergi ke Settings > App > Show system, dan cari Play Store dari senarai. Ketik dan pergi ke Storage, dan pilih Clear Cache. Ini akan memastikan Netflix dan aplikasi disekat lain akan menjadi tersedia untuk dimuat turun sekali lagi.

Membuka Sekatan Aplikasi Dengan Magisk

Di masa hadapan, anda mungkin akan menjumpai aplikasi lain yang tidak berfungsi kerana peranti anda diroot. Untuk menanganinya, buka Magisk Manager dan di laci navigasi, pilih Magisk Hide.

Kredit: MakeUseOf

Kini tandakan kotak di sebelah aplikasi malfungsi dan ia patut berjalan semula. Jika anda berdepan sebarang masalah, reboot atau padam cache aplikasi tersebut.

Menguruskan Akses Root

Walaupun tarikan utama Magisk adalah cara ia membuka sekatan aplikasi root, ia juga berfungsi sebagai gantian kepada alat SuperSU yang anda akan gunakan apabila diroot.

Kredit: MakeUseOf

Apabila anda memasang aplikasi root, anda akan diminta untuk memberikan akses root. Bahagian Superuser di Magisk Manager adalah di mana anda dapat menguruskan aplikasi yang anda terima. Anda juga boleh membuang akses di sini.

Sestengah aplikasi root membuat perubahan kepada sistem, yang mana boleh mengakibatkan semakan SafetyNet gagal. Untuk menanganinya, selalu gunakan alatan root yang menyokon versi Magisk dipasang. Ini termasuk versi Magisk untuk Xposed Framework.

Pastikan Magisk Dikemaskini

Sebelum ini Magisk Manager tersedia melalui Play Store, namun telah dikeluarkan kerana melanggar polisi Store. SafetyNet juga sering dikemaskini dan menyekat Magisk, membuatkan Magisk dikemaskini untuk melepasinya semula.

Read More  Cara Untuk Menyekat Laman Web Yang Tidak Sesuai Menggunakan Google WiFi!

Hasilnya anda akan perlu sentiasa mengemaskini Magisk lebih dari alat rool biasa. Notifikasi di aplikasi tersebut akan memberitahu anda apabila kemaskini tersedia.

Perubahan ini hanya memberi kesan kepada aplikasi yang disekat apabila SafetyNet dicetuskan. Ia akan terus memberi akses root kepada aplikasi lain yang memerlukannya.

Sudahkah anda mencuba Magisk? Atau adakah sekatan Netflix dan Android Pay membuatkan anda melakukan untroot? Kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...