Bagaimana Untuk Mendapatkan Semula Fail Microsoft Excel Yang Tidak Disimpan atau Digantikan

612

Pernahkah anda kehilangan fail Excel kerana secara tidak sengaja telah menutupnya tanpa menyimpan telebih dahulu? Ianya amat mengecewakan – tetapi anda tidak perlu memulakan semula!

Terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan semula fail Excel yang tidak disimpan. Anda mungkin tidak akan mendapat versi terbaru dengan kebanyakan perubahan terkini, namun ianya lebih baik dari perlu untuk memulakan semula dari kosong. Mari kita lihat cara pemulihan berikut untuk melakukannya.

Memulihkan Fail Excel di Windows

Terdapat tiga cara utama untuk memulihkan fail tidak disimpan dan digantikan di Excel. Jika anda menutup workbook yang tidak disimpan, anda mungkin dapat mengembalikannya menggunakan fungsi Excel Recover Unsaved Workbooks:

Memulihkan Workbook Excel Yang Tidak Disimpan

Untuk melihat manakah workbook tidak disimpan yang tersedia, pergi ke File > Open dan pilih Recent:

Kredit: MakeUseOf

Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat butang Recover Unsaved Workbooks:

Kredit: MakeUseOf

Klik butang tersebut, dan anda akan melihat senarai fail tidak disimpan:

Kredit: MakeUseOf

Jika anda bertuah, fail anda akan ada di sana, dan anda hanya perlu memuatkannya semula. Pastikan untuk menyimpan terlebih dahulu!

Memulihkan Fail Excel Yang Digantikan Dari OneDrive

Jika anda tidak menyimpan fail Excel anda ke OneDrive, ini mungkin akan meyakinkan anda untuk berbuat demikian. OneDrive menyimpan sejarah versi yang boleh anda layari dan kembalikan dari mana-mana yang anda mahu. Anda dapat menyimpannya di mana-mana direktori pilihan anda, namun folder Documents adalah tempat yang paling logik.

Ianya sangat mudah untuk melengkapkan proses ini melalui antaramuka pelayar OneDrive.

Pertama, pergi ke onedrive.live.com.

Kredit: MakeUseOf

Klik pada folder dail anda disimpan (dalam kes kita, ianya Documents).

Kredit: MakeUseOf

Cari dokumen yang anda cari, dan klik-kanan padanya:

Read More  Cara Pantas Untuk Mengubah Peranti Audio Yang Disambungkan Dengan iPhone Anda!
Kredit: MakeUseOf

Pilih Version history:

Kredit: MakeUseOf

Anda kini akan melihat senarai versi yang disimpan OneDrive. Anda juga dapat melihat prebiu bagi setiap versi:

Kredit: MakeUseOf

Cari yang mana satu anda perlukan, dan pilih Restore untuk mengembalikan versi terkini dokumen atau Download untuk memuat turun versi fail tersebut.

Memulihkan Versi Terdahulu Dari File History

Jika anda tidak menggunakan OneDrive, masih terdapat peluang untuk anda mendapatkan semula dokumen Excel anda yang digantikan. Jika anda mengaktifkan File History di Windows, anda boleh menggunakannya untuk mencari versi terdahulu.

Jika anda mengaktifkan File History, navigasi ke fail anda di Windows Explorer. Klik-kanan pada fail dan pilih Restore previous versions:

Kredit: MakeUseOf

Window baru akan muncul, dan anda akan melihat sebarang versi terdahuly yang boleh anda kembalikan. Jika anda tidak mengaktifkan File History dan tidak membuat restore point, anda tidak mempunyai sebarang pilihan:

Kredit: MakeUseOf

Jika anda telah melakukan backup data, mungkin anda dapat mengembalikan dokumen Excel anda.

Mengembalikan Fail Excel di macOS

Mengembalikan fail Excel yang tidak disimpan atau digantikan adalah berbeza di Mac. Anda boleh menggunkana proses sama untuk mengembalikan versi terdahulu dari OneDrive jika anda menyimpan di sana. Jika tidak, dan anda tidak mempunyai versi back up untuk dokumen anda, anda mempunyai satu pilihan utama.

Untuk memulakan, buka Finder dan pergi ke Macintosh HD:

Kredit: MakeUseOf

Jika anda tidak melihat Macintosh HD (atau nama lain bagi hard drive anda), pergi ke Finder > Preferences dan pilih Hard disks di bawah Show these items in the sidebar:

Kredit: MakeUseOf

Dalam kes ini, saya kan pergi ke Users > [username anda] > Library > Application Support > Microsoft > Office > Office 2011 AutoRecovery:

Read More  Macam Mana Nak Guna Aplikasi Yang Cuma Ada Pada iOS Pada Peranti Android?
Kredit: MakeUseOf

Jika anda tidak melihat folder Library di folder pengguna anda, anda perlu untuk menunjukkan fail tersembunyi. Pertama, masukkan command tersebut ke terminal:

defaults write com.apple.finder AppleShowAllFiles YES

Kemudian, Option + Klik-kanan pada ikon Finder dan pilih Relaunch.

Kredit: MakeUseOf

Anda boleh menggunakan terminal untuk membuatkan proses ini lebih mudah dengan menaip command berikut untuk membuka folder yang betul:

open /Users/[your username]/Library/Application\ Support/Microsoft/Office/Office\ 2011\ AutoRecovery

Bergantung kepada versi Office anda, anda mungkin perlu untuk pergi ke folder berbeza. Excel 2016 contohnya, fail simpanan boleh dijumpai di ~/Library/Containers/com.microsoft.Excel/Data/Library/Preferences/AutoRecovery/. Jika anda sukar mencari fail AutoRecovery, lakukan carian untuk versi Office anda bagi melihat di mana yang lain berada.

Setelah anda mencari fail, cuma klik-berganda untuk membukanya dan pastikan untuk terus menyimpan.

Dengan cara ini anda tidak mempunyai sebarang alternatif lain, Excel hanya menyimpan dokumen AutoRecover untuk masa yang terhad, jadi ianya langkah terbaik untuk melakukan backup sistem dan fail anda dengan kerap.

Pengajaran: Simpan dan Backup Semuanya Selalu

Walaupun cara berikut untuk mendapatkan semula fail Excel yang dipadam dan digantikan mungkin berjaya, ianya bukanlah yang terbaik. Perkara terbaik untuk anda lakukan adalah dengan selalu menyimpan dan menggunakan solusi backup yang menyokong versi fail.

Dengan itu, langkah di atas akan membantu jika anda tiada pilihan lain.

Bagaimana anda mendapatkan semula fail Excel yang tidak disimpan dan digantikan? Ada nasihat lain yang mungkin dapat membantu? Kongsikan bersama kami!

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Jangan lupa untuk mendapatkan edisi pertama majalah Tech Harvest yang merangkumi artikel mengenai teknologi, bisnes, perkaunan dan banyak lagi secara PERCUMA.

Read More  Ini Adalah Cara Untuk Mencari Telefon Android Anda Yang Hilang Atau Dicuri!

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali. Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...