Bagaimana Untuk Membuka Fail Offices Tanpa Digodam?

1,037

Umum mengetahui, apabila kita memuat turun dokumen dari internet, kita akan berpotensi untuk membiarkan sistem komputer dijangkiti virus. Oleh itu, apakah solusi daripada masalah ini? Jangan risau, kami akan terangkan secara teperinci khas untuk anda.

1. Kekal di “Protected View”

Apabila anda memuat turun dokumen office, anda pasti akan mendapatkan paparan kotak kuning yang menunjukkan “protected view”.

Kredit : howtogeek

Fungsi protected view ialah untuk melindungi sistem anda daripada serangan siber. Jika anda percaya dengan sumber tersebut, anda boleh klik enable editing untuk melihat dokumen tersebut.

Bagaimana untuk mendapatkan fungsi protected view?

Senang sahaja! Pergi ke File > Options > Trust Center > Trust Center Settings > Protected View dan tandakan di semua kotak.

Kredit : howtogeek

2. Jangan Enable Macros

Contoh kegunaan makro adalah apabila kita melakukan kerja yang banyak dan dilakukan secara manual. Daripada kita membuang masa dengan mengerjakan secara manual, kita boleh merakam dengan fungsi makro kemudian melakukan sedikit pengubahsuaian. Makro boleh digunakan seandainya anda mempercayai sumber dokumen tersebut.

Anda mungkin mengandaikan bahawa bahasa pengaturcaraan yang direka untuk mengautomatikkan tugas-tugas dalam aplikasi Office akan menjadi tidak berbahaya, tetapi anda salah. Sebagai contoh, makro boleh menggunakan perintah VBA SHELL untuk menjalankan arahan dan program sewenang-wenangnya atau menggunakan perintah VBA KILL untuk memadam fail pada cakera keras ( hard disk) anda.

Selepas makro yang berniat jahat dimuatkan ke dalam aplikasi Offices seperti Word melalui dokumen yang dijangkiti, ia boleh menggunakan ciri-ciri seperti “AutoExec” untuk dimulakan secara automatik dengan Word atau “AutoOpen” untuk dijalankan secara automatik setiap kali anda membuka dokumen. Dengan cara ini, virus makro boleh menggabungkan dirinya menjadi Word, menjangkiti dokumen masa depan.

Read More  Bagaimana Hendak Mengunci Nota Pada iPhone?

Jika anda telah klik kotak enable editing, anda akan mendapat paparan SECURITY WARNING beserta dengan enable content . Anda hanya boleh klik kotak tersebut jika anda mempercayai sumber dokumen itu, jika tidak anda akan memdedahkan komputer anda dalam bahaya.

Kredit : howtogeek

Anda boleh set tetapan makro mengikut langkah berikut :

File > Options > Trust Center > Trust Center Settings > Macro Settings.

Kredit : howtogeek

Pilih Disable all macros with notification sahaja dan jangan tanda di tetapan yang lain untuk mendapat notifikasi yang akan menghalang makro dari berjalan di dalam sistem anda dan memaparkan pemberitahuan seperti di dalam kotak kuning di atas.

3. Sentiasa Kemaskini Office

Pastikan Windows anda sentiasa dikemaskini kerana ia akan mengemaskini aplikasi Office juga. Anda perlu memberi perhatian bahawa Microsoft hanya menyokong Office 2010, Office 2013, Office 2016, dan Office 365 dengan kemas kini keselamatan. Office 2007 dan yang lebih awal tidak lagi disokong. Microsoft menyokong setiap versi Office selama 10 tahun. Kami sertakan langkah untuk mengemaskini Microsoft anda di Windows dan Mac

kredit : howtogeek

Setting > Updates & Security

kredit : howtogeek

Buka aplikasi offices dan klik Help > Check for Updates. Pilih “Automatically Download and Install” untuk mengemaskini secara automatik.

4. Buka Dokumen Berisiko Di Aplikasi Yang Lain

Kredit : howtogeek

Jika anda terlalu risau sistem komputer anda dijangkiti virus, anda juga boleh menggunakan aplikasi lain untuk membuka dokumen anda. Sebagai contoh, muat naik dokumen anda di Microsoft One Drive dan membuka dokumen tersebut di Office Online

Selain itu, anda boleh juga memuat naik dokumen di Google Drive dan membuka dokumen itu di Google Docs. Anda wajib baca artikel ini untuk mengetahui aplikasi lain yang menggantikan aplikasi Office. Betapa mudah dan selamat!

Read More  Macam Mana Nak Muat Turun Video Dari Facebook?

Sumber : HowToGeek
Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...