Mengambil Selfie Sempurna Dengan Aplikasi Android Hebat Ini

265

Samada anda menyukai atau membencinya, anda pasti telah mengambil selfie pada suatu masa  dahulu. Selfie tersangatlah popular, dan ianya tidak mengejutkan apabila pembangun terus mengeluarkan aplikasi khusus untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Dengan begitu banyak pilihan aplikasi, bagaimanakah anda dapat mengetahui yang mana berbaloi untuk dipasang?

Aplikasi selfie berikut adalah antara yang paling popular di Play Store dan mempunyai beberapa fungsi menarik. Samada anda mencari filter atau kesan segera, aplikasi ini akan dapat membantu anda.

1. Candy Camera

Candy Camera adalah aplikasi selfie yang wajib dipasang di mana-mana peranti Android. Ia mempunyai banyak fungsi hebat sehinggakan anda tidak tahu di mana untuk bermula. Pertamanya, anda mempunyai pelbagai pilihan filter untuk dipilih dari tiga bahagian: Classic, Selfie dan Unique.

Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dalam selfie, bukan? Jika begitu, jangan lupa untuk menggunakan fungsi kecantikan di aplikasi ini. Anda boleh memilih dari concealer, gincu, pemutih gigi, eyeliner, maskara dan banyak lagi! Ambil beberapa gambar sekaligus dan reka kolaj selfie untuk dikongsikan bersama rakan anda.

Kredit: MakeUseOf

Jadikan selfie anda lebih menarik dengan pelekat. Anda boleh memilih dari bunga, makanan, perjalanan, hati, dan banyak lagi. Candy Camera juga membenarkan anda merekod video selfie dengan pelekat, filter dan apa-apa lagi yang ingin anda tambah. Anda akan perlu untuk menambah pilihan tersebut sebelum memulakan rakaman.

Anda juga boleh menggunakan Candy Camera sebagai photo editor untuk mengedit selfie anda sedia ada di galeri telefon anda. Anda boleh menambah kesan pencahayaan, bingkai dan pelekat. Terdapat juga filter, alat mengedit asas dan alatan untuk mencantikkan foto anda.

Fungsi yang boleh dipersoalkan adalah untuk mengubah rupa paras anda. Contohnya anda dapat melakukan facelift, atau menampakkan diri anda lebih kurus atau tinggi. Jika anda mencari aplikasi selfie dengan banyak fungsi seperti ini, ianya berbaloi untuk dicuba.

Read More  Infografik -12 Idea Yang Boleh Digunakan Di Pejabat Untuk Tingkatkan Produktiviti Kerja

Muat Turun: Candy Camera (Percuma)

2. Sweet Selfie

Pernahkah anda ingin menambah kesan segera di selfie anda? Anda boleh berbuat demikian dengan Sweet Selfie. Anda boleh memilih bintang, salji, not musikal, atau kelopak bunga. Anda juga akan mendapati desain latar belakang asas seperti Eden, graffiti dan dew.

Sweet Selfie juga membenarkan anda untuk membuat kolaj. Tidak seperti Candy Camera yang hanya membenarkan had masa dua saat antara selfie, Sweet Selfie membolehkan anda mengambil gambar seterusnya apabila anda sudah bersedia.

Kredit: MakeUseOf

Terdapat juga pilihan untuk menggunakan kamera hadapan atau belakang – dengan itu anda dapat menggunakan kesan apabila mengambil gambar rakan-rakan anda. Untuk mencantikkan selfie anda, anda boleh menggunakan skala dari satu sehingga empat. Tetapi, selepas selfie telah diambil, anda boleh menghilangkan tompok hitam di bawah mata, memutihkan rupa dan sebagainya.

Sweet Selfie tidak mempunyai banyak fungsi seperti Candy Camera, tetapi ianya lebih mudah untuk digunakan. Aplikasi ini dapat mengatasi kelemahannya dengan menawarkan fungsi yang menarik.

Muat Turun: Sweet Selfie (Percuma)

3. B612

Dengan B612, anda akan menikmati kesan segera bergantung kepada jenis selfie anda yang berbeza. Contohnya, anda boleh memilih untuk menggunakan kesan segera ini bergerak sekeliling anda ataupun pada diri anda sendiri. Terdapat banyak kesan untuk dipilih dari belon, rama-rama, not musikal, lilin dan banyak lagi!

Kesan segera yang boleh diletakkan adalah -perkara seperti muka kucing, ros bersinar, kaca mata, telinga arnab, misai kucing, barang kemas dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan lebih dari satu kesan pada satu masa di selfie anda.

Jika anda ingin mengekalkan selfie anda ringkas dan menggunakan filter, B612 mempunyai beberapa pilihan untuk anda. Anda boleh memilih dari purity, youth, adore, clean, tamed, perfume, dan seterusnya.

Read More  5 Laman Untuk Anda Mereka Infografik
Kredit: MakeUseOf

Ambil kesempatan dengan fungsi auto-simpan supaya anda tidak akan kehilangan selfie dan jika anda ingin menjadikan shutter kamera anda tiada bunyi, tiada masalah.

Selfie anda boleh jadi dari ratio berbeza seperti 1:1, 9:16, atau 3.4. Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai stail kolaj untuk anda pilih dan anda juga dapat memuat naik gambar dari galeri telefon anda untuk menambah filter.

Kesan segera menjadikan aplikasi ini menonjol berbanding yang lain dan membuatkan selfie anda unik. Ia kekurangan kebolehan untuk mencantikkan rupa tetapi diimbangi fungsinya yang lain.

Muat Turun: B612 (Percuma)

4. YouCam Fun

Adakah anda ingin berseronok dengan selfie anda? Dengan YouCam Fun, anda boleh menambah beberapa kesan segera kepada gambar dan video selfie anda. Apabila anda pertama kali membuka aplikasi, anda sudah mempunyai beberap pilihan untuk dicuba.

Anda boleh memilih daripada menjadi seorang pemain ski, model peragaan, seorang chef lucu, seekor racoon, Sherlock Homes, Wonder Woman, The Scream oleh Edvard Munch dan banyak lagi. Gunakan kamera hadapan dan cuba kesan ini pada ahli keluarga dan rakan anda juga.

Kredit: MakeUseOf

Sentuh ikon gambar dan muat naik foto dari galeri telefon anda dan tambahkan muka haiwan, pemandangan, bingkai, teks, pencahayaan, kesan cakaran atau grunge padanya. Pilihan video selfie membenarkan anda merekod sehingga 15 saat. Seterusnya anda akan melihat pilihan untuk mengambil semula, menyimpan atau berkongsi video anda.

YouCam Fun mempunyai beberapa kesan yang menyeronokkan dan menghiburkan untuk anda gunakan namun ia kekurangan alatan mengedit selfie yang tradisional.

Muat Turun: YouCam Fun (Percuma)

5. YouCam Makeup: Selfie Camera

Dalam YouCam Makeup, bukan sahaja anda dapat memilih dari kepelbagaian filter, tetapi anda juga dapat mencantikkan rupa tanpa menggunakan alat solek. Aplikasi ini mempunyai filter dipanggil effects dan anda boleh menggunakan pilihan seperti noir, ochre, modern, nostalgia, hippie, coffee, bloom, crescent, dan lain-lain.

Read More  Anda Bakal Ditemuduga? Jangan Biarkan Penemuduga Buat Mental Anda ‘Koyak’ Dan Menangi Hati Mereka Dengan 4 Tips Ini.
Kredit: MakeUseOf

Anda boleh memilih untuk menambah solekan dengan segera atau selepas mengambil selfie. Anda boleh mengubah foundation, blush, lip color, eye color, eyeliner, eyelashes, dan eye shadow. Anda juga boleh menggunakan kamera hadapan belakang untuk meletakkan solekan pada orang lain.

Setelah anda selesai, anda mempunyai pilihan untuk membuat video selfie. Aplikasi ini akan memainkan video secara automatik dan membenarkan anda untuk menyimpan. Selepas disimpan, anda boleh kongsikan bersama keluarga dan rakan.

Aplikasi selfie ini memberikan anda banyak pilihan solekan untuk dipilih namun ada yang dapat menampakkan anda natural look. Selain itu, ianya adalah aplikasi yang berbaloi untuk dicuba.

Muat Turun: YouCam Makeup: Selfie Camera (Percuma)

Bagaimana Anda Mengambil Selfie?

Apabila mengambil selfie, terdapat beberapa perkara yang perlu anda jauhi. Tetapi apabila anda bersedia, salah satu aplikasi disenaraikan pasti akan memberikan anda selfie sempurna yang anda inginkan.

Bagaimana anda bersedia untuk mengambil selfie yang sempurna? Adakah anda suka menggunakan filter? Kongsikan bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...