Bagaimana Untuk Memisahkan dan Mencantumkan Fail Besar di Windows

252

Perlu untuk memisahkan fail besar kepada beberapa bahagian? Alatan ini dapat membantu anda.

Kini terdapat banyak cara untuk memindahkan fail besar dari satu sistem ke sistem yang lain. Bagaimanapun, kadangkala ianya lebih mudah untuk memisahkan dahulu fail tersebut kepada saiz lebih kecil dan mencantumkannya semula apabila selesai disalin ke destinasi.

Pelbagai alatan berbeza akan membantu anda menjalankan operasi ini, dan memilih yang betul adalah berdasarkan keperluan anda. Adakah anda mencari ultiliti ringan yang boleh berjalan dari pemacu USB tanpa pemasangan? Atau anda lebih menggemari program serba lengkap yang menawarkan lebih kawalan kepada proses ini?

Aplikasi di bawah akan memberikan anda beberapa pilihan berbeza yang dapat digunakan bagi kebanyakan kes. Pilih yang mana satu paling sesuai dengan anda dan anda akan dapat memisahkan fail besar anda tanpa sebarang masalah.

1. HJ Split

HJ Split telah lama dikenali sebagai ultiliti mudah alih untuk memisahkan dan mencantumkan fail besar. Ianya percuma dan boleh dijalankan sebagai EXE tanpa keperluan untuk proses pemasangan, yang mana memudahkan bagi anda yang menggunakan sistem berbeza.

Alat ini sangat mudah untuk digunakan. Apabila dijalankan, anda akan melihat pilihan dilabelkan sebagai Split di menu.

Kredit: MakeUseOf

Ia akan membawa anda ke menu Split, yang mana sekali lagi sangat ringkas. Terdapat ruangan Input di mana anda dapat memilih fail untuk dipisahkan dan ruangan Output  di mana anda dapat menentukan folder untuk fail tersebut disimpan. Juga terdapat pilihan Split file size di mana anda dapat memilih saiz pisahan fail.

Kredit: MakeUseOf

Klik Start dan proses pemisahan akan bermula. Kemudian, anda hanya perlu memilih pilihan Join dari menu utama untuk mencantumnya semula.

Read More  6 Tips Optimumkan Playlist YouTube
Kredit: MakeUseOf

Pembangun ultiliti ini, Freebyte juga menawarkan satu lagi alat yang dinamakan HP Join. Ianya lebih kecil dan hanya boleh digunakan untuk mencantumkan semula fail.

2. GSplit

GSplit adalah ultiliti freeware yang hampir sama seperti HJ Split, namun didatangkan dengan pilihan penyesuaian yang lebih mendalam. Contohnya, fail boleh dipisahkan kepada blok dengan saiz tertentu, jumlah blok yang tertentu atau memisahkan kepada saiz yang dikira secara automatik untuk efisiensi maksimum ruangan storan.

Terdapat juga pilihan untuk membuat fail kecil executable untuk mencantumkan semula cebisan fail, tanpa memerlukan program GSplit. Ianya sangat berguna jika anda memisahkan fail dan kemudian berkongsi dengan pengguna lain.

Antaramukanya hampir serupa dengan HJ Split namun dengan lebih banyak pilihan.

Kredit: MakeUseOf

Langkah pertama adalah untuk menggunakan butang Browse di bawah ruangan File to Split untuk memilih fail yang dikehendaki. Kemudian, klik Destination Folder di menu General untuk menentukan di mana anda ingin menyimpan fail akhir yang dipisahkan.

Kredit: MakeUseOf

Skrin ini sangat jelas: hanya pilih destinasi pilihan anda. Kemudian, klik Split File! untuk mengakhiri tetapan anda.

Kredit: MakeUseOf

Di sini, anda hanya perlu mengklik Split! untuk memulakan proses. Sudah tentu, jika anda ingin mengubah bagaimana besar pisahan fail anda, atau mengambil kesempatan fungsi pencantuman automatik seperti di atas, anda boleh melihat pada pilihan Pieces dan Self-Uniting di bahagian kiri menu.

3. PDFsam

Ianya jarang untuk perlu memisahkan atau mencantumkan fail PDF dan alatan pemisahan fail umum kadangkala bukanlah yang terbaik untuk berbuat demikian. PDFsam membenarkan pengguna bermain dengan fail PDF mereka dalam banyak cara, jadi ianya ultiliti yang baik jika anda sering menguruskan dokumen.

Read More  Membina Bisnes Yang Dapat Bertahan 100 Tahun

Versi Basic bagi program ini adalah percuma dan mengandungi semua fungsi asas yang anda perlukan untuk proses mudah pisah dan cantum. Versi Enhanced dan Visual tersedia dan menawarkan fungsi canggih, namun memerlukan lesen berbayar.

Kredit: MakeUseOf

Split dan Merge adalah dua fungsi asas PDFsam, manakala pilihan lain menawarkan variasi kecil untuk fungsi ini. Keduanya berfungsi dengan cara yang sama.

Kredit: MakeUseOf

Untuk memisahkan fail PDF, pengguna perlu untuk seret dan lepas fail ke kotak diserlahkan di bahagian atas skrin. Kemudian, mereka boleh melakukan sebarang perubahan kepada tetapan di bawah, dan mengklik Run untuk memulakan proses.

Kredit: MakeUseOf

Untuk mencantumkan, ianya sama seperti langkah di atas, namun dengan lebih banyak fail. Sekali lagi, klik butang Run untuk memulakan proses.

4. 7Zip

Ultiliti pemampatan popular ini juga dapat memisahkan fail, selagi anda tahu cara untuk menggunakannya.

Kredit: MakeUseOf

Pertama, buat arkib seperti biasa dengan butang Add.

Kredit: MakeUseOf

Di skrin Add to Archive, gunakan ruangan Split to volumes, bytes untuk menentukan seberapa besar bahagian pisahan fail anda. Menu dropdown menawarkan beberapa pilihan , namun anda boleh menaip saiz spesifik jika anda mahu. Klik OK dan fail anda akan dimampatkan. Apabila anda perlu mencantumkannya semula, pastikan anda bermula dengan fail pertama mengikut siri.

Masa Yang Tepat Untuk Memisahkan Fail

Alatan di atas akan dapat membantu anda menangani kebanyakan senario apabila anda perlu memisahkan fail. Bagaimanapun, perlu diingat yang servis pemindahan fail online telah banyak berubah sejak beberapa tahun lepas.

Anda mungkin dapat menghantar fail besar melalui Internet tanpa memisahkannya terlebih dahulu. Servis seperti WeTransfer dan Send Anywhere menyediakan cara mudah dan dipercayai untuk memindahkan fail lebih besar dari 1 GB. Kadangkala, memisahkan fail adalah jawapannya – tetapi pastikan anda sudah mempertimbangkan pilihan lain yang tersedia sebelum membuat keputusan!

Read More  Bagaimana Untuk Membuka Fail Offices Tanpa Digodam?

Adakah anda mempunyai soalan berkenaan salah satu ultiliti dalam artikel ini? Atau adakah anda mempunyai alat lain yang ingin disyorkan? Bagimanapun, mengapa tidak kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen?

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Temuduga lagi beberapa hari? Cuak dan risau apa yang nak dijawab? 7 tips hebat ini akan menyelesaikan 1001 masalah anda!
Anda seorang peniaga Online? Anda wajib untuk mengetahui sistem akaun yang wajib anda miliki dan langkah yang berkesan untuk memulakan simpan kira supaya anda tahu untuk memantau duit keluar masuk! Jangan risau, isu kali ini kami akan mendedahkan bagaimana ingin mencetak cek dan consignment note poslaju dengan mudah sekali.Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...