Bagaimana Untuk Memuat Turun Video Dari Senarai Main Youtube

1,291

Saya tahu apa yang anda fikirkan, “Mengapa saya hendak memuat turun semua video di senarai main YouTube?”.

Ianya soalan yang adil sebenarnya – memandangkan kita sekarang berada di dunia yang mana semuanya dari telefon ke peti sejuk anda mempunyai sambungan Internet. Kita boleh mendapatkan apa sahaja video yang kita mahu dalam hanya beberapa saat.

Ia juga datang bersama satu lagi masalah – bagaimana untuk menjimatkan penggunaan mobile data. Jika anda ingin memuat turun seluruh rancangan bersiri untuk ditonton semasa melancong, ataupun senarai main video mengenai hobi atau bahasa asing, ianya masuk akal untuk memuat turun dahulu video ke desktop anda sebelum menyimpannya di peranti mudah alih anda.

Dalam artikel ini, saya akan memperkenalkan kepada anda lima aplikasi dan alatan yang akan membantu anda untuk memuat turun seluruh senarai main YouTube dalam hanya beberapa klik.

1. 4K Video Downloader

Tersedia di: Windows, Mac, Linux

Banyak aplikasi memuat turun video dipenuhi adware, spyware, dan toolbar yang agresif. 4K Video Downloader adalah beberapa dari yang berkecuali.

Dan ianya dapat melakukan lebih dari sekadar memuat turun senarai main. Anda boleh memuat turun seluruh saluran dengan satu klik, meminta aplikasi untuk memuat turun secara automatik video baru dari saluran individu sebaik sahaja ianya tersedia, malah memuat turun video 3D dan 360-darjah YouTube.

Kredit: MakeUseOf

Salah satu fungsi pentingnya adalah kebolehan untuk memuat turun sarikata berkaitan. Anda boleh memilih samada meletakkannya di dalam fail video sendiri ataupun untuk menyimpannya sebagai fail SRT berasingan. Video pula boleh disimpan sebagai MP4, MKV, M4A, MP3, FLV, atau 3G.

Jika anda bercadang untuk memuat turun senarai main, aplikasi ini akan menjana secara automatik fail senarai main M3U supaya anda dapat memainkan media anda dalam turutan di aplikasi. Proses muat turun adalah mudah; hanya tampalkan pautan YouTube ke window utama dan biarkan aplikasi bekerja.

Read More  Langkah Bersihkan Komputer Riba Anda Secara Fizikal

Aplikasi ini turut menyokong muat turun video dari laman popular lain seperti Vimeo, Facebook dan DailyMotion.

2. Gihosoft TubeGet

Tersedia di: Windows, Mac

Sama seperti 4K Video Download, Gihosoft TubeGet merangkumi lebih dari sekadar YouTube. Aplikasi ini menyokong lebih dari 10,000 laman, termasuk Facebook, Dailymotion, Vimeo, Metacafe, Break, Veoh, dan Blip.tv.

Aplikasi ini dapat memuat turun video tunggal dan seluruh senarai main. Untuk memuat turun senarai main, hanya dapatkan URL dan klik +PasteURL di penjuru atas-kiri pada skrin.

Anda kemudian akan diminta untuk memilih format samada (MP4, WebM, 3GP, FLV, AVI, atau MKV) dan kualiti (4K, 1440P, 1080P, 720P, 480P, 360P, atau 240P). Apabila anda sudah bersedia, klik Download. Aplikasi ini dapat memuat turun sehingga lima video serentak pada satu masa.

Kredit: MakeUseOf

Jika anda mempunyai sambungan Internet yang perlahan tetapi ingin memuat turun senarai main yang besar, jangan risau. Anda boleh mengehadkan kelajuan muat turun supaya ianya tidak mengganggu aktiviti online lain yang sedang anda lakukan.

Akhir sekali, aplikasi ini turut disertakan dengan alat pengekstrakan MP3; ia membenarkan anda menyimpan audio dari video tanpa memuat turun seluruh fail video tersebut.

3. VLC Media Player

Tersedia di: Windows, Mac, Linux

Tahukah anda dapat menggunakan VLC Media Player untuk menyimpan video YouTube? Prosesnya tidaklah semudah menggunakan aplikasi berdedikasi pihak ketiga, namun jika anda tidak ingin memasang perisian lain di mesin anda, ianya satu pilihan yang baik.

Untuk memulakan, buka aplikasi dan pergi ke Media > Open Network Stream. Tampalkan URL video YouTube yang ingin dimuat turun dan tekan Play.

Kredit: MakeUseOf

Selepas video bermula, pergi ke Tools > Codec dan salin pautan di kotak Location.

Read More  Bagaimana Untuk Salin / Pindah (Copy / Transfer) Fail Ke iPad
Kredit: MakeUseOf

Tampalkan pautan ke pelayar anda dan tekan Enter. Sekali lagi, video akan mula bermain secara automatik. Klik-kanan pada video dan pilih, Save Video As.

Kredit: MakeUseOf

4. MegaVN.com

Tersedia di: Semua pelayar web

Jika anda tidak mempunyai pemain VLC dan tidak mempercayai aplikasi pihak ketiga, anda boleh mencuba aplikasi web. Terdapat ratusan aplikasi web yang dapat membantu anda memuat turun video individu, namun hanya beberapa yang dapat memuat turun seluruh senarai main.

Pada masa artikel ini ditulis, pilihan terbaik adalah MegaVN. Klik pada tab Playlist/Channel di penjuru atas-kanan di skrin dan tampalkan pautan senarai main yang anda mahu.

Kredit: MakeUseOf

Terdapat beberapa fungsi lain yang menjadikan MegaVN aplikasi web terbaik. Pertama, sama seperti 4K Downloader, ia membolehkan anda memuat turun seluruh katalog dari saluran tertentu. Kedua, ia memberikan anda cara untuk memuat turun video yang disekat-negara menggunakan proksi, Aplikasi ini turut menyediakan anda senarai proksi untuk dipilih.

5. KeepVid

Tersedia di: Windows, Mac

Saya akan menyimpulkan senarai ini dengan satu lagi aplikasi yang boleh dimuat turun. KeepVid boleh dikatakan hampir sama dengan 4K Video Downloader dan Gihosoft TubeGet. Anda memuat turun aplikasi ke desktop dan tampalkan pautan mana-mana video atau senarai main yang anda mahu.

Lebih dari 28 laman disokong, termasuk laman berita seperti CBS dan ABC, media sosial seperti Facebook dan Instagram, dan servis musik seperti SoundCloud dan Mixcloud.

Kredit: MakeUseOf

Malangnya, KeepVid bukan percuma – boleh didapati dengan harga $30 (RM128.72) untuk lesen seumur hidup. Ianya mungkin kedengaran agak mahal, memandangkan terdapat empat pilihan percuma lain dalam artikel ini, namun ianya menyokong servis yang tidak disokong aplikasi lain dan anda dapat meyakini yang aplikasi ini akan sering dikemaskini.

Read More  Empat Alternatif Terbaik Untuk YouTube Kanak-Kanak

Bagaimana Anda Memuat Turun Senarai Main YouTube?

Saya telah tunjukkan kepada anda lima dari alatan dan aplikasi terbaik untuk memuat turun senarai main YouTube, namun seperti awal disebutkan, terdapat banyak lagi pilihan aplikasi yang tersedia.

Jadi, adakah aplikasi lain yang ingin anda tambah ke senarai ini? Bagaimana anda mendapatkan senarai main dari YouTube ke pemacu keras anda?

Seperti biasa, anda boleh berkongsi pandangan anda bersama kami di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

 

Jangan lupa untuk mendapatkan edisi pertama majalah Tech Harvest yang merangkumi artikel mengenai teknologi, bisnes, perkaunan dan banyak lagi secara PERCUMA.

Anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan dokumen akaun bisnes anda? Jangan risau, isu kali ini akan menerangkan secara terperinci bagaimana anda boleh menyelenggara kesemua dokumen anda! Percaya atau tidak, Pivot Tools ialah alat yang paling power dan wajib ada untuk seorang usahawan. Apakah perisian yang berkesan untuk membunuh dan melindungi anda dari bahaya ransomware? Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...