Bagaimana Ingin Memulakan Bisnes TANPA PERLU BERHENTI KERJA?

246

 

Ia hampir mustahil untuk berhenti kerja anda, memulakan perniagaan, dan kemudian berjaya. Berikut adalah beberapa petua untuk memulakan perniagaan sambil tetap bekerja dari pukul 9-5 petang seperti biasa:

1. Mencari Bisnes Yang Pasif

Kredit : Google

Jika anda sedang bekerja dan sedang bermula untuk berbisnes, sudah semestinya anda tidak mahu sesuatu yang memerlukan pemantauan yang tinggi atau memerlukan masa yang lama. Saya cadangkan anda untuk melakukan bisnes Affiliate Marketing.

Anda boleh mencuba platform seperti Amazon, Lazada, Shopee. Salah satu contoh cara yang berkesan untuk menjalankan bisnes Affiliate marketing ialah di This Is Why I’m Broke. Jangan risau jika anda tiada idea untuk mencari bisnes pasif yang memberi keuntungan lumayan. Anda boleh melihat video ini untuk mendapatkan lebih lagi idea!

2. Mencari Masa Setiap Hari Untuk Membina Perniagaan dan Abaikan Perkara Yang Tidak Penting (lebih baik sebelum waktu kerja)

Kredit : Google

Pernah terfikir kenapa Obama dan Mark Zuckerberg memakai pakaian yang sama setiap hari? Anda perlu membaca artikel ini mengenai Obama. Mereka menyatakan bahawa mereka perlu memikirkan lebih banyak lagi keputusan daripada berfikir apa perlu dimakan setiap hari atau apa perlu dipakai setiap hari.

Bagi mereka yang hebat ini, perkara sedemikian akan membantutkan pilihan mereka untuk membuat keputusan bagi perkara yang lebih penting. Obama juga sentiasa bermula lebih awal daripada orang lain supaya beliau dapat menjadi seorang yang lebih bersedia.

3. Bina Suasana Yang Mempunyai Persaingan!

Jika anda ingin meluaskan bisnes anda dengan lebih cepat, anda perlu wujudkan persaingan! Sentiasa buat apa yang belum dilaksanakan lagi oleh pesaing anda.

Entrepreneur.com telah mengupas cara untuk anda wujudkan persaingan dan anda perlukan tool ini untuk spy pesaing anda!

Read More  Bagaimana Untuk Menguji Kelajuan Telefon Pintar Anda

4. Cuba Semuanya Sebelum Anda Bazirkan Masa

kredit : google

Salah satu perkara paling bijak yang boleh anda lakukan dengan perniagaan anda untuk mengelakkan membuang masa berharga anda adalah menguji segala-galanya. Sama ada tajuk buku, produk affilate, kursus, dan banyak lagi, lebih baik anda mencuba kesemuanya.

Artikel ini akan menunjukkan cara yang hebat untuk menguji konten dan iklan jenama anda! Anda boleh gunakan Google Adwords untuk menguji kata kunci, tajuk buku, topik dan semua mengenai bisnes anda. Anda juga boleh gunakan Google Trends untuk melihat apa yang tidak disukai ramai dan apa yang disukai.

5. Powerkan Content Marketing dan Iklan Berbayar Anda!

Content Marketing hebat jika anda ingin mencari prospek yang setia dan datang secara sendiri. Iklan berbayar adalah lebih baik jika anda ingin mendapatkan keputusan serta-merta dan anda tidak kisah untuk membelanjakan lebih banyak wang.

Saya sarankan anda untuk memilih cara ini sebagai iklan berbayar anda manakala untuk kandungan pemasaran, di sini terdapat 3 langkah mudah bagaimana untuk memulakan sebuah blog

6. Dapatkan Analisis Paling Terbaik

kredit : google

Anda perlukan analisi untuk sentiasa track bagaimana kemajuan bisnes anda. Google Analytic dan Youtube Analytic adalah contoh Analisis Terbaik untuk melihat konten video dan kandungan bisnes

7. Gunakan Sepenuhnya Automated dan Outsource Supaya Kerja Anda Lebih Perfect!

kredit : google

Disebabkan anda sangat sibuk dengan kerja, mungkin anda tiada masa untuk menguruskan sepanjang hari. Cari Freelancer untuk menghabiskan kerja anda! Anda boleh mencuba platform seperti Upwork dan Freelancer. Selain itu, cuba untuk menggunakan bot untuk mengendalikan pelanggan anda. Anda boleh menggunakan tools percuma seperti autoitscript sebagai bot anda!

Sumber : Self Made Success

Read More  Bagaimana Hendak Menghantar Tab Firefox Dari Desktop Anda Ke Peranti Mudah Alih Anda?

 

Jangan lupa untuk mendapatkan edisi pertama majalah Tech Harvest yang merangkumi artikel mengenai teknologi, bisnes, perkaunan dan banyak lagi secara PERCUMA.

Anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan dokumen akaun bisnes anda? Jangan risau, isu kali ini akan menerangkan secara terperinci bagaimana anda boleh menyelenggara kesemua dokumen anda! Percaya atau tidak, Pivot Tools ialah alat yang paling power dan wajib ada untuk seorang usahawan. Apakah perisian yang berkesan untuk membunuh dan melindungi anda dari bahaya ransomware? Ikuti isu ini untuk mengetahui lebih lanjut! Anda boleh memuat turun majalah ini di sini.

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...