Cara-Cara Ingin Menyemak Kadar Bayaran Hutang Di Laman Web PTPTN ( Beserta Gambar) 2017

883

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang saya dapat tahu namanya telah disenarai hitam. 50% daripada mereka tidak merujuk PTPTN untuk memaklumkan bahawa mereka sedang menyambung pelajaran lagi. Jadi, kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda cara-cara untuk menyemak hutang PTPTN anda. Bagi yang baru menghabiskan pengajian, anda juga digalakkan untuk menyemak supaya boleh bersedia untuk merancang kewangan.

1. Buka laman web http://www.ptptn.gov.my/

2. Cari ICON HIJAU yang tertulis SEMAKAN PENYATA PEMINJAM

Kredit : Tech Harvest

3. Masukkan no kad pengenalan.


4. Tekan PENYATA KIRA-KIRA PEMBAYARAN UJRAH

Kredit : Cik tom.com

5. Log masuk. Bagi siapa yang belum pernah log masuk lagi, tekan Pendaftaran Kali Pertama dan isi

Kredit : Cik Tom

6. Tetapi jika diminta untuk mengisi tarikh, masa dan nombor pin tetapi anda tidak ingat, tekan terlupa kata laluan.
7. Kemudian isi nombor kad pengenalan dan masukkan abjad yang dipaparkan
8. Nanti isi apa yang diminta dan akan diberi kata laluan baru ke email kita.

9. Klik ” Penyata Baki ” di bahagian tepi paparan dan penyata anda akan dipaparkan.

Kredit : Cik Tom

10. Anda boleh klik “Bayaran Balik Melalui FPX” untuk memudahkan proses pembayaran. Tidak perlu untuk ke kaunter dan beratur panjang. Kini, PTPTN telah menawarkan Direct Debit Online dan ikuti langkah-langkah seperti di bawah :


Kredit : Ptptn.gov

 

Sumber : Ciktom dan Ptptn

Read More  Bagaimana Untuk Melihat Sejarah Lokasi Google Maps

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...