7 Aplikasi Permesejan Yang Anda Boleh Gunakan di Telefon atau Komputer Anda

589

Walaupun menghantar mesej dari telefon anda adalah lebih cepat dan senang, dengan mempunyai perbualan panjang boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan apabila anda perlu menggunakan papan kekunci di skrin. Mujurlah, kebanyakan aplikasi permesejan popular di luar sana menawarkan pilihan desktop, membenarkan anda membawa perbualan anda dari telefon ke komputer.

1. WhatsApp

Untuk menggunakan WhatsApp di komputer, anda perlu untuk mempunyai akaun di telefon anda. Pergi ke web.whatsapp.com di komputer anda dan buka Whatsapp di telefon anda. Untuk melog masuk ke akaun Whatsapp, anda perlu mengimbas kod QR di pelayar menggunakan aplikasi mobile.

Pergi ke Settings > WhatsApp Web/Desktop > Scan QR Code.

Kredit: Livemint

Setelah diimbas, anda boleh melihat mesej terkini dan kenalan, serta menghantar dan menerima mesej di komputer anda secara terus. Anda juga boleh menggunakan versi bagi aplikasi ini untuk menghantar fail kepada diri anda sendiri dari telefon anda.

Semua komputer yang telah anda log masuk akan boleh dilihat di aplikasi Whatsapp anda. Anda boleh melihat bilakah anda aktif anda di setiap peranti, dan melog keluar dari semua komputer sekaligus. Bagaimanapun, anda tidak boleh melog keluar dari peranti yang spesifik.

2. Telegram

Seperti WhatsApp, anda boleh menggunakan aplikasi permesejan Telegram di pelayar anda dengan pergi ke laman aplikasi web. Anda akan diminta untuk melog masuk menggunakan nombor telefon anda. Anda perlu mempunyai Telegram siap dipasang di telefon anda supaya anda dapat menerima notifikasi untuk kod log masuk yang perlu anda masukkan di komputer anda.

Setelah anda memasukkan kod, anda akan memdapati antaramuka hampir sama seperti WhatsApp. Anda dapat melihat senarai perbualan, melihat kenalan dan tetapan, serta membuat kumpulan Telegram yang baru.

Read More  Aplikasi Terbaik Penjimatan Bateri untuk Android
Kredit: TechCrunch

3. iMessage

Jika anda pengguna Mac dan iPhone, anda dapat menggunakan aplikasi permesejan Apple di kedua-dua telefon dan komputer Mac anda. Apa yang menarik mengenai versi desktop adalah bukan sahaja anda dapat menggunakannya dengan pengguna iPhone lain, tetapi anda juga dapat menghantar meseh kepada bukan pengguna iPhone dari komputer anda.

Untuk berbuat demikian, pergi ke Settings > Messages di iPhone anda dan pastikan Text Message Forwarding diaktifkan untuk komputer anda.

Kredit: Digital Trends

Anda boleh menyambung perbualan terdahulu, memulakan perbualan baru kenalan dan kumpulan, memadam mesej, mencari mesej, menghantar foto dan fail, serta menghantar senarai penuh emoji dari Apple. Anda juga boleh mengarang mesej menggunakan arahan suara dari Siri di Mac anda.

4. Viber

Tidak seperti WhatsApp dan Telegram, Viber memerlukan anda memuat turun klien desktop, tetapi ia bermaksud anda akan mendapat fungsi baru. Klien desktop tersedia untuk Windows XP dan ke atas, serta Mac OS X 10.7 ke atas.

Anda akan memerlukan Viber dipasang di telefon anda sebelum menggunakan aplikasi desktop. Setelah dipasang anda boleh memasukkan nombor telefon berkait dengan akaun anda. Anda akan diberikan kod QR untuk diimbas bagi menyambung ke aplikasi desktop. Pergi ke More > QR Code Scanner di telefon anda untuk menyediakan aplikasi desktop.

Kredit: TechCrunch

Anda boleh menggunakan aplikasi desktop untuk menghantar mesej dan fail, membuat panggilan cideo, dan menggunakannya untuk menghantar fail dan foto dari telefon ke komputer anda.

5. Line

Line adalah servis permesejan dan panggilan yang tersedia di beberapa platform. Anda boleh menggunakannya dari telefon iOS, Android, dan Windows dan boleh memuat turun aplikasi percuma Mac atau Windows. Pengguna Chrome boleh menggunakan aplikasi Chrome.

Read More  5 Laman Web Untuk Mendapatkan Hotel Murah & Percuma
Kredit: Appllio

Dari aplikasi desktop, pengguna Line boleh membuat dan menghantar mesej kepada kenalan individu, membuat kumpulan sembang, mengaktifkan notifikasi desktop, dan menghantar fail sehingga saiz 1 GB. Pengguna Line juga boleh membuat panggilan suara dan video dari aplikasi desktop Mac dan Windows.

Tambahan kepada servis permesejan, Line menggalakkan pengguna untuk menyimpan foto, video dan banyak lagi supaya anda dapat menghantarnya kepada rakan-rakan – walaupun anda mungkin mahukan ianya disimpan di tempat lain sebagai backup.

6. WeChat

Tersedia sebagai aplikasi iOS dan Android, pengguna dapat menghantar mesej dan membuat panggilan suara dan video dari telefon mereka, tetapi juga dapat memilih dari tiga pilihan: MacWindows, dan pelayar.

Untuk menggunakan pilihan desktop, anda perlu mendaftar akaun dahulu menggunakan aplikasi mobile. Anda juga perlu telefon tersebut untuk menghubung kan akaun mobile WeChat anda ke desktop dengan mengimbas kod QR. Untuk mengimbas kod QR, klik butang + di penjuru atas-kanan pada aplikasi dan pilih Scan QR Code.

Kredit: Mashable

Anda boleh menghantar mesej, fail dan screenshot dari aplikasi desktop, namun versi web tersebut tidak menyediakan fungsi backup and restore untuk sejarah perbualan anda.

7. All-in-One Messenger

Terdapat beberapa pilihan lain untuk dipertimbangkan jika anda mahu menggunakan lebih dari satu servis permesejan dari desktop anda. All-in-One Messenger membawakan beberapa aplikasi permesejan bersama di senarai ini termasuk WhatsApp, Telegram, Hipchat, dan WeChat. Ia juga menyokong platform permesejan lain seperti Slack, Skype, dan Facebook Messenger.

All-in-One kini tersedia sebagai sebuah aplikasi Chrome, dan selepas memasangnya anda dapat melog masuk ke setiap servis yang ingin anda gunakan. Anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan servis ini – hanya log masuk ke akaun individu anda.

Read More  Atasi Fobia Anda Dengan Aplikasi Virtual Reality (VR)
Kredit: CNET

Sesetengah dari servis ini akan memerlukan anda melog masuk menggunakan emel dan kata laluan anda, manakala yang lain akan memerlukan anda mengimbas kod QR menggunakan aplikasi mobile. Dalam sesetengah kes, anda akan diperlukan untuk memasukkan nombor telefon anda dan kod yang diberikan melalui SMS.

Pilihan Lain

Selain pilihan aplikasi ini, anda juga boleh mencuba aplikasi semua-dalam-satu atau klien yang lebih spesifik kepada hanya satu aplikasi.

Apakah aplikasi permesejan kegemaran anda? Adakah anda memilih untuk menggunakannya dari telefon atau komputer? Adakah aplikasi lain yang ingin anda tambahkan kepada senarai ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...