Bagaimana Untuk Mendapatkan Semula Akaun Facebook Anda

7,989

Adakah anda lupa kata laluan anda dan tidak boleh lagi melog masuk? Atau adakah akaun anda telah digodam?

Anda tidak berseorangan! Ratusan orang yang menghadapi masalah ini setiap hari. Mujurlah Facebook menyediakan pelbagai cara untuk anda mendapatkan semula akaun anda. Samada anda lupa kata laluan atau akaun anda digodam, anda mempunyai beberapa pilihan. Kami akan menunjukkan cara anda mendapatkan semula akaun Facebook anda, langkah demi langkah.

1. Adakah Anda Masih Melog Masuk di Tempat Lain?

Sebelum anda cuba mendapatkan semula akaun anda, semak samada anda masih melog masuk Facebook di mana-mana peranti anda. Ianya boleh jadi playar lain di komputer anda, aplikasi Facebook di Android atau iOS, atau pelayar mudah alih, contohnya di tablet anda.

2. Sudahkah Anda Mencuba Pilihan Default Account Recovery?

OK, jadi anda tidak dapat mencari peranti yang masih dilog masuk ke Facebook. Mari teruskan dengan recovery. Jika boleh, gunakan komputer yang anda telah log masuk Facebook sebelumnya.

Pertama, anda perlu mengenalpasti akaun anda. Pergi ke halaman recover Facebook dan gunakan alamat emel atau nombor telefon yang berkait dengan akaun Facebook anda. Anda juga boleh memasukkan username Facebook anda.

Kredit: MakeUseOf

Setelah anda berjaya mengenalpasti akaun anda, anda akan melihat ringkasan profil anda. Sebelum meneruskan, pastikan yang ini adalah akaun anda dan samada anda masih mempunyai akses kepada alamat emel atau nombor telefon yang disenaraikan.

Kredit: MakeUseOf

Jika semuanya nampak baik, klik Continue. Facebook akan menghantar kod sekuriti kepada anda. Dapatkannya, masukkan dan anda akan dapat mengakses semula akaun anda.

Kredit: MakeUseOf

Jika kod tidak diterima, klik pada Didn’t get a code?, yang akan membawa anda kembali ke skrin Reset Your Password yang sebelumnya. Anda boleh mencuba sekali lagi atau anda akan sedar yang anda langsung tidak dapat mengakses akaun tersebut.

Read More  Muat Turun Video Dari Facebook, Twitter dan Instagram

Kembali ke Akaun Anda

Jika anda dapat mengakses kembali akaun anda yang disyaki telah digodam, terus tukar kata laluan anda dan kemaskini maklumat anda. Ini adalah langkah penting dalam menjadikan akaun Facebook anda lebih selamat. Pastikan untuk membuang mana-mana alamat emel atau nombor telefon yang bukan milik anda atau yang anda sudah tidak gunakan.

3. Adakah Maklumat Hubungan Anda Berubah?

Selalunya, ia sukar untuk mendapatkan semula akaun dengan pilihan di atas. Mungkin anda sudah tidak mempunyai akses keapda alamat emel atau nombor telefon yang pernah anda masukkan. Atau penggodam telah mengubah maklumat ini. Kalau begitu, Facebook membenarkan anda menggunakan alamat emel baru, yang mana akan digunakan untuk mendapatkan kembali akaun anda.

Untuk memulakan proses ini, klik pada pautan No longer have access to these? di bahagian bawah-kiri di halaman reset kata laluan. Facebook akan meminta alamat emel atau nombor telefon yang baru, jadi mereka dapat menghubungi anda jika perlu. Klik Continue untuk meneruskan.

Kredit: MakeUseOf

Jika anda ada menetapkan Trusted Contacts, anda akan mendapat peluang untuk menggunakannya dalam mendapatkan kembali akaun anda.

Kredit: MakeUseOf

Anda perlu mengingati sekurangnya satu nama penuh dari tiga ke lima Trusted Contacts untuk mendedahkan mereka. Perlu diingat anda cuma memerlukan tiga kod untuk mendapatkan kembali akaun anda.

Jika anda tidak menetapkan Trusted Contacts, anda mungkin telah diberi pilihan untuk menjawab salah satu soalam sekuriti dan terus menetapkan semula kata laluan. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu menunggu 24 jam sebelum boleh mengakses kembali akaun anda.

Jika tidak, anda perlu menunggu sehingga Facebook menghubungi anda untuk mengesahkan identiti anda. Bersabarlah ya!

Read More  Google Akan Membayar Penggodam Yang Menemui Kelemahan Dalam Aplikasi Android Yang Popular!

4. Adakah Akaun Anda Digodam & Menghantar Spam?

Sekiranya akaun anda telah digodam dan menghantar spam ke rakan-rakan anda semasa anda tidak dapat mengaksesnya, anda perlu melaporkan yang akaun Facebook anda telah disalahguna.

Kredit: MakeUseOf

Ini akan memulakan proses yang hampir sama seperti sebelumnya. Anda akan menggunakan maklumat sama untuk mengenalpasti akaun anda, dan di langkah seterusnya anda dapat menggunakan kata laluan terkini atau yang terdahulu untuk mendapatkan semula akaun Facebook anda.

Kredit: MakeUseOf

Ianya berguna sekiranya penggodam menukar kata laluan anda, namun ianya juga dapat digunakan sekiranya anda lupa kata laluan baru anda.

Dapati lebih banyak tips berkaitan sekuriti di halaman Account Security di Facebook Help Center.

5. Masih Dikunci Dari Facebook?

Jika semua langkah di atas gagal, harapan terakhir anda adalah dengan Facebook sendiri. Anda boleh cuba untuk menghantar emel ke security@facebookmail.com untuk menjelaskan situasi anda. Mereka mungkin akan memberi peluang untuk anda membuktikan identiti dengan menggunakan passport atau lesen memandu anda. Ianya boleh mengambil masa sehingga beberapa minggu, jadi anda perlu sentiasa bersabar.

Nota: Jika anda tidak menggunakan nama sebenar di Facebook, tiada harapan untuk anda mendapatkan semula akaun dengan cara ini.

Jika Cara Lain Gagal, Buat Profil Facebook Yang Baru

Sejak beberapa tahun lepas, makin ramai yang terlibat dalam situasi sebegini. Selalunya, maklumat hubungan mereka tidak dikemaskini, recovery code disediakan Facebook tidak dapat digunakan, atau Facebook tidak pun menghubungi mereka kembali. Tidak banyak yang boleh anda lakukan.

Sampai suatu masa, anda perlu menerima keadaaan ini. Walaupun sukar, belajar dari kesilapan anda, buat akaun baru, pastikan untuk menambah beberapa maklumat hubungan yang sah, pastikan akaun anda selamat dan bina kembali profil anda.

Read More  Cara Untuk Menukar Kata Laluan Instagram Anda!

Sudahkah anda menjumpai cara untuk menghubungi Facebook? Atau anda mempunyai cara tersendiri? Kongsikan bersama kami!

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...