Bagaimana Untuk Membuka dan Mengedit Fail PSD Photoshop Secara Online

502

Jika anda sering bergerak, menggunakan komputer orang lain, ataupun tidak mempunyai Photoshop atau GIMP di komputer anda, tidak banyak yang boleh anda lakukan dengan fail PSD. Mujurlah terdapat beberapa alatan online yang membolehkan anda mengedit fail PSD tanpa perisian yang biasa digunakan.

Photopea adalah alat termudah untuk berbuat demikian. Walaupun ianya bukanlah setanding Photoshop, namun ianya sangat berguna. Ia mempunyai semua alatan sama seperti di Photoshop: selection and move tools, cropping tools, text tools, clone, blur, dodge, burn, dan eyedropper tools.

Photopea juga mempunyai beberapa fungsi utama Photoshop seperti mengakses lapisan dan panel sejarah, memudahkan anda untuk bergerak ke depan atau belakang semasa proses mengedit di aplikasi online ini. Jadi jika anda perlu megedit teks, menggerakkan objek, mengakses lapisan di fail PSD, Photopea akan menjadikannya lebih mudah dengan antara muka hampir sama seperti Photoshop.

Anda hanya perlu membiasakan diri dengan beberapa shortcut berbeza. Contohnya, shortcut untuk mengembalikan langkah adalah Alt + Ctrl + Z daripada Ctrl + Z. Untuk mengakses pilihan blending, daripada mengklik kanan pada lapis, anda perlu mengkliknya berganda. Setelah anda selesai, anda boleh memilih untuk menyimpannya sebagai fail PSD, JPG, PNG, GIF dan banyak lagi.

Anda juga boleh menyimpan semua proses kerja anda secara online, dan mengedit fail PSD secara terus daripada Google Drive:

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan alat online seperti Photopea, iaitu ketiadaan akses ke font di pemacu anda. Photopea menyediakan pelbagai pilihan font, namun jika desain anda memerlukan font premium anda tidak akan dapat mengaksesnya.

Apakah alat mengedit PSD online kegemaran anda? Kongsikan bersama kami.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Read More  6 Aplikasi Untuk Memantau Penggunaan Data Dalam Telefon

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...