Tergempar! Serangan Siber Baharu Jejas Operasi Di Eropah, AS

348

Belum selesai lagi virus Wannacry, datang lagi virus baharu! Dengar cerita, virus ini ialah versi yang telah diubahsuai yang dikenali sebagai Petrwrap ataupun Petya. Virus ini dikatakan hanya menyerang bank, sistem Informasi Teknologi kerajaan dan syarikat sumber tenaga.

Berikut merupakan senarai syarikat dan pertubuhan yang dikatakan menjadi mangsa dalam serangan terkini :

1. Bank Pusat Ukraine, Bank Kebangsaan Ukraine

2. Bank Oschadbank (Ukraine)

3. Syarikat perkhidmatan Nova Poshta (Ukraine)

4. Rosneft, syarikat minyak gergasi Russia

5. Kyivenergo, syarikat jana kuasa Kiev (Ukraine)

6. Sistem pemantau radiasi di Chernobyl (Ukriane)

7. Laman web lapangan antarabangsa Boryspil Kiev (Ukraine)

8. Maersk, syarikat pengangkutan laut Denmark

9. WPP, syarikat pengiklanan British

10. Saint-Gobain, syarikat kumpulan industri Perancis

11. Merck, syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat


Pasaraya di Ukraine mengalami kesesakan di terminal pembayaran disebabkan serangan Petya. Pelbagai serangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini membimbangkan banyak agensi untuk melindungi data. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan bersedia kerana virus ini boleh merebak ke serata dunia bila-bila masa sahaja.

Sumber : Berita Harian

Read More  SCOM Mengelakkan Anda Ditipu Oleh Peniaga Online

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...