5 Mitos Mengenai Laman Web WordPress

312

WordPress adalah platform CMS yang percuma, mudah digunakan dan mempunyai potensi untuk membawa elemen kreatif ke syarikat anda. Malangnya, sama seperti produk atas talian popular yang lain, ia banyak menerima reputasi buruk mengenai beberapa fungsi.

Terdapat beberapa mitos palsu yang menyebabkan pengguna tidak mengampil kesempatan atas apa yang ditawarkan WordPress, dan kami bersedia untuk mendedahkan teori ini dan menunjukkan kepada semua yang WordPress mungkin laman yang mereka cari. Teruskan membaca untuk mempelajari fakta yang sahih dan teori yang perlu anda lupakan di tahun 2017.

Mitos No. 1: WordPress bukanlah laman yang selamat

Ini adalah tidak benar; WordPress telah digodam di masa lepas, bukan kerana ianya lebih mudah diserang berbanding laman CMS lain. Tiada laman yang imun dari serangan sekuriti, sama seperti WordPress. Mujurlah WordPress telah mengenalpasti potensi masalah dan dalam kewujudan 10-tahunnya, ia telah mengeluarkan beberapa tutorial sekuriti WordPress dan plugin dari pelbagai pembangun.

Bagaimanapun, jika pengguna tidak mengemakini perisian mereka, mereka akan terdedah kepada serangan siber, dan anda tidak boleh menyalahkan WordPress untuk kelalaian itu.

Selain sentiasa mengemaskini WordPress, anda boleh menentang masalah sekuriti dengan hanya memuat turun plugin dari sumber dipercayai, menggunakan kata laluan yang kuat dan sentiasa menukarnya serta mengubah kebenaran akses fail anda.

Mitos No. 2: WordPress hanya untuk blogging

Sementara WordPress bermula sebagai laman untuk blog, ini bukanlah perkara yang sama lagi. Pelbagai fungsi menarik telah dikeluarkan dalam tempoh evolusi selama 10 tahun dan anda pasti dalam kerugian jika hanya menggunakan WordPress untuk menulis blog. Ikutlah jejak Time, CNN, Microsoft, Sony atau eBay yang menggunakan WordPress dengan sepenuhnya. WordPress boleh digunakans sebagai forum, rangkaian sosial, laman web statik, galeri imej, direktori dan banyak lagi.

Read More  Pratonton Aplikasi AR Pertama Yang Akan Datang ke iPhone!

Satu cara menggunakan WordPress adalah e-commerce. WordPress sangat berguna untuk bisnes jenis ini kerana ianya mempunyai pelbagai fungsi. Sambil anda menjalankan perniagaaan atas talian, anda juga boleh menjalankan blog, portfolio, atau mana-mana pilihan di atas, dan tidak dapat anda lakukan jika anda menggunakan platform tipikal e-commerce seperti Magento atau Shopify. Digabungkan dengan satu dari beribu plugin, tool dan tema yang ditawarkan WordPress, perniagaan anda pasti menonjol. WordPress juga menyediakan versi berbeza mengikut bajet syarikat anda dari percuma sehingga premium.

Mitos No. 3: WordPress hanya berguna untuk bisnes kecil

Jika nama besar yang disebutkan di bawah tidak meyakinkan anda, ketahuilah – halangan yang datang bersama WordPress adalah milik pengguna. Jika anda mengambil masa untuk mencuba platform dan memahami apa yang ditawarkan, tiada had untuk potensi yang anda dapat.

Tanyalah New York Times, Ford, atau Harvard Law School, semuanya terkenal dan menggunakan WordPress. Seperti yang saya katakan, mereka menawarkan pelbagai pakej untuk memenuhi keperluan bajet anda dan ini termasuklah syarikat besar dengan bajet yang tinggi.

Tambahan lagi, ianya boleh dinaik taraf, mengikut perkembangan syarikat anda dan anda mendapat lebih ramai pengguna, jadi laman anda mempunyai kapasiti untuk berkembang juga. Akhirnya, ia mudah untuk diakses dan diperbaiki dan integrasi media sosial yang ditawarkan adalah terbaik.

Mitos No. 4: WordPress tidak menyediakan sokongan teknikal yang baik

Walaupun anda tidak dapat membuat panggilan atau mengemel WordPress untuk sokongan teknikal, namun ia tidak bermaksud sokongan tidak tersedia. WordPress mengakui mereka tidak menerima panggilan atau emel kerana ianya tidak praktikal untuk kebanyakan orang.

Dengan itu, pelanggan sangat penting kepada mereka, dan mereka mahu setiap persoalan mendapat jawapan yang diperluukan, jadi mereka bekerja keras untuk menyediakan forum komuniti untuk hampir setiap topik atau masalah yang anda hadapi semasa menggunakan WordPress.

Lamannya mudah untuk digunakan: anda hanya perlu mencari topik dan memilih halaman dari senarai yang menjawab persoalan anda. Dan ianya bukan sekadar forum dari WordPress – cuba cari untuk forum tambahan dan anda akan kagum melihat jumlah forum yang tersedia. Terdapat ramai orang yang menggunakan WordPress jadi ianya tidak mustahil yang sokongan dari komuniti juga sama besar.

Read More  Aplikasi Android Terbaru Dan Terbaik 2017

Mitos No. 5: WordPress sukar untuk difahami dan digunakan

WordPress sangat mudah untuk digunakan, dan lebih mudah untuk diubah. Anda tidak perlu untuk mengubah kod terima kasih kepada ribuan plugin dan tema yang boleh diubah, ditawarkan oleh WordPress. Namun, jika anda peminat coding, anda boleh memilih untuk mengubah tema melalui kod.

Terdapat banyak video tutorial tersedia untuk membantu anda memulakan laman anda. Semua tetapan terdapat di dashboard WordPress anda, yang mana ia adalah mesra pengguna dan mudah digunakan. Anda tidak perlu susah-payah mencari apa yang anda perlukan. Semuanya ada di dashboard.

Jika anda tidak selesa untuk membina laman WordPress anda sendiri, terdapat banyak orang yang boleh anda upah dari laman seperti Fiverr dan Freelancer.com, tetapi kami rasa anda boleh menguruskannya. Cubalah, dan jika anda berminat, hubungi mana-mana forum komuniti untuk sokongan teknikal.

Harapnya, kini anda yakin yang WordPress adalah setanding CMS yang anda cari dengan lebih dari sekadar untuk keperluan blog anda.

Penghargaan kepada Infusionsoft atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...