Android 8.0 Bakal Dinamakan Oreo Atau Oatmeal? Dan Mungkin Nama Yang Lain?

728

Setiap tahun, kita mesti akan berasa teruja untuk mengetahui nama dessert apa yang akan dinamakan untuk android versi seterusnya. Mengikut laporan, Android O diyakini akan berakhir dengan nama Oreo, malangnya tidak. Satu teori mengatakan bahawa Oatmeal Cookies akan dinamakan untuk Android versi 8.0.

Teori ini dikuatkan lagi dengan beberapa bukti. Android source code telah diperiksa dan mendedahkan beberapa rujukan tentang ‘oc-dev.’ Gabungan huruf (oc) kemungkinan menjadi “oatmeal cookies”, kerana “oatmeal cookies” ditemui di beberapa slide yang ditayangkan oleh Google I / O.

Kredit : Google
Kredit : Twitter

Android 8.0 diharapkan memaparkan Background Limits, sebuah cara untuk mencegah aplikasi dari membuat anda kehilangan ruang memori dan kuasa bateri. Notification channels membolehkan pengguna menggabungkan pemberitahuan aplikasi yang sama ke dalam satu saluran. Fungsi yang sangat produktif ini membolehkan pengguna menunda pemberitahuan untuk dipaparkan selepas beberapa waktu jika anda sibuk.

Picture-in Picture mungkin salah satu ciri-ciri baru yang paling ditunggu-tunggu pada Android 8.0, di mana ciri-ciri ini membolehkan anda menonton filem sambil membuat panggilan video manakala fungsi Password Autofill akan memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyimpan kata laluan, butiran kad dan nombor telefon dan akan dipaparkan secara automatik seperti yang terdapat di Chrome. Bukan itu sahaja, Android 8.0 dikatakan akan dikeluarkan pada bulan Ogos/September ini untuk dimuat turun di beberapa telefon mudah alih.

Sumber : Know Your Mobile

Read More  iPhone Dicuri? Ikuti TIPS ini Setelah iPhone Anda Dicuri

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...