Elakkan Komputer Riba Daripada Overheat Menggunakan Duit Syiling

356

Duit syiling bukan sahaja boleh membeli air gedegang malah anda boleh kurangkan overheat komputer riba!

Kredit : Life Hack

Seorang pengguna komputer riba daripada Jepun ini, Akinori Suzuki yang menemui trik ini. Beliau memikirkan idea kreatif ini dek kerana komputer ribanya seringkali overheat. Beliau mengetahui bahawa tembaga mampu untuk menghilangkan haba lalu beliau melihat duit syiling yen yang berlogamkan tembaga di sekelilingnya. Lantas, beliau cuba untuk membuat satu eksperimen dengan menyusun duit syiling yang banyak di bahagian di antara papan kekunci dan skrin komputer riba. Ternyata berkesan!

Malaysians, jangan bimbang. Geledah kembali rumah nenek dan atuk raya ini dan cari duit syiling siri kedua-Bunga Raya 1 sen atau duit syiling siri pertama-Parlimen dari 1 sen hingga 1 ringgit. Jika tiada, mungkin anda boleh masak telur di atas komputer riba anda? Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Kredit : Google

Sumber hebat daripada : Life Buzz

Read More  Bagaimana Mahu Menyimpan Muzik di Spotify di Luar Talian?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...