2 Cara Bijak Untuk Mengesan Komputer Riba Yang Hilang

910

Masalah ini sering berlaku di kalangan pelajar universiti. Di universiti saya sendiri sekalipun selalu sahaja berita mengenai komputer riba hilang diviralkan di whatsApp. Pada hari ini, saya akan kongsikan DUA (2) CARA MUDAH UNTUK MENGESAN KOMPUTER RIBA YANG HILANG. Tetapi perlu diingatkan, cara ini hanya akan menjadi jikalau pencuri tersebut menggunakan komputer riba anda untuk melayari internet.

1) Dropbox

Bagi pengguna dropbox, anda pasti sudah memuat turun ke dalam komputer riba dan sebaik sahaja terdapat rangkaian internet, sudah tentu akaun dropbox anda akan on bersama. Dari situ, kerja anda sudah menjadi mudah. Anda hanya perlu log masuk akaun dropbox anda di peranti yang lain dan klik Setting>SecurityAnda akan mendapat paparan seperti gambar di bawah. Senarai komputer dan IP Address akan dipaparan beserta tarikh dan masa.

Kredit : Life Hacker

2) Gmail

Kaedah menggunakan Gmail ini sangat efisien jika anda seorang yang malas untuk log keluar akaun Gmail anda. Anda hanya perlu log masuk akaun gmail anda di mana-mana peranti juga dan lihat di bawah sekali bahagian kanan, klik details. Gmail anda akan memaparkan kesemua senarai jenis akses dan IP Address juga.

Kredit : Google

Setelah selesai mendapatkan IP Address tersebut, buat laporan polis dan berikan sekali IP Address tersebut untuk memudahkan polis untuk menyiasat. Mudah kan? Kongsikan tips berguna ini kepada rakan atau ahli keluarga anda yang mengalami masalah ini.

Sumber : Life Hacker

Read More  Kedai Fizikal vs Kedai Online : Mana Satu Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...