3 Cara Mudah Menetapkan Video Sebagai Wallpaper Desktop Anda

2,721

Latar belakang desktop adalah cantik, tetapi agak statik. Ianya masa untuk menghentikan semua ini dan menjadikan latar belakang anda bergerak – dengan menggunakan video.

Beberapa alatan tersedia untuk melakukan perkara ini, tiap satu dengan keputusan yang berbeza. Anda patut mencari yang mana satu paling berkesan untuk anda.

Memilih Video Untuk Latar Belakang Desktop Anda

Sebelum anda mula untuk menetapkan video sebagai latar belakang desktop, anda perlu meluangkan masa untuk mencari klip video yang ingin anda gunakan.

Kredit: MakeUseOf

Jenis video berbeza mempunyai tujuan tersendiri. Contohnya, jika anda ingin menikmati filem kegemaran anda sambil bekerja atau melayari Internet, jadi pilih video dengan durasi yang bersesuaian.

Jika anda mahukan latar belakang desktop yang menarik, pilih klip dengan durasi yang lebih pendek, jadi ianya sesuai apabila diulang berkali-kali. Klip video dan GIF, kedua-duanya boleh digunakan.

1. Menetapkan Latar Belakang Dengan PUSH Video Wallpaper

Tersedia di: Windows

Kami merasakan yang aplikasi ini dapat memberikan hasil terbaik, dan mudah digunakan. Namun, ianya tidak percuma (berharga sekitar $10 (RM42.85)) tetapi anda dapat mencubanya dahulu.

Mula dengan pergi ke laman web dan muat turun PUSH Video Wallpaper. Jalankan file EXE untuk memasang dan lancarkan aplikasi. Secara terus, latar belakang desktop anda akan berubah semasa aplikasi berjalan, menunjukkan klip video demo dalam ulangan.

Kredit: MakeUseOf

Untuk mengubah, buka PUSH Video Wallpaper dari taskbar dan klik simbol + untuk memasukkan klip video baru. Anda akan mendapati alat loop di kawalan bersama butang shuffle, mengubah selang video, beserta butang volume/mute – berguna untuk mengawal paras audio semasa anda bekerja. Senarai video juga boleh dibuat.

Kredit: MakeUseOf

Hasilnya adalah paparan video yang lancar dalam mod skrin penuh sebagai latar belakang desktop , lengkap dengan aplikasi dan ikon windows di belakang. PUSH Video Wallpaper semestinya perlu anda cuba apabila mencari cara untuk menetapkan video sebagai latar belakang.

Read More  Cara Untuk Menggunakan Papan Kekunci Di Skrin Pada Windows 7, 8 Dan 10!

2. Menetapkan Latar Belakang Desktop Dengan VLC

Tersedia di: Windows, Mac, Linux, Chrome OS

Salah satu cara untuk membuat latar belakang desktop dengan video adalah dengan menggunakan pemain media desktop paling popular dan versatil, VLC Media Player. Boleh didapati dari www.videolan.org, VLC Media Player tersedia di semua sistem operasi, bermaksud dalam teori, cara ini akan berfungsi di Windows, macOS, Linux, ChromeOS, variasi BSD, dan juga Solaris!

Secara ringkas, atau sebagai peringatan, VLC Media Player boleh memainkan apa-apa format media. Ia boleh digunakan untuk membuat server strim video, untuk menghantar video dari PC ke TV, mengubah atau menyalin audio dari video Youtube dan disertakan pelbagai fungsi lain.

Jadi jika anda masih tidak menggunakan VLC untuk sesuatu, anda patut mencubanya. Dan anda akan memerlukannya untuk menetapkan video sebagai latar belakang desktop anda.

Menetapkan Latar Belakang Desktop

Di versi terdahulu VLC Media Player, anda perlu untuk membuat beberapa perubahan.

Buka Tools > Preferences > Videos, dan cari tetapan Output. Di menu drop-down, klik pilihan DirectX (DirectDraw) video output kemudian Save. Keluar dari VLC, dan cari video yang ingin anda gunakan sebagai latar belakang, kemudian mainkannya di VLC Media Player.

Sambil ia bermain, klik kanan di atas window pemain dan pilih Video > DirectX Wallpaper. (atau klik Video > DirectX Wallpaper dari menu).

Sebaik anda selesai dengan video, maksimakan VLC Media Player, buka Video dan klik DirectX Wallpaper sekali lagi untuk membuang tandaan. Kemudian keluar dari program.

Kredit: MakeUseOf

Bagaimanapun, untuk versi terbaru VLC Media Player, apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik kanan pada video dan pilih Set as wallpaper.

Read More  Langkah Memanjangkan Jangka Hayat Bateri iPad Anda

Apa yang berlaku adalah video tersebut akan memasuki mod skrin penuh dan anda masih dapat mengakses toolbar Windows dan butang Start, tetapi akan mendapati yang ikon dan shortcut Windows telah tiada. Jadi, ianya lebih kepada mod skrin penuh dari latar belakang desktop.

3. Menetapkan Latar Belakang Desktop Dengan Youtube

Tersedia di: Windows, Mac, Linux, Chrome OS

Jika hasil dari VLC Media Player tidak memenuhi kemahuan anda, ada alternatif lain dengan cara lebih mudah.

Kredit: MakeUseOf

Untuk menetapkan video YouTube sebagai latar belakang desktop, mainkan klip dan set ke mod skrin penuh. Pengguna Windows kemudian dapat menekan Alt-Tab dan meletakkan ia sebagai latar belakang video – tetapi tiada ikon dan shortcut Windows. Tekan Esc untuk keluar dari paparan skrin penuh.T

Mengubah Rupa Desktop Anda Sekarang

Anda mungkin sudah mengetahui pelbagai cara untuk mengubah rupa desktop anda, dari menukar latar belakang sehinggalah ke menggerakkan taskbar, dan mungkin menukar font. Tetapi menambah video sebagai latar belakang desktop adalah langkah terakhir. Jika anda belum mencuba, sekarang adalah masanya.

 

Penghargaan kepada MakeUseOf atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...