10 Cara Mengurangkan Penggunaan Mobile Data

1,324

Pelan mobile data sangat mahal, dan akses ke rangkaian WiFi tidak selalu tersedia. Adakah anda sering kehabisan data di telefon pintar anda sebelum hujung bulan? Ini adalah sepuluh tips untuk membantu anda menjimatkan wang sambil menggunakan mobile data di Android.

Kredit: Perryodiko

1. Tutup data bila tidak digunakan

Jika anda menggunakan pelan data yang terhad, jadi memang satu keperluan untuk anda menutup apabila tidak menggunakannya. Jika anda tidak aktif menggunakan sambungan data, dengan menutupnya adalah satu-satunya cara untuk membendung aplikasi dari menggunakan data anda di balik tabir. Salah satu kelebihan lain adalah anda juga dapat memanjangkan hayat bateri.

2. Tetapkan had data

Anda dapat memantau penggunaan data dengan mudah dan menetapkan had penggunaan data melalui tetapan Android. Hanya pergi ke “Setting -> Data Usage” untuk melihat berapa banyak data yang telah anda gunakan dalam satu tempoh masa dan data yang digunakan oleh aplikasi secara individu.

Kredit: Make Tech Easier

Anda boleh menetapkan had mengikut langganan pelan data anda, dan sambungan Internet anda akan dipotong secara automatik apabila anda mencecah had yang telah ditetapkan. Anda juga boleh menetapkan amaran bagi had penggunaan data dengan menarik garis kelabu pada graf supaya anda dapat diberitahu apabila hampir melepasi had ini.

3. Gantikan aplikasi dengan penggunaan data yang tinggi

Terdapat beberapa aplikasi yang dikenali dengan penggunaan data yang tinggi, jadi ianya idea yang baik untuk tidak menggunakannya semasa di sambungan mudah alih. Selalunya, anda akan dapat mencari aplikasi alternatif dengan penggunaan data lebih menjimatkan yang masih dapat mengekalkan fungsinya sambil menjimatkan wang anda.

Sebagai contoh:

  • Facebook Lite adalah alternatif kepada aplikasi Facebook yang diketahui menggunakan data dan bateri dengan banyak di balik tabir.
  • Facebook Messenger Lite adalah alternatif kepada aplikasi Facebook Messenger yang menggunakan banyak sumber.
  • Hermit Lite Apps membolehkan anda menggantikan aplikasi dengan penggunaan data yang tinggi supaya dapat menjimatkan data anda sambil meningkaatkan privasi dan sekuriti di telefon pintar anda.
Read More  Bagaimana Hendak Menghantar Tab Firefox Dari Desktop Anda Ke Peranti Mudah Alih Anda?

4. Gunakan pelayar jimat-data

Kredit: Make Tech Easier

Terdapat banyak pelayar di Play Store yang mementingkan penjimatan data semasa melayari Internet. Opera Mini dan UC Browser Mini adalah antara dua yang paling popular. Flynx adalah pelayar yang berjalan di balik tabir dan membuang semua iklan dan JavaScript untuk menyediakan pengalaman membaca yang lebih baik sambil menjimatkan data dengan drastik.

5. Auto-kemaskini aplikasi hanya melalui Wi-Fi

Kredit: Make Tech Easier

Anda pastinya tidak mahu aplikasi untuk mengemaskini secara automatik semasa anda menggunakan sambungan mudah alih yang akan menghabiskan data anda. Pergi ke aplikasi Google Play App, sapu dari arah kiri untuk membuka menu, cari halaman Settings dan tetapkan aplikasi anda kepada “auto-update over Wi-Fi only.

6. Sekat penggunaan data balik tabir

Kredit: Make Tech Easier

Jika anda masih mahu menggunakan aplikasi terdahulu, anda perlu sekurangnya menyekat penggunaan data di balik tabir. Ini boleh dibuat dengan pergi ke “Settings -> Data usage”. Anda akan melihat senarai aplikasi dan berapa banyak data yang digunakan untuk setiap satu bagi suatu tempoh masa.

Klik pada aplikasi yang ingin anda sekat dari dikemaskini di balik tabir. Aktifkan pilihan “Restrict app background data”. Ini akan membendun aplikasi tersebut dari menghabiskan data anda semasa tidak digunakan. Ia juga akan membendung aplikasi dari menghantar notifikasi kepada anda, jadi anda perlu mempertimbangkan sebelum membuat keputusan.

7. Hidupkan Data Compression di Chrome

Jika anda menggunakan Chrome for Android, pastikan anda mengaktifkan mod jimat-data yang akan memampatkan semua data sebelum dihantar ke peranti anda.

Kredit: Make Tech Easier

Anda boleh berbuat begini dengan pergi ke “Settings -> Data Saver” di Chrome and dan menandakan pilihan “On”. Anda akan dapat melihat graf yang menunjukkan penjimatan data anda.

Read More  Cara Untuk Membuang Rangkaian Wi-Fi Yang Telah Disimpan Pada Windows 10!

8. Kandungan cache untuk kegunaan offline

Cara yang baik untuk mengurangkan penggunaan data anda adalah dengan mengekalkan cache kandungan aplikasi untuk kegunaan offline. Sebagai contoh, Google Maps membenarkan anda menyimpan peta di telefon anda untuk kegunaan offline. Spotify membolehkan anda menyimpan musik dan senarai main di peranti anda.

Kredit: Make Tech Easier

YouTube juga membenarkan anda menyimpan video sambil menggunakan WiFi supaya anda dapat menontonnya tanpa sambungan Internet. Anda juga harus menyemak aplikasi kegemaran anda yang mempunyai fungsi serupa untuk membantu anda menjimatkan data.

9. Mampatkan data dengan Opera Max

Jika anda serius dalam menjimatkan data, anda perlu membertimbangkan untuk memasang Opera Max yang akan memampatkan semua data sebelum menghantarnya ke telefon anda. Ianya berfungsi semasa melayari Internet, strim musik dan video serta banyak lagi.

Kredit: Make Tech Easier

Anda mungkin akan menyedari kualiti strim video akan menurun dengan pemampatan data, namun ianya suatu yang perlu anda hadapi untuk menjimatkan penggunaan data.

10. Mengubah tetapan aplikasi

Banyak aplikasi popular mempunyai tetapan yang boleh anda ubah untuk mengurangkan penggunaan data. Twitter, YouTube dan Instagram adalah yang akan diterangkan dalam artikel ini,

Twitter

  • Lancarkan aplikasi Twitter dan sapu dari arah kiri untuk membuka menu.
  • Klik “Settings and Privacy” dan cari untuk “Data usage”.
  • Di sini anda boleh mengawal jika video dimain secara automatik melalui sambungan mudah alih atau tidak.
Kredit: Make Tech Easier

Instagram

  • Pergi ke halaman profil anda dan klik pada ikon tiga noktah di penjuru kanan atas.
  • Skrol ke bawah dan cari pilihan “Cellular Data Use”.
  • Pilih “Use less data”.
Kredit: Make Tech Easier

YouTube

  • Lancarkan aplikasi Youtube dan klik pada ikon tiga noktah di penjuru kanan atas.
  • Klik “General” dan tandakan pilihan “Limit mobile data usage”.
  • Anda juga boleh menyahaktifkan Autoplay jika anda mahu.
Read More  Lindungi Akaun Apple Anda dengan Pengesahan Dua Faktor (Two-Factor Authentication)
Kredit: Make Tech Easier

Cuba untuk menerokai halaman tetapan aplikasi kegemaran anda untuk melihat samada pilihan seperti ini wujud, dan tetapkan jika ada untuk menjimatkan penggunaan data anda.

Konklusinya

Penggunaan data sukar dihadkan, tetapi tips ini mungkin dapat membantu. Sudahkah anda mencuba cara yang lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

 

Penghargaan kepada Make Tech Easier atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...