Perkhidmatan Jalur Lebar 1Gbps Terpantas Dan Berpatutan

959

Anda suka internet kelajuan tinggi? Anda patut membeli kediaman dan mencari pekerjaan di Cyberjaya kerana Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SHTech) menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 1Gbps dengan hanya RM399 sebulan!

Kredit : Sh Tech

Dengan kelajuan yang maksima, anda dapat berkomunikasi dengan lebih pantas merentasi global tanpa perlu merisaukan sekatan internet. Jalur lebar ini mendapat pengiktirafan sebagai Jalur Lebar yang terpantas di Malaysia.

 

Beberapa organisasi di Cyberjaya telah menggunakan perkhidmatan syarikat ini seperti Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Cyberjaya yang terkenal dengan penghasilan animasi, diharapkan dengan wujudnya internet berkelajuan tinggi ini dapat menghasilkan lebih banyak hasil karya oleh bakat-bakat besar. Setia Haruman Technology juga menawarkan pakej untuk perniagaan dengan penggunaan kabel fibre optic.

Kredit : SH Technology

Usahawan di luar sana, tunggu apa lagi?

Read More  Facebook Kini Tampil Dengan Gambar 3D

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...