Papan Putih Dengan Skrin Sentuh Keluaran Google Kini Mula Dijual Dengan Harga USD 5,000

213

Google’s Jamboard bukanlah aplikasi memasak untuk memilih resepi dari PB&J- ia adalah Papan Putih Digital yang bersaiz 55 inchi, dengan pen dan skrin sentuh yang didatangkan bersama aplikasi iOS dan Android. Dikuasakan dengan processor Nvidia Jetson pada papan litar dengan resolusi 4K.

Kekuatan pada pada produk ini adalah Jamboard memfokuskan kepada kolaborasi korporat yang didatang dengan 3 warna menarik serta mempunyai kaki pendiri yang kelihatan seperti produk di dalam katalog Herman Miller. Jika anda berada di US, kini anda boleh menempahnya dengan harga USD 4,999 (RM 21,297).

Ini kelihatan berlainan dari kebiasaan yang dilakukan oleh Google, tetapi sebagai antara peneraju perisian untuk enterprise anda boleh mempertimbangkan Jamboard serta menjangkakan sejauh mana prestasi G- Suite boleh lakukan.

Jamboard juga telah melalui beberapa proses percubaan dengan beberapa syarikat yang menjadi pelanggan Google antaranya Dow Jones, Whirlpool dan Pinterest. Jadi pastinya ia bukan sekadar projek pelik yang dilancarkan oleh Google tanpa pelan perancangan masa depan yang kukuh.

Tidak, Google Jambord mirip kepada Google Home bagi versi pejabat. Cara bagaimana anda boleh berada pada tahap teratas dalam bisnes anda dengan melaksanakan kerja-kerja tanpa sebarang memerlukan kehadiran secara fizikal ke sesuatu tempat.

Tambahan, dengan kos sebanyak USD 600 (RM 2,556), anda boleh terus menggunakan Jamboard untuk sistem pengurusan anda (USD 300 (RM 1,278) untuk pengguna awal yang mendaftar) dengan akses kepada fail dari Drives yang memerlukan pelan G- Suites.

Identity Google sebagai syarikat peralatan dan perkakasan menjadi semakin menarik, dan Jamboard mungkin kelihatan sesuatu yang pelik tetapi merupakan satu kesinambungan yang bijak untuk keseluruhan strateginya yang mana menggabungkan dan menggerakkan perkhidmatan yang semakin kepada pengguna enterprise.

Read More  Robot Penyedut Hampagas Dapat Menyelesaikan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita-Wanita Di Luar Sana

Penghargaan diberikan kepada laman Tech Crunch, anda boleh melayari artikel asal di dalam Bahasa Inggeris di sini 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...