Jimat Dengan Kos Rendah Atau Berbelanja Untuk Kualiti? Yang Manakah Anda?

1,286

Adakah anda membeli barangan mahal kerana kualiti atau anda lebih gemear membeli barangan berkualiti rendah dengan harga yang lebih murah? Apabila membeli barangan, kita hanya perlu memikirkan berapakah nilai wang kita. Dan ianya pelik apabila kita mahukan kualiti terbaik pada harga murah, namun apabila ianya sama seperti apa yang kita mahu, kenapa kita menjadi was-was?

Kredit: Clayton Whites Hotel

Di akhirnya, orang akan memilih barangan yang lebih mahal kerana kualiti bermaksud pelaburan. Tetapi ada masanya kualiti bukanlah satu keperluan.

Jadi apa maksudnya membayar untuk kualiti?

Ianya nampak sedikit mengelirukan dengan maksud membayar untuk kualiti – adakah maksudnya anda membayar harga tinggi atau pembelian berkualiti tanpa mengira harga? Apakah maksudnya kepada anda? Ianya sangat subjektif apa yang anda dan saya fikirkan sebagai barangan berkualiti. Kasut yang sama mungkin berkualiti bagi saya namun tidak bagi anda. Terdapat berjenis-jenis produk dengan pelbagai definisi kualiti, barangan boleh dikatakan sebagai berkualiti apabila ianya tahan lama, selesa, kukuh dan sebagainya.

Sebagai contoh, apakah maksud kualiti untuk anda apabila membeli pakaian? Adakah ia berkualiti apabila menggunakan kain lebih lembut atau warna yang tidak luntur selepas digunakan? Adakah bermaksud ia benar-benar mampu tahan lama supaya anda tidak perlu membelinya lagi? Bagaimana dengan barangan rumah, adakah anda mempunyai ciri kualiti yang dicari?

Mengelirukan bukan? Ianya sangat subjektif sehingga anda mengharapkan adanya panduan untuk anda rujuk sebagai jaminan anda membeli produk berkualiti. Sebenarnya ada!

Faktor untuk dipertimbangkan apabila membeli “barangan berkualiti”

Relevan

Apabila membeli apa pun barangan, perkara pertama yang perlu anda tanya adalah “adakah ia satu keperluan?”. Tetapi lebih dari itu, and perlu bertanya soalan berikut:

Read More  Tips Nak Buat Duit Dekat YouTube!

Adakah saya perlu membeli barangan dengan kualiti sebegini?

Bolehkah saya membeli barangan yang berkualiti rendah tetapi lebih murah?

Adakah ia sesuai dengan keperluan saya?

Adakah ia masih berguna untuk tahun mendatang?

Kadang kala ianya mudah untuk kita membeli barangan mahal kerana merasai dimanjakan dengan barangan berkualiti premium walaupun harganya agak mahal. Realitinya, ia mungkin bukanlah langkah yang baik apabila “kemewahan” sebegini bukan sebahagian dari keperluan, yang membawa kita ke faktor seterusnya – adakah ia memudahkan?

Kredit: Miami and The Beaches

Memudahkan

Apabila saya mengatakan memudahkan, maksudnya adalah kos untuk menyenggara adalah berbaloi. Adakah menyenggara barangan itu, sesuai dengan gaya hidup anda dalam masa panjang, atau anda memilih untuk mengambil masa membeli barang gantian setiap beberapa bulan? Jika ia tidak sesuai dengan gaya hidup anda, jadi lebih baik untuk anda membeli yang baru apabila anda perlukannya.

Contohnya seperti pengisar. Adakah anda mengambil masa untuk mencucinya setiap kali menggunakan atau anda memilih untuk membeli barangan yang siap dikisar untuk memudahkan anda.

Kekerapan Penggunaan

Berapa kerapkah anda akan menggunakan barangan tersebut? Berapakah masa untuk anda menggunakannya? Jika ia sesuatu yang anda gunakan tiap hari jadi belilah – tilam empuk, telefon bimbit berkualiti dan sebagainya. Belanja untuk barangan yang sering anda gunakan dan jimat untuk barangan yang jarang anda gunakan.

Kesimpulannya apabila anda memilih untuk membeli kerana kualiti, ia perlu mengikut keperluan dan kegunaan anda. Suatu perkara yang pasti, sebelum anda membeli-belah pastikan anda dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

 

 

Penghargaan kepada Money Guru atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...