10 Cara Meningkatkan Jualan Anda

799

Anda ingin meningkatkan jualan anda?

Anda telah melaburkan masa dan tenaga anda untuk memulakan bisnes dan teruja untuk melihat hasilnya. Semua kerja keras anda untuk membina asas perniagaan anda mula mendatangkan hasil: orang ingin membeli produk anda. Tetapi, semakin anda berkembang anda sedar yang kemajuan anda tidak mencukupi untuk membuat keuntungan. Sekarang masanya untuk anda lihat kembali ke jabatan jualan anda dan melakukan penambahbaikan.

Kredit: Haley Marketing

Berikut adalah cara untuk mengembangkan jabatan jualan anda.

Tetapkan matlamat yang boleh diukur

Jadi seorang yang realistik tetapi tekad apabila anda menetapkan matlamat. Daripada menyatakan anda ingin membuat lebih banyak panggilan jualan, nyatakan yang anda ingin membuat 25 panggilan jualan sehari. Dan selepas anda menetapkan matlamat, pastikan anda dapat mencapainya.

Matlamat terbaik adalah:

  • Spesifik – Dalam masa enam bulan akan datang, saya dapat menjual kepada 15 klien baru.
  • Boleh diukur – Nombor prospek, potensi dan jualan semasa bulan depan, suku tahun, enam bulan, setahun dan sebagainya. Atau jumlah untuk jualan.
  • Boleh dicapai – Kita perlu mengasingkan tindakan “A”, “B”, “C” dan “D” yang diambil untuk mencapai sasaran jualan. Prioriti pertama adalah untuk memastikan pelanggan berasa gembira. Kedua adalah menukarkan prospek kepada jualan.
  • Realistik – Anda mahu untuk mencabar diri sendiri, namun kekal realistik. Jika anda mendapat 25 jualan bulan lepas, anda tidak patut menetapkan sasaran 100 jualan untuk bulan depan melainkan proses jualan anda berubah secara drastik. Adakah ianya realistik untuk berubah dari 25 jualan bulan ini ke 100 pada bulan depan? Mungkin, tetapi hanya jika anda dapat mencari 400% potensi kepada prospek, dan 400% prospek kepada jualan. Adakah anda mempunyai proses yang realisitik untuk mencapai matlamat tersebut?
  • Menepati masa– Tarikh akhir spesifik dengan tarikh sebenar diperlukan untuk mencapai sasaran jualan. Tarikh harus spesifik, contohnya seperti pada 9 Jun 2017, kita perlu mencapai sasaran jualan “A”.
Read More  iPhone Tidak Dapat Dicas? Apa yang Perlu Dilakukan

Membuat sistem

Jadilah seorang yang tersusun apabila ia melibatkan jabatan jualan anda. Pastikan pasukan jualan anda tahu jangkaan anda terhadap mereka. Cuba beberapa sistem berbeza sehingga anda menemukan yang terbaik.

Terdapat dua kunci untuk sistem jualan yang berjaya. Pertama, anda perlu kekal dengannya, jika ia berjaya. Kedua, membaikinya, jika ia tidak berjaya.

Memahami pelanggan anda

Cuba untuk fahami apa kemahuan pelanggan anda. Lakukan kaji selidik, baca maklum balas dan bercakap dengan mereka. Lebih anda memahami kemahuan dan keperluan pelanggan anda, anda akan dapat membuat produk yang lebih baik untuk mereka.

Referral

Jangan pandang rendah mengenai kebolehan sistem referral. Cara mulut ke mulut masih antara cara terbaik untuk mendapatkan bisnes baru, tetapi malangnya orang lebih gemar menceritakan pengalaman negatif daripada positif. Cara terbaik untuk mendapatkan pelanggan anda merujuk  anda kepada rakan mereka adalah dengan memberikan insentif. Setiap syarikat akan memberitahu anda yang mereka dapat menarik pelanggan mereka, namun hanya sebahagian kecil yang berjaya. Untuk menggalakkkan referral, anda boleh cuba untuk menawarkan diskaun atau promosi.

Rakan kongsi

Cari syarikat yang berpotensi untuk bekerjasama supaya anda dapat berkongsi pelanggan. Dengan menjadi rakan kongsi bersama syarikat ternama, anda juga dapat meningkatkan reputasi jenama anda.

Kredit: The Shoprocket Blog

Ini adalah antara contoh kerjasama strategik:

  • Apple telah bekerjasama denganIBM, AT&T, Motorola, Phillips, dan Sony, serta banyak lagi.
  • Spotify dan Uber – Pelanggan dapat mendengar lagu kegemaran mereka sambil menggunakan Uber.
  • Snapchat dan Square
  • BMW dan Louis Vuitton – Bagasi direka secara spesifik untuk muat di dalam BMW i8.

Urgensi

Apabila anda melihat masa semakin suntuk, orang mula bimbang untuk terlepas peluang. Dengan memberitahu pelanggan berapa banyak barangan yang tinggal, atau tempoh jualan yang singkat, pelanggan akan menentukan untuk membeli sekarang, dari menunggu dan memikirkannya.

Read More  Belajar Bahasa Jepun Dengan Duolingo

Uruskan staf jualan anda

Pastikan staf jualan anda bermotivasi dan mahir, sejak anda mengambil mereka bekerja. Dengan mempunyai staf yang berbakat, anda boleh menetapkan jangkaan yang tinggi dan boleh dicapai.

Maksimumkan masa

Fokus dan pastikan pasukan jualan anda meluangkan masa mereka menjual. Jika anda menggaji seorang jurujual, dia patutu menjual. Jangan membenarkan mereka terganggu dengan aktiviti bukan jualan.

Jadikan latihan sebahagian dari budaya kerja

Sentias membuat jadual latihan yang berterusan supaya pasukan jualan anda dikemaskini dan mendapat inspirasi. Pastikan apa-apa produk atau servis baru diterangkan dengan tepat kepada pasukan jualaan anda.

Mencuba pasaran berbeza

Jika sasaran demografik anda telah menjadi terlalu kecil, cuba untuk memikirkan manakah anda boleh berkembang. Mempunyai kehadiran tempatan dan atas talian untuk menyasarkan jenis pembeli yang berbeza.

Sebuah bisnes adalah organisma yang hidup dan bernafas, dengan keperluan yang sentiasa berubah perlu dipenuhi. Dengan mempunyai jabatan jualan yang kuat dan boleh dipercayai akan membenarkan anda untuk mencapai potensi dan keuntungan maksimum.

 

 

Penghargaan kepada successharbor atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...