Bagaimana 10 Warna Ini Mampu Mempengaruhi Jualan Anda

461

Pemasar dan pereka grafik telah lama mengetahui warna yang memain peranan utamanya dalam kempen pemasaran. Warna-warna tertentu cenderung untuk memanipulasi emosi pelanggan, sekaligus mewujudkan relevan sesebuah jenama dan menggalakkan pembelian.

Oleh itu, kami bawakan anda SEPULUH (10) warna yang akan menaikkan jualan anda dengan mendadak serta dapat menimbulkan lagi emosi tertentu pelanggan anda.

1- Merah

Kredit : Spritecs Corporate Identity

Ramai yang sudah tahu, warna merah adalah warna yang kuat. Warna merah dapat mencuri perhatian dan membuatkan perhatian seseorang setia dengan anda. Oleh sebab itu, warna merah merupakan warna yang begitu popular dalam pemasaran. Cuma jangan ketertaluan menggunakan warna ini!

2- Biru

Percayakah anda warna biru dapat mengembalikan aura sejuk dan akan kelihatan dipercayai? Jawapannya betul! Gabungkan warna biru bersama warna pelengkap seperti merah, kuning, oren dan sebagainya dapat menghasilkan hasil yang terbaik.

3-  Merah Jambu

Bersaing untuk mencuri perhatian wanita muda? Jangan ragu-ragu lagi dengan warna ini. Ia melambangkan keseronokkan dan memang khas untuk wanita.

4- Kuning

Warna kuning juga warna yang mempunyai kuasa untuk menarik perhatian tetapi ia akan menjadi warna yang berbahaya juga. Gunakan warna ini untuk mengarah perhatian pembaca dan biarkan mereka tahu bahawa anda yakin dengan keupayaan anda.

5- Hijau 

Kredit : Association Green

Warna hijau ialah warna yang fleksibel. Warna ini sangat mesra dan memberikan ketenangan kepada pelanggan. Bukan itu sahaja, warna ini menandakan kesihatan, alam sekitar, kebaikan dan kekayaan.

6- Ungu

Ungu ialah warna diraja, di mana ia melambangkan keanggunan dan bahan pemasaran yang lebih berprestij.

7- Emas

Emas juga melambangkan keanggunan dan berprestij. Penambahan elemen ungu tidak sesuai kerana emas adalah warna yang kuat dan melambangkan kekayaan serta salasilah.

Read More  Bagaimana Hendak Menterjemahkan Dokumen Ke Bahasa Lain Melalui Google Docs?

8- Oren

Kredit : Will Asken Identity

Oren ialah tenaga. Oren mempunyai satu kuasa untuk menarik perhatian, menyeronokkan dan sejuk serta ia menjadikan pelanggan berasa seolaholah mereka sedang berhadapan dengan sebuah syarikat yang hebat

9- Coklat

Coklat, dikenali sebagai warna keselesaan, membuatkan pelanggan anda lebih rileks.

10- Hitam

Hitam juga warna yang serba boleh. Ia boleh menjadi tradisional atau moden, teruja atau menyeronokkan. Majoriti warna ini digunakan sebagai warna yang kontras, warna hitam seringkali berjaya menambah mood dalam apa jua suasana.

Penghargaan kepada business2community.com atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...