Bagaimana Untuk Menggunakan Aplikasi iMessage di iOS 10

939

Dalam kempen iklan terkini, Apple telah melancarkan aplikasi iMessage yang baru dan pelekat yang tersedia untuk semua peranti iOS yang menggunakan iOS 10. Sesetengahnya hanyalah untuk menjadikan perbualan lebih menarik manakala yang lain mempunyai fungsi yang penting. Tetapi bagaimanakah anda akan menggunakannya, dan apakah aplikasi serta pelekat yang baik untuk anda muat turun?

Bagaimana Untuk Mula Menggunakan Aplikasi iMessage

1. Lancarkan iMessage dari skrin utama peranti iOS anda.

Kredit: Make Tech Easier

2. Pilih perbualan.

3. Dengan itu klik anak panah seperti di bawah.

Kredit: Make Tech Easier

4. Klik pada ikon App Store.

Kredit: Make Tech Easier

5. Klik ikon dengan empat bujur untuk keluar dari aplikasi.

Kredit: Make Tech Easier

6. Akhir sekali, klik ikon “+” dalam senarai aplikasi.

Kredit: Make Tech Easier

7. iMessage App Store kini akan dilancarkan, dan anda boleh mencari dan membeli aplikasi atau pek pelekat. Setiap aplikasi atau pek pelekat yang ditambah akan muncul di paparan skrin sebelumnya, di mana anda boleh skrol antara halaman.

Pek Pelekat Untuk Dicuba

Comic Talk – Berbeza dengan emoji biasa, Comic Talk membenarkan anda meluahkan perasaan anda dalam bentuk visual. Semua pelekat ini dilukis dengan tangan, dan pasti akan menjadikan perbualan anda lebih menarik.

Kredit: Make Tech Easier

Slicker – Dengan sentuhan seperti gif, kartun lukisan tangan ini dilihat melakukan pelbagai aktiviti. Akan ada  kartun yang sesuai dengan sesuatu masa.

Kredit: Make Tech Easier

Halo Stickers – Jika anda peminat permainan video, anda harus mencuba Halo Stickers. Pelekat yang mempunyai ciri desain seperti CGI menawarkan pelbagai watak dari permainan tersebut. Dari Chief sehingga ke birthday grunts – semuanya ada.

Kredit: Make Tech Easier

Aplikasi Untuk Dicuba

Square Cash – Kirimkan wang melalui iMessage. Aplikasi ini berguna untuk membayar kepada rakan anda dengan cepat tanpa perlu meninggalkan perbualan. Untuk transaksi yang lebih terperinci, anda cuma perlu menekan butang “app” untuk memasuki aplikasi yang penuh. Square Cash berfungsi hampir sama seperti Paypal, menjadi orang tengah untuk transaksi dari satu bank ke bank lain.

Read More  Cara Untuk Buka Word, Excel, Atau PowerPoint Dalam Mod Selamat (Safe Mode)
Kredit: Make Tech Easier

Starbucks Gifts – Pilih desain dan hantarkan kad Starbucks ke rakan dan keluarga melalui iMessage. Ianya cara yang menarik untuk tunjukkan yang anda menghargai mereka. Hanya dengan beberapa klik untuk memilih desain dan nilai, kad anda akan dihantar. Penerima akan dapat membuka kad melalui perbualan dan menambahkannya ke akaun Starbucks mereka.

Kredit: Make Tech Easier

Carrot Weather – Hantar laporan cuaca melalui perbualan dengan Carrot Weather. Aplikasi ini sesuai untuk bila-bila masa apabila anda merancang sesuatu acara. Aplikasi iMessage sendiri adalah lebih mudah dari aplikasi iOS lain. Dengan aplikasi iMessage, tetapan yang boleh diubah hanyalah untuk mengubah lokasi cuaca.

Kredit: Make Tech Easier

Game Pigeon – Salah satu aplikasi iMessage yang popular adalah Game Pigeon. Dengan Game Pigeon anda boleh memilih dari pelbagai permainan mini untuk bermain bersama rakan melalui perbualan. Samada dekat atau jauh, anda boleh berhubung bersama rakan dengan gaya santai. 8 ball, sea battle, basketball, cup pong, shuffleboard, chess dan tanks adalah antara pilihan yang tersedia.

Kredit: Make Tech Easier

Konklusinya

Aplikasi dan pek pelekat iMessage adalah cara yang menarik untuk melakukan sesuatu perkara dan berkomunikasi dalam cara yang mengujakan.

 

 

Penghargaan kepada Make Tech Easier atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...