5 Aplikasi Android Untuk Membantu Anda Berhenti Merokok

495

Terdapat banyak tabiat di luar sana yang tidak baik untuk kesihatan anda, tetapi merokok adalah antara yang paling membimbangkan. Selain menukarkan paru-paru anda menjadi hitam, anda juga akan mendapat bau perokok sehingga anda berhenti. Anda sendiri pasti sudah mengetahui akan bahaya merokok kepada diri anda sendiri.

Bagaimanapun, jika anda rasa anda sudah bersedia untuk berhenti merokok, terdapat banyak aplikasi yang boleh anda cuba. Dengan aplikasi ini anda akan dapat melihat perkara seperti berapa banyak yang dapat anda jimat, berapa hari anda lalui tanpa merokok, dan banyak lagi.

QuitNow!: Quit Smoking adalah antara aplikasi paling popular yang dapat membantu anda berhenti merokok. Ianya bermula dengan menanyakan kepada anda berapa rokok yang anda ambil pada setiap hari, berapa rokok dalam satu pek, berapa anda bayar untuk sekotak, dan lain-lain.

Kredit: Tech Virals

Ia menawarkan informasi yang menggalakkan, seperti:

  • Pencapaian – Lihat semua pencapaian anda seperti melalui sehari tanpa merokok, menyelamatkan minit dari kehiduoan anda, berapa wang dapat dijimatkan, dan lain-lain.
  • Komuniti – Bersembang dengan orang lain yang juga dalam proses untuk berhenti merokok dan dapatkan sokongan dan pendapat untuk menahan diri dari merokok.
  • Kesihatan – Bahagian ini akan menunjukkan anda informasi seperti bagaimana tekanan darah anda bertambah baik, amaun nikotin yang tinggal, bagaimana kondisi fisikal anda semakin baik, dan banyak lagi.

Smoke Free adalah satu aplikasi yang menawarkan fungsi yang tidak terdapat dalam aplikasi pertama. Dengan Smoke Free anda dapat menyimpan jurnal kemajuan anda, menulis semuanya mengenai ketagihan merokok anda, membuat aktiviti harian untuk menjauhi merokok, dan mendapat pencapaian dengan tidak merokok.

Read More  Katakan TIDAK kepada Kumpulan Whatsapp yang Menjengkelkan!
Kredit: Make Tech Easier

Aplikasi ini membenarkan anda berkongsi semuanya mengenai bagaimana kemajuan anda dalam berhenti merokok. Anda boleh berkongsi pencapaian terbaru, kemajuan anda, misi anda, kemajuan kesihatan anda, masa tanpa rokok dan berapa wang yang dapat anda jimatkan.

Tidak merokok dapat membuatkan masa berjalan perlahan. Oleh sebab itu, aplikasi ini menunjukkan kepada anda berapa lamakah masa yang telah anda lalui tanpa merokok dan berapakah wang yang anda jimatkan sebaik anda membuka aplikasi. Dalam tetapan anda juga boleh menetapkan semula data, menetapkan peringatan dan menaik taraf ke versi Pro jika anda mahu.

Aplikasi lain yang mempunyai fungsi unik adalah Quit Tracker: Stop Smoking. Sama seperti aplikasi lain, anda boleh mendapat informasi seperti berapa lamakah masa yang anda lalui tanpa merokok, berapa wang yang dapat anda jimatkan dan lain-lain.

Kredit: COMPUTER TRACKS

Satu fungsi eksklusif dalam aplikasi ini adalah dengan dapat memberi tahu anda apabila anda mempunyai wang yang cukup untuk membeli sesuatu. Contohnya, bergantung kepada informasi yang anda masukkan pada awal, jika anda tidak merokok selama tiga hari, anda akan mempunyai wang untuk membeli sepasang stokin. Jika anda tidak merokok selama sebulan, anda akan mempunyai wang  untuk membeli sebuah komputer. Ia juga menyediakan permainan memori untuk mengalih perhatian anda dari merokok.

Quitify for Quit Smoking! adalah aplikasi dengan antara muka yang mudah difahami. Di halaman utama anda dapat melihat informasi seperti jumlah wang yang anda belanjakan, tahap keresahan anda, berapa hari anda telah lalui tanpa merokok, dan berapa puntung rokok yang anda telah gunakan.

Kredit: Make Tech Easier

Klik pada ikon hamburger, dan anda akan dapat mengakses tetapan seperti tips untuk menangani keresahan, pencapaian anda, bagaimana kualiti kehidupan anda bertambah baik, bagaimana kesihatan anda bertambah baik dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih untu berkongsi informasi anda.

Read More  Cara Terbaik Untuk Melakukan Panggilan Video Dari Windows, Mac, iPhone, Atau Android!

Stop Smoking – Easy Quit Free mungkin bukanlah aplikasi dengan desain tercantik, tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang anda perlukan untuk berhenti merokok. Sebaik anda membuka aplikasi ini, anda dapat melihat pilihan seperti Money saved, Beat an urge, Total Health, Goals Achieved, Life regained dan banyak lagi.

Kredit: Make Tech Easier

Satu fungsi menarik di aplikasi ini adalah dengan membenarkan anda membuat plan untuk berhenti merokok pada fasa yang anda selesa. Tetapkan berapa puntung rokok akan anda ambil setiap hari kemudian berapa yang anda ambil sebenarnya. Harapnya, anda merokok kurang dari biasa.

Untuk berhenti merokok bukanlah perkara mudah, namun diharapkan dengan aplikasi ini akan memudahkan anda berbuat demikian. Fikirkan jumlah wang yang dapat anda jimatkan dengan tidak merokok. Pastinya anda akan mempunyai sebab tersendiri untuk berhenti.

 

 

Penghargaan kepada Make Tech Easier atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...