Adakah Anda Melakukan Kesilapan Networking Ini?

138

Jika anda seorang pemilik bisnes, seorang pegawai pembangunan bisnes, seorang pekerja yang ingin memajukan status, seorang yang suka untuk bertemu orang baru, seorang yang benci berjumpa orang, seorang yang periang, mahupun seorang introvert, artikel untuk networking ini adalah untuk anda.

Menjadi peramah dalam jualan tidak menjamin yang anda akan menjadi seorang networker yang efektif. Samalah jika anda seorang introvert dan jarang keluar tidak menentukan yang anda tidak boleh menjadi networker yang berjaya.

Kredit: Business Funding Show

Apapun tanggapan buruk anda terhadap networking yang efektif, buang semuanya dan jadilah seorang yang terbuka, menerima dan sanggup melakukan perubahan.

Networker ekspres

Ini adalah individu yang bergerak dari seorang ke seorang dan memberikan kad nama sebelum mereka sempat memulakan perbualan. Ini adalah sikap networker yang pemalas. Mereka terlalu gopoh untuk berhenti dan sempat mengenali seseorang. Mereka hanya pentingkan kuantiti. Mereka ingin berjumpa seramai orang yang mungkin. Mereka mencari peluang jualan dari membuat connection. Mereka sangat sibuk mencari orang seterusnya untuk diberikan kad nama sehingga mereka tidak bertentang mata dengan anda pun.

Ini juga adalah orang yang menjabat tangan anda dan melihat ke arah orang lain berjalan. Mereka tidak bertentang mata langsung dengan anda dan tidak dapat mengingati nama anda. Mereka sangat sibuk untuk berjumpa seramai mungkin orang sehingga mereaka tiada konsep tentang apa itu menjadi pendengar yang baik atau bagaimana untuk membina hubungan jangka masa panjang.

Orang ini yang akan membuat anda rasa tidak dihargai atau tidak cukup baik untuk mereka.

Jika anda ada mengamalkan sikap buruk seperti ini, gunakan alatan berikut untuk memperbaiki strategi networking anda:

Semasa acara:

  1. Sediakan plan sebelum anda menghadiri apa-apa perjumpaan dan jadikan sasaran untuk anda betul-betul berhubung dengan tiga hingga enam orang sehari (bergantung kepada tempoh acara)

  2. Ambil masa untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam bisnes seseorang. Gunakan soalan ini, “Apakah cabaran terbesar dalam bisnes anda sekarang?”. Mereka akan berkongsi kekecewaan mereka dengan anda dan anda akan mencari cara untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ingat, orang yang bertanya soalan yang betul adalah orang yang mengawal.

  3. Jadi seorang pendengar yang jujur dan terbaik. Jika anda mendapati yang hanya anda bercakap, berhenti dan mula bertanyakan soalan.

  4. Minta kad mereka dan tuliskan sesuatu yang diingati tentang orang tersebut.

Read More  10 Cara Mengurangkan Penggunaan Mobile Data

Langkah Seterusnya:

  1. Teruskan berhubung selepas acara dengan lebih rapat. Jangan hanya hantar emel secara automatik. (Lebih mudah jika anda membuat nota, lihat No. 4 di atas). Anda boleh menelefon atau menghantar kad.

  2. Gunakan Peraturan 3/1 apabila berhubung. Berbicara tiga kali tentang mereka sebelum anda berbicara tentang anda atau bisnes anda sekali. Ianya tidak mudah, jadi anda perlu sentiasa mempraktikkannya.

  3. Hubungan ini bukan hanya mengenai anda. Ianya tentang bagaimana anda dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

  4. A;pabila anda ragu tentang apa yang ingin dibincangkan, gunakan metodologi Siapa, Apa, Mana dan Bagaimana. Jangan tanya mengapa. “Mengapa” hanyalah merujuk kepada sikap defensif jadi elakkan untuk menggunakan “Mengapa” dalam sesi networking.

Kebanyakan networker tidak langsung mengikuti langkah ini, jadi jika anda mengamalkan beberapa strategi yang disebutkan, anda akan menjadi lebih baik dari kebanyakan networker.

Kredit: Search Engine Journal

Mendekati sekumpulan orang

Pernahkah anda pergi ke mesyuarat, acara atau bilik yang dipenuhi ramai orang dan semuanya seperti sibuk sesama sendiri? Anda mungkin berasa kekok dan malu kerana tidak mengenali sesiapa, dan tiada siapa yang menjemput anda untuk berbual.

Ini boleh menjadi salah satu situasi yang sukar untuk kebanyakan orang, khususnya untuk introvert. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda perlu cuba untuk beramah mesra dengan orang sekitar. Jemput orang lain yang keseorangan untuk berbual bersama.

Strategi ini diperkenalkan oleh Sandra Yancey, CEO untuk eWomenNetwork, dan mengajar kita untuk menjadikan sesuatu mesyuarat atau acara lebih bermanfaat.

Jika dapati diri anda keseorangan, jangan takut untuk bertentang mata dan memperkenalkan diri anda kepada orang lain. Mereka pasti akan menerima dengan baik dan menjemput anda untuk turut serta bersama kumpulan mereka.

Read More  Lindungi Akaun Apple Anda dengan Pengesahan Dua Faktor (Two-Factor Authentication)

Apa yang boleh dibuat untuk menjadi netwoker yang berjaya

Bergantung kepada jenis personaliti anda – extrovert atau introvert – cari zon selesa anda. Kebanyakan networker introvert berbuat demikian dengan menjadi “Give Getter“. Mereka fokus kepada orang lain dan bagaimana untuk membantu mereka. Mereka menjauhi sikap pemalu dan belajar untuk memahami dan membantu orang – bukan menjual mereka.

Sama untuk extrovert yang tidak pernah bertemu orang asing. Extrovert akan selalu lupa yang tidak semua orang mudah untuk menerima perkara baru. Cuba menghampiri mereka dengan secara berseorangan dan luangkan masa mendengar cabaran mereka. Orang tidak mahu dijual. Mereka mahu didengari.

Penghargaan kepada Infusionsoft atas penerbitan artikel asal dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mengujunginya di sini.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...